assalamualaikum...
Sabtu yang berlalu pergi 6/6/09..kaki menjejak ke bumi perak yang sedang bergolak . Umpama laut yang bergelora. Gelora disebabkan suasana politik yang tidak aman. Antara pilihan rakyat dan pilihan mahkamah. Antara yang haram dan halal. tiada kesudahan..melainkan pilihanraya sebagai solusi pemasalahan tersebut. Adakah kebaculan BN melawan keberanian PR. Siapa pilihan rakyat?? ...Kuasa ditangan pengundi...sila buat sesuatu perubahan demi maruah.
Dilabel sebagai pengkhianat kerana perkataan " memohon derhaka". Perkataan keramat yang membuatkan seorang hamba Allah tu digelar.. si jebat versi baru oleh pengampu2.. yang entah disuap dengan sogokan wang. Diberikan 'banner' yang mengatakan "Penderhaka Raja Melayu".. Buka la minda wahai .... bangsaku. Buka la minda buka la hati. Siapa penderhaka bangsa Melayu sendiri kalau bukan bangsa itu sendiri. Adakah bangsa bermata sepet tu jadi tonggak kemusnahan... apatah lagi kaum yang berkulit hitam manis tu... Jawapanya ialah bangsa Melayu itu sendiri. Lihatlah pada dasar PPSMI. Adakah sains dan matematik dalam bahasa Inggeris tu..melahirkan tokoh- tokoh Nobel yang mashsur.. seperti Alberti Einsten dalam bahasa germany nya.. tokoh DNA "Dr James Watson" dalam bahasa ibundanya. Lihat dengan pembacaan...bukan dengan undian SMS..bukan dengan talian tetap.
Ketika bangsa Yahudi sedang menganyang umat Islam dengan suntikan 'hendonisme' yang melampau. Yang menjadi pujaan ramai anak muda bangsa melayu. Menilai kehebatan seni dengan kuasa SMS. Dunia seni yang tidak berkualiti. Dunia seni yang menjauhkan diri dari Rabbnya. Yang tidak kenal akan Ya Khalik.. Ya Rahim ..
Fikirla wahai bangsa ku..