Showing posts with label Bicara Siswa. Show all posts
Showing posts with label Bicara Siswa. Show all posts

09 June 2009

Titipan Cetusan Hati Di Bumi Perak...

2 comments
assalamualaikum...

Sabtu yang berlalu pergi 6/6/09..kaki menjejak ke bumi perak yang sedang bergolak . Umpama laut yang bergelora. Gelora disebabkan suasana politik yang tidak aman. Antara pilihan rakyat dan pilihan mahkamah. Antara yang haram dan halal. tiada kesudahan..melainkan pilihanraya sebagai solusi pemasalahan tersebut. Adakah kebaculan BN melawan keberanian PR. Siapa pilihan rakyat?? ...Kuasa ditangan pengundi...sila buat sesuatu perubahan demi maruah.



Dilabel sebagai pengkhianat kerana perkataan " memohon derhaka". Perkataan keramat yang membuatkan seorang hamba Allah tu digelar.. si jebat versi baru oleh pengampu2.. yang entah disuap dengan sogokan wang. Diberikan 'banner' yang mengatakan "Penderhaka Raja Melayu".. Buka la minda wahai .... bangsaku. Buka la minda buka la hati. Siapa penderhaka bangsa Melayu sendiri kalau bukan bangsa itu sendiri. Adakah bangsa bermata sepet tu jadi tonggak kemusnahan... apatah lagi kaum yang berkulit hitam manis tu... Jawapanya ialah bangsa Melayu itu sendiri. Lihatlah pada dasar PPSMI. Adakah sains dan matematik dalam bahasa Inggeris tu..melahirkan tokoh- tokoh Nobel yang mashsur.. seperti Alberti Einsten dalam bahasa germany nya.. tokoh DNA "Dr James Watson" dalam bahasa ibundanya. Lihat dengan pembacaan...bukan dengan undian SMS..bukan dengan talian tetap.



Ketika bangsa Yahudi sedang menganyang umat Islam dengan suntikan 'hendonisme' yang melampau. Yang menjadi pujaan ramai anak muda bangsa melayu. Menilai kehebatan seni dengan kuasa SMS. Dunia seni yang tidak berkualiti. Dunia seni yang menjauhkan diri dari Rabbnya. Yang tidak kenal akan Ya Khalik.. Ya Rahim ..

Fikirla wahai bangsa ku..


Read More...

25 May 2009

kesedaran ilmu vs tinggi ilmu

2 comments
assalamualaikum...

Bicara waktu maghrib bersama tokoh agama dan bahasa Arab yang disegani di sebuah warung di rumah saya.. Siapa tidak kenal Ustaz Mahmud. Penyampai bahasa Arab yang sering di undang untuk majlis tilawah Quran Antarabangsa. Beliau merupakan pengacara yang saya segani selain daripada org Batu Pahat iatu Mahadzir Lokman..


Malam tu saya mmg bertanya banyak.. almaklum la orang alim.. bukan mudah nak berjumpa. Apatah nak rapat dengan org alim. Salah satu keberkatan hidup ini selain menghormati ibu dan bapa ialah.. menghormati orang2 alim termasuk guru2...ustaz/ustazah dan sebagainya. Tanpa mereka jua.. siapakah perdana menteri..siapa menteri.. engineer..pakar IT.. doktor di Malaysia ini. Oleh itu guru2 ini saya anggap sebagai jurutera insan bagi sebuah negara selain daripada ibu dan ayah serta pemimpin kita. Kesempatan ini saya ingin ucapkan SELAMAT HARI GURU.. walaupun agak kelewatan.. Terima Kasih.. saya ucapkan kepada guru2... ustaz/ustazah yang banyak membentuk peribadi saya pada masa kini.

kesedaran ilmu vs ketinggian ilmu? Mungkin nampak pelik...tapi ia adalah suatu yang memang berbeza di kalangan org yang belaja, ketinggian ilmu saya tafsirkan sebagai orang yang mempunyai ilmu yang tinggi . Bagi sistem pembelajaran ..mungkin PhD adalah pangkat terbaik untuk orang yang mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu.

