01 July 2008

bacaan santai - LIMA BELAS BUKTI KEIMANAN

Leave a Comment

Al-Hakim meriwayatkan Alqamah bin Haris r.a berkata, aku datang kepada Rasulullah s.a.w dengan tujuh orang dari kaumku. Kemudian setelah kami beri salam dan beliau tertarik sehingga beliau bertanya, “Siapakah kamu ini ?”
Jawab kami, “Kami adalah orang beriman.” Kemudian baginda bertanya, “Setiap perkataan ada buktinya, apakah bukti keimanan kamu ?” Jawab kami, “Buktinya ada lima belas perkara. Lima perkara yang engkau perintahkan kepada kami, lima perkara yang diperintahkan oleh utusanmu kepada kami dan lima perkara yang kami terbiasakan sejak zaman jahiliyyah ?”

Tanya Nabi s.a.w, “Apakah lima perkara yang aku perintahkan kepada kamu itu ?”
Jawab mereka, “Kamu telah perintahkan kami untuk beriman kepada Allah, percaya kepada Malaikat-Nya, Kitab-kitab-Nya, Rasul-rasul-Nya, percaya kepada takdir Allah yang baik mahupun yang buruk.”
Selanjutnya tanya Nabi s.a.w, “Apakah lima perkara yang diperintahkan oleh para utusanku itu ?”
Jawab mereka, “Kami diperintahkan oleh para utusanmu untuk bersaksi bahwa tidak ada Tuhan selain Allah dan engkau adalah utusan Allah, hendaknya kami mendirikan solat wajib, mengerjakan puasa di bulan Ramadhan, menunaikan zakat dan berhaji bila mampu.”

Tanya Nabi s.a.w selanjutnya, “Apakah lima perkara yang kamu masih terbiasakan sejak zaman jahiliyyah ?” Jawab mereka, “Bersyukur di waktu senang, bersabar di waktu kesusahan, berani di waktu perang, redha pada waktu kena ujian dan tidak merasa gembira dengan sesuatu musibah yang menimpa pada musuh.” Mendengar ucapan mereka yang amat menarik ini, maka Nabi s.a.w berkata, “Sungguh kamu ini termasuk di dalam kaum yang amat pandai sekali dalam agama mahupun dalam tatacara berbicara, hampir saja kamu ini serupa dengan para Nabi dengan segala macam yang kamu katakan tadi.”

Kemudian Nabi s.a.w selanjutnya, “Mahukah kamu aku tunjukkan kepada lima perkara amalan yang akan menyempurnakan dari yang kamu punyai ? Janganlah kamu mengumpulkan sesuatu yang tidak akan kamu makan. Janganlah kamu mendirikan rumah yang tidak akan kamu tempati, janganlah kamu berlumba-lumba dalam sesuatu yang bakal kamu tinggalkan,, berusahalah untuk mencari bekal ke dalam akhirat.”

Read More...

dari bola ke medan dakwah

Leave a Comment
assalamualaikum

bismillahirahmannirahimm...

maaf la kawan2..saya lama tak up to date maklumat dalam blog ini. Al maklum la dalam 2-3 minggu terpaksa hempas pulas untuk menyiapkan tugasan untuk mapping projek yang telah di amanahkan oleh En Mokhtar Azizi. Hhehe. Jangan terkjeut ngan tajuk tu..mesti korang sume dah suspen ttg tajuk tu

Petang semalam (30/06/2008) saya , aznijad(pensyarah Cad Cam) dan 2 orang lagi cina . topik yang hangat dibincangkan ialah berkenaan ngan Euro 2008, al maklumla tengah hangat diperkatakan selepas kejayaan Sepanyol menewaskan Germany 1-0. Biasa la membincangkan strategi perlawanan n kelemahan yang 2 pasukan tersebut.

Ntah cam mana tersebut lak citer berkaitan industri judi dan bola. haaaa kat sini la member sorang lagi tu (aznjad) masuk citer. Dia seorang yang sempoi tpi pandai handle untuk menerangkan ttg kenapa judi tu haram. Iyer la kalo kat britain , industri bolanya tak la lari daripada industri judi. broker judi boleh menetapkan tahap taruhan yg dibuat utk sume perlawanan, Kami (saya n aznijad) menerangkan kepada cina 2 orang tu. Antara sebab judi itu haram ialah sifat menzalimi dan boleh mewujudkan suasana permusuhan di kalangan manusia.

Selepas tu aznijad menerangkan hukum hakam yang telah ditetapkan oleh Allah kpada umat islam. Di sini pula hal arak diceritakan . Dia menceritakan bahawa arak itu haram bukan sekadar meminumnya sahaja tetapi segala2 berkaitan ngan arak termasuk membawa, menjual , menanam padi, barli, anggur dsb...untuk dijadikan arak. alhamdulillah 2 org cina baru memahami.

