23 January 2009

kenapa Allah...tak bagi apa yang kita nak?

2 comments
assalamualaikum....

kekadang kita rase hampa bila mana doa kita tak dimakbulkan oleh Allah.Kekadang kita marah kat Allah ...contohnya... bila mana kita saudara2 seagama kita diganyang oleh zionis Israel.Kita akan mula persoalkan kepada kenapa doa kita tak dimakbulkan. " Ya Allah kenapa Kau tak lenyapkan sahaja Israel dari muka bumi". Tapi Israel pedulik apa ngan doa2 kita tu malah mereka terus " membuat kerja2" mereka . tapi kita usah sedey...mereka yang berada di bumi palestin tu.. sume para syuhada yang mimpikan syahid. mereka sume tidak mati di sisi Allah.


Tapi apa yang perlu kita buat ialah melaksanakan usaha2 untuk memberi tekanan kepada israel samada dari segi ekonomi dan sebagainya. Jangan cepat give up dalam membantu sahabat2 kita di sana. Jangan la kita bersedih kerana tak dapat nk berjuang ke sana. bagi saya Doa adalah pengikat dan senjata yang paling ampuh yg tiada pada mana2 agama lain selain Islam.

Balik kepada hal yang mana kenapa Allah tak bagi segala yang ade dalam benak hati kita. Jawapannya mudah... Allah Maha Mengetahui. DIA tahu apa yang baik dan buruk untuk kehidupan kita. Sebagai contoh., kekadang kita meminta Allah... dan berdoa . " Ya Allah berikan aku kekayaan macam sifulan yg kaya tu" , Tapi Allah tak berikan kekayaan. Ditakuti bila mana kita kaya kita akan lupa daratan...lupa saudara dan sebagainya.

Untuk maklumat tambahan...yakin dan yakinlah dengan bersungguh2 bahawa Allah itu akan memakbulkan doa2 setiap hambaNya. kerana Allah telah berfirman dalam Al Quran " berdoalah kepada Ku nescaya akan Ku perkenan".



Ada 3 bentuk Allah akan mem"bayar" doa2 hamba2Nya.

  • Allah akan memakbulkan secara cash
  • Allah akan gantikan apa yang diminta oleh HambaNya itu dengan sesuatu yang lebih baik
  • Allah akan simpankan doa2 tu semua dalam bankNya. dan tunaikan pada hari kiamat kelak
Oleh yang demikian...tugas kita ...doa aja...samping kita berusaha. pastu tawakal... jgn merungut bila Allah tak makbulkan. Bersangka la baik kepada Allah. Jangan la cepat give up pada Nya. kerana DIA takpenah nk give up nak kurniakan nikmat2Nya .

Adios ... wassalam

# kuliah Dr Faisal APIUM..di masjid ar rahman...
Read More...

20 January 2009

DTC : Hope And Change ? Yess We can..tahniah adik2 pro mahasiswa

Leave a Comment
assalamualaikum,,

pas solat isya kat masjid ar rahman UM dan makan malam di restoran Amjal . aku terus ke DTC .. dewan keramat utk student2 UM...dewan yg mengumpulkan 1001 kenangan perjuangan aku ngan kawan2 masa degree. syukur aku dapat masuk UM... walaupun pada mula mak aku tak berapa setuju nak melepaskan aku belaja kat sana . Ditakuti aku dipengaruhi anasir tak elonk,,, but I m OK...coz resepinya ialah tahu pilih kawan. korang duk la mana2 negara dalam dunia nih, Kalo dapat kawan baik2...conform n automatic la korang sedikit sebanyak jadi baik gak... { poyo siut ayat2 aku }


join jela... junior2 aku lak over2

Aku ingat aku sorang je senior yang datang untuk memberikan sokongan kat adik2 kt UM. kelihatan saudara Hisomudin Bakar ( mantan presiden MPMUM - masa aku 1st year) ..zainul faqar (faqaq PMIUM) ...mat sabu ( aiseymen..lupa pulak nama bekas presiden PMIUM masa aku 2nd year). ... afad... seolah2 PRK kalini cam kembali berkumpul nye kawan2 seangkatan.


ni pak gad yg tangkap aku masa aktif berkempen masa study dulu...now we are frenz. sebelah tu mantan presiden MPMUM- ustaz hisomudin bakar