Bagaimanakah dengan kesedaran ilmu...?? Mungkin ramai yang mempunyai ketinggian ilmu tapi kesedaran ilmu itu sangat kurang.Kenapa fenomena ini berlaku? sebab tidak menjadikan Rasulullah sebagai ikutan sebenar benarnya.. Bagaimanakah akhlak Rasulullah. Hmm tidak dapat dinafikan bahawa akhlak baginda yang terbaik dalam sepanjang zaman. Tiada sapa mampu menandingi baginda .. Baginda disegani kawan dan lawan.

Atas sebab akhlak la.. ilmu tu akan menjadikan kita dihormati dan disegani. Ada sesetengah pensyarah di IPT yang bukan main lagak . Sanggup ego dengan pangkat Dato' ..Prof nye... sehingga hilang pertimbangan untuk bersembang dengan anak murid sendiri. Alasan terlalu sibuk menjadi ianya begitu. Macam saya di UM dahulu. Ada hari dinamakan hari bertemu penasihat akademi.. HMmm seakan2.. macam ade waktu terhad utk berdikusi dengan pensyarah ini.. pelik kan? Kenapa tak dibuat seharian sahaja.. atas sebab itulah... modal insan yang dilahirkan oleh IPT tempatan ini tidak mesra . Kenapa tidak mesra..? sebab bila da abis belaja.. akan ade sifat.. "kubur masing2" yang mana pelajar tidak kenal pensyarah dan pensyarah pulak tak kenal pelajar..

Oleh itu.. berbalik la kepada ajaran islam yang tidak membezakan warna kulit dan pangkat. Makin tinggi pangkat...maka makin tinggi jualah tunduk dan ketakwaan kita pada Allah. Begitu juga dengan org yang belaja.. hargai pensyarah...guru2..org yang mengajar kita dengan ucapan terima kasih.. kerana ada insan yang sudi mengajar kita..

sekian terima kasih...

wassalam



Read More...

10 May 2009

Duha...Oh Duha...Kenapa ku tinggalkan mu

Leave a Comment

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya:
Kekasihku Rasulullah s.a.w telah berpesan kepada aku dengan tiga perkara: Berpuasa tiga hari pada setiap bulan, mendirikan sembahyang sunat Duha sebanyak dua rakaat dan mendirikan sembahyang Witir sebelum aku tidur.

(Hadis riwayat Imam Bukhari).


Selepas memberi salam baca Lah Doa Nabi Besar Kita s.a.w.
Berdoalah :

" Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu
perlindunganmu ".

" Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah,jika masih jauh dekatkanlah, berkat waktu duha, keagungan,
keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh ."


Firman Allah s.w.t.Untuk Manusia ,

Katakanlah, "Solatku, perkerjaanku, hidupku dan matiku untuk Allah , Tuhan sekalian alam. Tiada sekutu
bagi-Nya.Demikianlah yang telah diperintahkan kepadaku, dan aku di antara yang awal-awal tunduk."

(Al-An..am, 162-63)

Dilakukan Solat Sunat Duha ketika matahari sedang naik iaitu antara jam 9.00 pagi hingga jam 11.00 pagi .
Jumlah rakaat tidak terbatas dari dua rakaat sehingga 12 rakaat. Tiap dua rakaat dengan satu salam .

Lafaz niat :
"Usolli Sunnatal Dhuhaa Rak'ataini Lilaahi Ta'ala, Allahu Akhbar "
Sahaja aku solat sunat duha dua rakaat kerana Allah Ta'ala"

Selepas membaca Al- Fatihah pada rakaat pertama baca lah surah As-Syams .
Pada rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Ad-Duha .
Semasa sujud akhir bacalah surah Ad-Duha 1 kali (Kalau Kuat keimanan sebanyak 40 kali semasa sujud akhir )
Selepas memberi salam baca Lah Doa Nabi Besar Kesayangan Kita s.a.w ini .

Berdoalah :

" Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu
perlindunganmu ".

" Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah,jika masih jauh dekatkanlah, berkat waktu duha, keagungan,
keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh ."

Firman Allah s.w.t.Untuk Manusia ,
Katakanlah, "Solatku, perkerjaanku, hidupku dan matiku untuk Allah , Tuhan sekalian alam. Tiada sekutu bagi-Nya.Demikianlah yang telah diperintahkan kepadaku, dan aku di antara yang awal-awal tunduk."

(Al-An..am, 162-63)
Read More...

