28 March 2008

Majlis Ilmu.Datuk Harussani zakaria

Leave a Comment
Assalamualaikum kawan2..sume...

Anda dijemput hadir untuk meramaikan lagi majlis ilmu yang akan disampaikan oleh Yang Berbahagia Dato' Dr Harussani, Mufti Kerajaan Perak, maklumat majlis ilmu seperti di bawah

Tempat / Lokasi : Masjid Saidina Abu Bakar As Siddik, Bangsar (tempat Ning Baizura nikah)
Tarikh / Masa : 2 April 2008 (datang sebelum maghrib- Nanti leh solat jemaah Maghrib sama2)

Sekian wassalam

P/S : sampaikan kepada kawan2 yang lain ye...
Read More...

Keja..keja..keja... adakah aku patut menerimanya ??

Leave a Comment
Bab ni bab paling tak best...membuat 2 pilihan antara terima atau sebaliknya...

tanggal 27 mac 2008..kul 4 ptg...aku mendapat emel dari pada ARZ Enterprise utnuk mengambil aku sebagai temp staff kat sana..Dia orang nak testing selama 3 bulan je..pas tu kalo aku Ok..dapat stay...dan sebaliknya..tanam anggur balik..takkan nk keja balik as RA la pulak...malu seh...

Pagi ni..(28-Mac).. aku diskus ngan moderator tentang projek RA aku...dan tawaran kerja yang aku dapat baru2 ni(semalam). Dia ada menyatakan bahawa adalah lebih baik aku berfikir panjang sebelum berhenti kerana dia berkata dia tak ingin menjadi penghalang untuk aku berkerja ke tempat yang menawarkan 'habuan' yang lebih tinggi. Menurutnya adalah lebih baik aku menunaikan solat sunat isthikarah..sebelum membuat keputusan.

pada pandangan beliau, bila mana org yang mempunyai pengalaman yang banyak dalam bidang pengaturcaraan, di tambah pula ngan skil2 yang yang lain seperti aku..pasaran kerja juga perlu mengambil kira pengalaman, benefit dan sebagainya. Adakalanya syarikat2 yang menawarkan tawaran gaji yang begitu lumayan untuk mengaburi pekerja mahir.Pada hal mereka terdesak untuk bisnes mereka.

Hmm aku ade pikir gak kebenaran berdasarkan pengalaman moderator aku yang penah diperdayakan ngan kata2 manis tp janji tinggal janji yang diberikan oleh majikan sebelumnya. Penat dapat..tapi usaha yang dibayar tidak setimpal dengan apa yang disumbangkan.

Selepas itu , moderator menyatakan bahawa aku wajib melihat keutuhan kewangan bagi syarikat tersebut samada mereka boleh membayar gaji majikan menurut apa yang termaktub dalam perjanjian keja..berkenaan projek2 yang dilaksanakan , dan sebagainya...

Oleh itu..kesimpulannya...sekiranya anda telah mempunyai pengalaman dalam keja..tidak salah untuk demand ngan apa yang kita inginkan,
Read More...

Aku demam...

1 comment

Assalamualaikum...

Bismillahirahmannirahim....Fa biaiyi alaa hi rabbi kum tu kazziban..(Ar rahman : Quran Al Karim)
"nikmat tuhan kamu yang manakah telah kamu dustakan".

hai kawan2..bila aku tgk balik rujukan tafsir ar rahman untuk mendapatkan maksud ayat Quran yang berulang2 dalam surah Ar rahman...huhu...aku sedar bahawa terlalu banyak aku dustakan nikmat tuhan...Ya ALLAH..ampuni la dosa2 hambaMu yang lalai akan nikmat2 yang telah Kau kurniakan kepada ku.

semalam (27 -Mac - 2008). Allah telah memberikan aku nikmat 'demam'.Demam? Ye demam. Aku diserang demam sehingga sukar untuk kemana2.Kepala aku lak rase cam berdenyut2...migrain kut.Nak wat keja pun payah..Apa yang aku mampu lakukan hanya baring, Pagi tu pergi sarapan ngan housemate baik ku.Si Johan..or dikenali sebagai abg jay-jay (johan johari - JJ).Bila kitaorang sampai kat mamak Mapley..kat SS14, aku juz amik nasik lemak ngan roti canai.Alhamdulillah,..nasi lemak..tp roti suh abg JJ abis kan..sebab aku takdapat merasai nikmat..takde rase..sume tawar termasuk teh tarik..huhu..sekali ALLAH nikmat lidah baru aku nk teringat pasal DIA.

sampai kat umah aku wat keja sikit la..amik ubat batuk yang ade kat dalam peti ais...minum 2 sudu...pastu...aku terlelap..sampai kul 350 petang...aiseymen...solat zohor miss utk jemaah da..bangun jap..pas zolat zohor ..aku rest2...jap..tapi badan cam tak larat nk gerak sangat...hampir2 tertido..tp orang kata tido pas asar tak elok...tapi ade logiknya sebab Rasulullah melarang umatnya utnuk tido after subuh and asar.....pas solat asar..aku masih leh godek coding utk cakePHP..perghh,,,controller lak ade masalah...tak cukup...aku semak2 kat PHP malaysia controller...

Alhamdulillah...maghrib dan isya' dapat berjemaah kat surau...syukurnya dapat berjemaah..rindu and miss to make solat in jemaah..rase x sedap hati kalo solat secara sorang2...hehehe..
Read More...