Seperti biasala..ketak telusan HEP menyebabkan diorang mengulangi kiraan undi. ish2 tak pro langsung la. apa la nak jadi ngan diorang ni. tak wat keja ke sampai proses pengundian jatuh...69%. Aku sebab apa leh jadi cam ni...sebab pengundian wat kat kolej . Derang bajet ley tarik pelajar utk turun mengundi ke... jawapan saya ia menyusahkan pengundi dan bersifat Un Fair... kolej adalah kubu kuat utk puak aspirasi. nampak sangat sifat bacul mereka terselah sedangkan mereka tidak mengakui nye. Tapi kuasa Allah melangkau segala2nya,.. yang batil tetap batil.

selepas keputusan pilihan raya...alhamdulillah menang pun

Last sekali..before balik aku sempat sampaikan amanah kat pemenang2... hope mereka mampu mengubah pandangan yg lebih luas ttg dunia kampus...kerana mahasiswa merupakan nadi masyarakat dan bangsa serta negara.
Calon yg paling banyak diuji oleh HEP..kena beli {rasuah RM 100}. tapi harga diri dan perjuangan dari lebih mahal sokong penggerak aka HEP. Tahniah adik shahrizul ayuni


Doa kesyukuran selepas merampas semula MPP dari HEP >>syukran.. {saudara adik hafizudin tgh baca doa - dia presiden PMIUM}
hehehe
Read More...

Allah tu Maha Pengampun

Leave a Comment
assalamualaikum....

selamat malam dan salam sejahtera .... penat...tula yg boleh dikatakan selepas tak balik2 lagi ke rumah PKNS.Sebab saya bersama2 adik junior Pro Mahasiswa UM{ saya berada di UM sambil menanti keputusan pilihanraya kampus UM}

Ustaz Khairil Khuzairi hari ni menyampaikan ilmu berkaitan dengan sifat keampunan dan kasih sayang Allah kepada umat manusia. Dalam perjuangan ini kita tidak sepatutnya mudah mengalah dan cepat lemah apabila ujianNya menimpa ke atas kita. Kenapa ? sebab kita ada Allah Taala. Itu la yang dikatakan oleh junjungan mulia Nabi Muhammad SAW apabila sahabat yg rapat dengan baginda iatu Saidina Abu Bakar As Siddik kesedihan , ketakutan apa pemuda2 kafir mengelilingi Gua Thur,Akan tetapi Allah menurunkan wahyu Nya di mana Rasulullah menyampaikan kepada sahabatnya itu," LAH TAHZAN INNALLAHA MA ANA".  Jangan bersedih ,,, sessungguhnya Allah bersama kita.

Begitu perjuangan dalam menegak Islam di muka bumi Allah ini... Syurga...ia merupakan hadiah yang paling besar dan hadiah yang diberikan oleh Allah Taala kepada hamba2Nya yang berjuang untuk agamaNya. Sesungguhnya perjuangan tanpa pengorbanan ialah sia2. Lihat sahaja kepada semua pesuruh2 Allah dari Adam Alaihi Salam hingga Nabi Muhammad.Semua penuh dengan ranjau berduri. Lihat kepada syeikh ahmad Yasin... gugur syahid di medan perjuangan mempertahankan masjidil aqsa.Lihat sahaja kepada perjuangan tokoh2 ulama seperti Tok Janggut dan Abdul Rahman Limbung... mereka syahid dalam perjuangan mempertahan akidah  umat Islam pada masa itu. Sesungguhnya syurga tu mahal harganya..

Siapakah lagi yang harus utk pertahankan agama ini di muka bumi. Kita ialah khaira umattin ukhrijat linnas..umat yg terpilih oleh Allah untuk meneruskan perjuangan para anbia solihin, Pesaudaraan Islam amat penting daripada pesaudaraan bangsa. Kerana mmg sesungguhnya.. seperti yang termaktub dalam Al Quran..bangsa yang terbaik di antara bangsa2 di dunia ialah yang tinggi nilai ketakwaan...kepada Allah Taala. Bukan bangsa melayu....arab...dan apa2 bangsa. 

Oleh itu,,,jgn la kita mudah lemah,...sekalipun kita banyak membuat dosa2 kepada Allah ...DIA sentiasa memaafkan kita. Tapi hendaklah kita bertaubat,,,, jgn mengulangi apa yg salah,...

Adios...wassalam 
Read More...