22 April 2009

sebuah catatan di pesta buku antarabangsa KL

Leave a Comment
assalamualaikum...

da lama ana tak memposting kat blog ana nih... alhamdulillah baru balik daripada pesta buku antarabangsa Kuala Lumpur bertempat di kubu kuat UMNO iatu Putra World Trade Center.. atau dimelayukan nya Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)..

Alhamdulillah semenjak hari pertama ana sampai hingga ke hari ini.. pengunjung bagaikan tali arus.. perghhh mmg ramai.. alhamdulillah sejuk mata memandang kerana kebanyakan yang datang sume "menghormati " buku2 yang menjadi wancana ilmiah.. mereka rata2 berpakaian sopan tak kira la laki ke ppuan ke.. tak macam kat Jom Heboh ke apa...ish2 nauzubillahi min zalik

Alhamdulillah gak.. syukur dapat berkenalan ngan sahabat sekolej masa di UM iatu bro Azlin..yang sekarang merupakan Peguam Syarie yang bertempat di Ampang Selangor.. so kalo sapa2 ada masalah berkaitan ngan cerai ke ...poligami ke... tuntutan ke apa2.. ley jupe saudara Azlin kita...


Cenderhati utk PBAKL 2009

Syukur gak saya dapat membeli sedikit buah tangan dari gerai Ustaz Riduan Mohd Nor.. beliau merupakan penulis bagi buku Gaza Menangis { buku yang mantap di mana beliau sendiri melihat bumi Gaza diganyang oleh regim Yahudi Laknatullah .. pada awal tahun } Buku tu saya lum memiliki.. sapa2 yang nk beli..boleh hadiri Booth Ustaz.. Tinta Jundi ... kat aras bawah.. near booth Ana Muslim { majalah femes dak remaja}.. saya sempat membeli satu buku tulisan beliau iatu Memoir Jihad - Anak Melayu Di Bumi Afghanistan..

Kat booth Jemaah Islah Malaysia

Pastu saya g booth Jemaah Islah Malaysia untuk membeli sedikit cedermata utk sematkan kat bag laptop saya... Apa yang nak simpulkan di sini.. Mari sama2 meramaikan utk pergi ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur ... yang akan berakhir pada 26hb April ni.. Tak rugi membelanjakan duit anda utk ilmu..



Adios Wassalam
Read More...

17 February 2009

Ada Apa Dengan Cinta??

Leave a Comment

Assalamualaikum...bercerita ttg cinta... 


Penulisan kali ni berkenaan perkongsian ku daripada pengisian Aku Dibius Cinta.. kalo menurut pandangan Ustaz Saifulislam aka Ustaz Hasrizal ini semcam dah penah aku dengar semasa dia membentangkan hal2 berkaitan ngan rumah tangga semasa Kuliah Ilmu anjuran Nisa' Kuala Lumpur di Masjid KLCC. Tapi ade penambahan semasa Aku Dibius Cinta.

Ok point pertama berkenaan Apa itu cinta...Kalo nak ikutkan catatan aku dalam nota kecik... cinta tu terpulang pada pandangan masing2... Ada org kata cinta tu satu kenikmatan...cinta itu satu penyiksaan... Ok dalam context ni terdapat 3 pandangan... 1st pandangan mata kasaq..Biasa dalam situasi sedemikian. Org yang bercinta tahap ini menganggap cinta tu cam mainan hidup je... buat tak kisah je... ade tak da sama je... 2nd memandang cinta tu dari sudut akal.. Ye kita mempunyai akal utk berfikir tapi penguasaan akal dalam cinta juga boleh memusnahkan kerana seolah2 hidup ini cam persoalan matematik yang panjang bak  Calculus..Alzebra,.. prgramming dan macam2 lagi...Biasanya org cam ni bercinta menurut hawa nafsu...

Dan pandangan 3 ialah pandangan hati..Pandangan hati menurut perspektif islam ialah meletakkan Allah sebagai cinta hakiki. Cinta yang membawa ke syurga.. Yang menyatukan hati2 manusia kepada Allah. Itu la ISLAM...Allah datangkan Rasulullah sebagai rahmatan lil alamin ..rahmat sekelian alam. Meskipun Rasulullah merupakan seorang penjuang yang gagah di medan perang Uhud...Tabuk...dan macam2 perang yang di join oleh Rasulullah tp baginda merupakan suami yang paling mesra terhadap...isteri2 baginda { baginda ade more than 1 isteri k}..heheh...

So buat org nak bercinta lak...ingat2 la. Cinta itu bukan sekadar melafazkan kata2 i luv u...dan u luv i.. sebaliknya jika anda ingin bercinta tu berfikirla akan tanggungjawab yang lebih selepas nikah. kenapa ?? supaya cinta selepas kawin tu penuh dengan dugaan. Bagi si laki.. cuba bayangkan tetiba isteri korang di sahkan oleh Dr pakar bahawa dihadapi oleh isteri ade hidap penyakit barah payu dara hingga menyebabkan perubahan yang mendadak terhadap keupayaan , tubuh badan sehinggakan tak leh nak melayan nafkah zahir dan batin terhadap suami dan rumah tangga. Adakah as suami...anda dapat menerima yg itulahh cinta awak selama ni yang awak belai2,,, bila ujian Allah datang...haa...time tula korang nk pk cari org len...tapi berkat kesabaran Insyallah sayang dan cinta tu akan berkembang dan lebih manis dari cinta yang pertama.. begitu gak ngan isteri..bagaimana lak keadaannya...

Yang paling penting Islam mengajarcinta...cinta yang macam mana.. cinta korang rase ley letak suka suki gitu ke... Islam mengajar..bahawa kita perlu menguruskan cinta ,,,cinta mana yang perlu di dahulukan... semestinya cinta Allah dan Rasulullah... tanpa cinta yang ni...kita akan jadi tempang...tempang dalam kehidupan dunia serta akhirat..kalo bagi pelajar .. utamakan cinta pelajaran n amanah yang di amanahkan oleh parent korang...selepas cinta Allah dan Rasul? Why i said like dat?? Coz kalo korang yang betul2 paham betapa susahnya parent korang nk membesarkan korang...pastu korang lak buat hal...ish2...nauzubillah...apa nak jadi...

Berkenaan dengan valentine...bab ni takyah aku nak citer la...mmg dah sah2 HARAM...jangan tanya kenapa..sebab mendatu adalah ikutan kepercayaan org Kristian...yang korang nk ikut sangat tu pesal la...

Ok tu je ..sekian...gamba2 sepanjang program aku akan selitkan kendian... adios
Read More...

20 January 2009

DTC : Hope And Change ? Yess We can..tahniah adik2 pro mahasiswa

Leave a Comment
assalamualaikum,,

pas solat isya kat masjid ar rahman UM dan makan malam di restoran Amjal . aku terus ke DTC .. dewan keramat utk student2 UM...dewan yg mengumpulkan 1001 kenangan perjuangan aku ngan kawan2 masa degree. syukur aku dapat masuk UM... walaupun pada mula mak aku tak berapa setuju nak melepaskan aku belaja kat sana . Ditakuti aku dipengaruhi anasir tak elonk,,, but I m OK...coz resepinya ialah tahu pilih kawan. korang duk la mana2 negara dalam dunia nih, Kalo dapat kawan baik2...conform n automatic la korang sedikit sebanyak jadi baik gak... { poyo siut ayat2 aku }


join jela... junior2 aku lak over2

Aku ingat aku sorang je senior yang datang untuk memberikan sokongan kat adik2 kt UM. kelihatan saudara Hisomudin Bakar ( mantan presiden MPMUM - masa aku 1st year) ..zainul faqar (faqaq PMIUM) ...mat sabu ( aiseymen..lupa pulak nama bekas presiden PMIUM masa aku 2nd year). ... afad... seolah2 PRK kalini cam kembali berkumpul nye kawan2 seangkatan.


ni pak gad yg tangkap aku masa aktif berkempen masa study dulu...now we are frenz. sebelah tu mantan presiden MPMUM- ustaz hisomudin bakar

Seperti biasala..ketak telusan HEP menyebabkan diorang mengulangi kiraan undi. ish2 tak pro langsung la. apa la nak jadi ngan diorang ni. tak wat keja ke sampai proses pengundian jatuh...69%. Aku sebab apa leh jadi cam ni...sebab pengundian wat kat kolej . Derang bajet ley tarik pelajar utk turun mengundi ke... jawapan saya ia menyusahkan pengundi dan bersifat Un Fair... kolej adalah kubu kuat utk puak aspirasi. nampak sangat sifat bacul mereka terselah sedangkan mereka tidak mengakui nye. Tapi kuasa Allah melangkau segala2nya,.. yang batil tetap batil.

selepas keputusan pilihan raya...alhamdulillah menang pun

Last sekali..before balik aku sempat sampaikan amanah kat pemenang2... hope mereka mampu mengubah pandangan yg lebih luas ttg dunia kampus...kerana mahasiswa merupakan nadi masyarakat dan bangsa serta negara.
Calon yg paling banyak diuji oleh HEP..kena beli {rasuah RM 100}. tapi harga diri dan perjuangan dari lebih mahal sokong penggerak aka HEP. Tahniah adik shahrizul ayuni


Doa kesyukuran selepas merampas semula MPP dari HEP >>syukran.. {saudara adik hafizudin tgh baca doa - dia presiden PMIUM}
hehehe
Read More...

17 January 2009

medan persaingan kampus makin teruk...apa nak jadi

Leave a Comment
assalamualaikum...

Teruk dan memalukan...itu la istilah yang saya leh ungkapkan setelah sekian lama,, tidak menukilkan idea2 kat sini. Apa da jadi pada mahasiswa sekarang? Baru2 ni tegempar seluruh negara di mana kepala khinzir beralaskan bendera PAS di tempatkan di dalam surau Akademik Pengajian Islam.

Isunya sekarang ..kenapa begitu biadap sehingga meletakkan najis bertahap berat tu dalam tempat yang suci. Hatta kalo dalam agama lain sekalipun...kalo sesuatu yang kotor diletakan dalam tempat ibadah akan menimbulkan kemarahan penganut agama tersebut.

Saya mmg penah alami masa belajar di kampus tersebut di mana dinding surau yang sama gak di lemparkan dengan sos. Kenapa jadi macam ni...?? Bukankah anda sebagai bijak pandai menjadi rujukan masyarakat tp kini menjadi bahan bualan masyrakat dalam hal2 yg buruk. Kenapa tidak di adakan debat umum utk mempamirkan manifesto2 masing2. Bukankah dataran gazebo menjadi tumpuan ketika dahulu...menjadi ruang utk setiap calon memcanangkan idea masing2.

Ya Allah...hanya Kau tempat ku memohon keampunan.. Berikan hidayah kepada mereka2 yang telah mencemarkan kesucian rumah Mu ya Allah.

# untuk membaca berkenaan hal ini rujuk kepada URL dibawah
Malaysiakini
Mahasiswa KINI
Read More...

26 December 2008

kekalutan dalaman universiti.. student menjadi mangsa keadaan

Leave a Comment
assalamualaikum... bismillahirahmanirahim...

syukur ..syukur...syukur...tu la kalimah saya leh berikan utk menulis di pagi  Jumaat yang mulia ini. Bukan tak de keja @ tangggung jawab untuk di laksanakan tetapi... sekadar untuk merehatkan minda yang telah tepu dek mencari penyelesaian bagi  "error2" yang keluar dari programming saya. Al maklum keja programmer tu la saya kena hadapi..

Semasa sarapan pagi tadi.. saya duduk bersama dengan salah seorang pensyarah kanan dan seorang pakcik technician di jabatan CAD CAM. Isu yang ditengahkan berkenaan kekalutan dalaman yang menimpa di UM . Skop ruangan kali ini merujuk kepada Fakulti Kejuruteraan sahaja.. mungkin saya rasa masalah ni juga timbul di semua IPTA yang lain.

masalah pelajar dan pendedahan secara pratikal menjadi isu bualan tadi Manakan tidak , kerana sikap tidak mampu bekerjasama di antara pensyarah dan pihak pentadbiran fakulti serta UM menjadikan pelajar menghadapi masalah. Jujurnya saya akui...mmg UM mempunyai kemudahan makmal yang boleh dikatakan kelas dunia ke-3 kut. Sungguh naif..sangat naif. Mmg patutlah rank dunia untuk UM jatuh.

Bukan setakat itu sahaja , keikhlasan tidak wujud menyebabkan unsur2 selfish dikalangan sesetengah kakitangan akademik di UM. Malah saya akui sendiri , ada sesetengah pensyarah yang mempunyai makmal seolah2 mereka punya harta. Bukankah makmal tu utk kegunaan bersama. Bukan untuk kepentingan peribadi yang menyebabkan pensyarah lain iri hati dan berlaku perasaan tidak puas hati. Bila keadaan ini berlaku, maka pelajar2 menjadi mangsa.. makmal tidak boleh digunakan... dan apa yang di pratikan dalam teori tinggal teori sahaja. Abis exam...lulus periksa..lupa dan takleh nak apply dalam suasana kerja pada masa akan datang.

Oleh itu bagaimanakah solutions... hanya kerjasama dan saling tolak ansur menjadi kunci utama dalam penyelesaian masalah ini. Kalo sekadar nak mementingkan kepentingan peribadi dan nak dapat nama...lupakan sahaja untuk mendidik. Kerana keikhlasan mendidik tidak ada.. maka jangan la mengharap untuk menghasilkan graduan yang mampu bergiat cemerlang untuk negara apa tah lagi untuk mengharumkan nama universiti itu sendiri.

Adios , wassalam
Read More...

04 December 2008

Ketaatan Yang Agung….

Leave a Comment


assalamualaikumwarahmatullah …

Dengan kalimah bismillahirahmanirahim…saya ingin berkongsi sedikit ilmu yang diperolehi menerusi Kuliah Maghrib yang disampaikan di Masjid Ar Rahman UM. Berkaitan ketaatan bagind Nabi Ibrahim Alahi Salam…

Seperti yang sedia maklum… baginda merupakan satu2nya Nabi dan Rasul yang mendapat gelaran Khalilullah…atau ” Teman Rapat Allah”. Nabi Ibrahim dilahirkan dalam keluarga yg kufur ..bukan dari kuarga yang Alim… Ayah baginda sendiri merupakan tukang @ pakar pembuat berhala. Tapi Allah Maha Menjaga hati hamba pilihanNya.

Setelah baginda meningkat usia remaja… Allah memberikan petunjuk hidayah. Lalu baginda menjadi org yang tak penah membantah apa jua arahan yg diwahyukan oleh Allah kepada baginda. Task pertama ialah memecahkan sume berhala… Baginda tahu… sekiranya berbuat demikian.. maka baginda akan dihukum bakar oleh Namrud..Namun beliau lebih takutkkan Allah dari mahluk2Nya.. Lalu dilaksanakan arahan Allah tanpa byk bicara.

Begitu jua dengan arahan menghantar Ismail Alaihi salam serta Zaujah kesayangannya ..Hajar di bumi Mekah yang kering tandus.. Dilaksanakan arahan tersebut tanpa banyak soal. Selepas tu arahan meninggalkan zaujahnya di bumi yg gersang tanpa air dan tumbuh-tumbuhan, tetap dilaksanakan tanpa banyak soal. Bukan setakat itu sahaja…malahan utk arahan memyembelih Ismail tetap dilaksanakan tanpa banyak soal.Peristiwa ini dirakamkan dan di ingati sebagai Aidil Adha.. sehingga kini.

Ketaatan ini menyebabkan baginda Ibrahim Alaihi salam mendapat kedudukan di langit yg tertinggi iatu langit ke 7. langit yang hampir dengan Allah. Apabila peristiwa isra mikraj .. baginda Nabi Muhammad SAW berjumpa dengan Baginda Ibrahim.. lalu bertanya akan Ibrahim kepada Rasulullah ” Apakah hadiah yang Allah berikan untuk umatmu wahai Muhammad?” lalu Baginda menjawab …Solat 50 waktu sehari semalam… maka jawabla Nabi Ibrahim Alaihi Salam…”tunaikan lah solat tersebut”.. Akan tetapi nilai solat kita pada hari ni disusut kepada 5 waktu sehari semalam kerana ihsan Nabi Musa alaihi salam … Ini menunjukkan Nabi Ibrahim tidak meremehkan hal 50 kali sehari semalam..

Kesimpulannya.. tepuk dada tanya iman di hati kita…adakah kita ini cukup taat atau sebaliknya.Bagaimana solat kita? Ibadah Yang Lain cam mana la ya yerk…???

Read More...

23 November 2008

Masyarakat kita masih lagi menagungkan artis dari ilmuan

Leave a Comment
assalamualaikum...

Dah seminggu jari saya tak menaip diruangan blog ini. Terasa rindu utk berkongsi pengalaman / cara hidup yang semakin sibuk dan m
enyesakkan.Memang...memang sibuk . Tak dapat dinafikan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda dalam hadis yang mana saya ambil sebahagian daripada keseluruhan hadis tersbut iatu...

 Masa Sihat Sebelum Sakit , Masa Lapang Sebelum Sibuk

Nak wat cam mana ? Terpaksa la saya hadapinya walaupun agak kurang selesa. Amanah tetap amanah. Pada hari jumaat yg lalu. Saya tak dapat hadir ke pejabat kerana mengalami kesakitan pada rahang gigi. Ya Allah...azabnyee... Mmg pedih setelah menanggung kesakitan tersebut seminggu. Hmm ... Nikmat sihat tu saya tak hargai..tidak menghargai penting mulut dalam sistem badan manusia. Tp agak mengecewakan...apabila doktor gigi yang merawat saya mengatakan bahawa gigi saya OK...ya Allah...mana la silapnya.. ada kah saya telah memilih klinik atau Dr gigi yang salah...huhuhu...sabar je la.. Dr tu su
ruh saya wat appointment for next month...

Selepas tu saya pun... diberikan satu borang berkenaan kesedaran kanser mulut. Hmm sedey..sebenarnya...pihak klinik telah membuat sedikit ceramah ringkas yang disampaikan oleh salah seorang Dr di sana. Apa yang saya mengecewakan ialah hanya saya dan seorang akak ( keja as policewoman) yg dapat menghadiri ceramah tu. Ceramah tu tak lain dan tak bukan ialah berkenaan tahap kesedaran kanser mulut serta kaedah2 rawatan pencegahan awal (self diagnose treatment) bagi mengelakkan kanser mulut. Alhamdulilah... best ..banyak info saya dapat walaupun ceramah tersebut sekejap je..


Selepas tu saya terus ke Masjid Wilayah kerana saya ingin solat fardu jumaat di sana. Alhamdulillah cantik sungguh pembinaan masjid ni tapi ade satu kekurangan. Masjid itu seolah2 mati bagaikan tiada pengguni sedangkan zaman Rasulullah SAW ..fungsi masjid di optimumkan sepenuhnya....

Alhamdulillah rupanya ade public lecture yang disampaikan oleh Syeikh Yusuf Estte , salah seorang pendakwah dari Amerika Syarikat . Beliau merupakan paderi besar salah sebuah gereja yang terkemuka di sana. Beliau menyampaikan kuliah sebelum jumaat bertajuk " Tanggungjawab Muslim kepada Bukan Islam" . Huhu banyak sungguh amanah2 yang Kau berikan pada umat Muhammad SAW  ya Allah...

Tapi apa yang saya kesalkam di sini,,,, tidak ramai jemaah yang tak tau kehadiran syeikh tersebut, Sedey...sangat sedey..bila ade majlis ilmu ade je masalah nk datang..tapi kalo ade artis ke nak kawin...sure punya la...masjid tu ramai nak datang... Hmm masyarakat kita dah mengagungkan artis berbanding para ulamak...

# semoga kita dijauhi daripada sifat membenci akan majlis ilmu...
Read More...

03 November 2008

FOSS My ... Dijemput kawan2 utk datan bersama

Leave a Comment

FOSS.my 2008 is Malaysia’s premier Free and Open Source Software (FOSS) event.

I love Linux as my operating system. but still using XP..
I love Apache as my web server.
I love MySQL as my database management system.
I love PHP as my programming language.

I love LAMP. The world is just awesome. See you at #foss.my. !


Read More...

01 November 2008

Kerja..kerja..dan Kerja...

Leave a Comment
assalamualaikum...

Bismillahirahmannirahim,,,,
Sepanjang mingggu di akhir tahun ini , banyak perkara yang perlu saya selesai. Yang pertama berkaitan ngan research saya iatu "Intelligent Mapping Management Using GIS Method" . Konsep inilah yg saya gunakan untuk membuat perisian iatu Uni Malaya Info atau singkatannya UM Info.

Penat sungguh nak wat slicing already data mapping. Alhamdulillah dengan bantuan manual software serta kak seri azrina (senior FSKTM) keja2 dapat dipermudahkan kerana ia melibatkan perubahan pada bahagian table . Dalam MapInfo Pro ... sume data2 dalam pemetaan di simpan dalam bentuk jadual @ table .

Tak cukup tu lagi...saya kena siapkan EEA System (projek freelance ) untuk Center of Product , Design and Manufacturing, jabatan kejuruteraan CAD CAM. Projek ini sebenarnya mudah je..tapi disebabkan saya menggunakan programming language C# tu yang menjadikan saya lebih berjiwa kacau kerana saya mendapati bahawa bahasa pengaturcaraan ini lebih kepada OOP . semacam java lak saya tgkkan kerana ia melibatkan class tertentu. Oleh itu , bagi sesiapa yang ingin menguasai C# saya sarankan , ia menguasai bahasa pengaturcaraan java not bahasa JAWA.




Insyallah minta dipermudahkan segala urusan ku dunia dan akhirat...amin. Thanks buat parent saya yg berada di Batu Pahat. Saya amat merindukan kalian semua,tpi pengorbanan perlu dilakukan utk mncari rezeki. Thanks gak buat kawan2 yang membantu serta mendoakan saya,

Adios , wassalamwarahmatullah.
Read More...

08 July 2008

kenapa 'student' IPT di negara kita lesu yer?

Leave a Comment
persoalan mahasiswa2 di IPT malaysia sekarang boleh dikatakan lesu.Kenapa saya meng'iya'kan penyataan berikut.Terlalu banyak dalam kepala saya yang difikirkan rasional kenapa pelajar2 (sebutan yang layak untuk student yang belaja kat U)

Pertamanya ialah berkaitan karisma dan nilai sahsiah diri. Sahsiah diri bermaksud etika berpakaian. Saya agak pelik kerana kenapa kebanyakan pihak IPT tidak begitu tegas dengan kod pemakaian di seluruh IPT. Kalo diikutkan dah bermacam2 banner utk menyuruh student menutup auratnya. Tapi tindakan tu hanya seperti melepaskan batuk di tangga. Berapa ramai pak guard dan pensyarah yang bertindak utk student ini menutup aurat,jangan anggap perkara ini remeh kerana keadaan ini akan meningkatkan keupayaaan berlakunya kes2 rogol.

Kedua berkaitan dengan akhlak dengan pensyarah atau guru. Ahlak student sekarang mmg leh dikatakan sangat teruk kerana mereka tidak menghormati pensyarah. Kenapa saya mengatakan sedemikian rupa? Kerana adab menuntut ilmu ialah student kena la datang terlebih dahulu dari pensyarah.Tapi keadaan berlaku dengan sebaliknya, adakalanya saya lihat, kelas dah menghampiri tahap 'abis waktu' baru student masuk. Inikah adab menuntut ilmu yang baik? Patut la keberkatan ilmu tu tidak dapat secara menyeluruh di kebanyakan student2 sekarang.

Ketiga ialah berkaitan kemahiran berfikir secara kritis. Mmg diakui sistem pendidikan berorientasikan peperiksaan telah menjadi tradisi pendidikan di sekolah. tetapi berapa ramaikah student yang berfikiran secara kritis utnuk menegur kesilapan para pensyarahnya di dalam kelas.Masalah ini timbul disebabkan banyak student membaca junk book atau majalah2 yang tak bermanfaat daripada membaca buku berkaitan ngan subjek yang mereka amik diIPT. Bukan student tak tau..malah silibus pembelajaran telah diberikan kepada sume pelajar. jangan nak tipu la ...sume subjek ada silibus pengajaran dan pembelajaran. Mmg student2 sekarang hanya 'mengharap' pada nota penuh berbentuk power point daripada pensyarah daripada membaca dahulu sebelum menghadapi kelas.

Ok setakat itu sahaja posting saya kali ni. Mungkin ada ramai student atau pelajar2 tidak menyetujui tapi berfikir la ngan fikiran terbuka. Buka minda buka hati...supaya kita leh berpandangan jauh untuk negara kita.

Barakallahu fiki
Read More...