Selepas itu kami menerangkan bahawa islam tu tertegak tidak boleh menggunakan logik akal manusia kerana ia akan menyesatkan manusia. Di sini pula kami menerangkan konsep kejadian manusia kepada mereka serta hak2 manusia di atas muka bumi. kami menerangkan bahawa kita sume adalah saudara kerana lahir dari Adam alaihi salam.Pas tu kami menceritakan bahawa syaitan mencemburu dan berusaha untuk membawa anak anak adam untuk tinggal sama2 dalam neraka. pastu salah sorang cina tu bertanya akan kekeliruan bahawa kenapa jika Allah boleh menjelmakan sebagai manusia.kenapa tak menghapuskan sume saitan2 ni? aznijad menjawab bahawa syaitan telah membantah untuk sujud tetakala allah menyuruh malaikat dan jin untuk sujud pada Adam. maka saitan ngan sombong tidak ingin sujud pada Adam yang dijadikan daripada tanah dan syaitan dari api. Oleh itu kewujudan syaitan adalah untuk menguji manusia sama ada mampu melawan kehendak syaitan atau sebaliknya. Ujian itu adalah pilihan manusia sama ada ingin IKUT apa2 arahan dan perintah yang digariskan oleh Allah atau MEMBANTAH arahan tersebut.

Selepas menjelaskan hal berikut kepada mereka , mereka faham bahawa, Islam tu mudah. Smoga Allah berikan hidayah kpada mereka berdua...

adios
Read More...

19 June 2008

Tips Murah Rezeki : Kenapa Kita Lalai Disebalik Ujian Allah

Leave a Comment

Harga minyak naik dan ramai yg naik minyak, marah, tak puas hati dan sebagainya. Malangnya, berapa kerat manusia yg mengucapkan "Innalillahi wa'inna ilaihi roji'un" apabila merasai kesusahan akibat daripada kenaikan harga minyak? Ini adalah musibah & setiap kali kita ditimpa musibah, Islam menganjurkan kita mengucapkan "Innalillahi wa'inna ilaihi roji'un."
Mengenai kalimah ini Rasulullah SAW pernah bersabda, maksudnya:
"Sesiapa daripada orang Islam yang ditimpa musibah lalu membaca apa yang disuruh oleh Allah iaitu : Innalillahi wa'inna ilaihi roji'un (dan berdoa) "Ya Allah, berikanlah pahala kepadaku terhadap musibah yang menimpa diriku, dan gantikanlah bagiku dengan yang baik daripadanya. " Maka Allah akan menggantikannya dengan yg lebih baik."
[Hadith sahih riwayat Imam Muslim 4/128]

Tips Murah Rezeki:

REZEKI ialah apa yang dapat dimanfaatkan manusia sama ada halal atau haram, baik atau buruk. Harta pemberian Allah S. w. t merupakan rezeki yang dapat dimanfaatkan kerana ia memberi kemudahan hidup dan kemudahan untuk beribadah. Pengertian rezeki bukan sahaja berupa harta. Apa yang disedekahkan kepada makhluk Allah lainnya adalah rezeki. Kesihatan, pandangan mata yang terang, kemurahan hati dan ketenangan juga adalah rezeki.
Berikut adalah beberapa tips utk murah rezeki:

1. BERSEDEKAH / BERINFAQ

Orang yang pemurah (suka bersedekah, menderma, menolong orang) Allah S. w. t murahkan rezekinya. Berdasrkan ayat al-Quran:
Ertinya "Perumpamaan mereka yang mendermakan harta bendanya di jalan Allah, ibarat menanam sebiji benih akan menumbuhkan tujuh pokok dan tiap-tiap pokok (membuahkan) seratus biji, dan Allah selalu melipat gandakan kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki, dan Allah Maha Luas (anugerah-Nya) lagi Maha Mengetahui."
(Al-Baqarah: 261)
“Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dia-lah pemberi rezeki yang sebaik-baiknya.”
(Saba`: 39)
Nabi saw bersabda dalam riwayat Muslim dari Abu Hurairah r. a.:“Allah Tabaraka wa Taala berfirman, ‘Wahai anak Adam! Berinfaqlah, niscaya Aku berinfaq (memberi rezeki) kepadamu.”
Imam an-Nawawi berkata, “Firman Allah SWT dalam hadith ini adalah makna dari firman Allah SWT dalam al-Qur`an surah Saba` ayat 39 di atas.

2. MEMPERBANYAKKAN ISTIGHFAR DAN TAUBAT

Salah satu sebab penting dan memudahkan datangnya rezeki adalah "istighfar" dan "taubat". Taubat adalah kembali kepada Allah SWT setelah melakukan perbuatan dosa. Dan istighfar adalah memohon perlindungan kepada Allah SWT dari dampak buruk dosa yang dilakukan. Yang dimaksudkan dengan taubat dan istighfar di sini bukan setakat ucapan tanpa bukti nyata perbuatan, sebab jika demikian maka ia bererti dusta. Taubat yang benar adalah taubat yang memberi kesan pada perbuatan pelakunya, inilah taubat pembuka pintu rezeki Allah SWT.

Firman Allah SWT:

“Maka aku katakan kepada mereka, 'Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai.”(Nuh: 10-12)

Amirul Mukminin Umar bin Khattab r. a. berpegang kepada ayat di atas manakala dia keluar meminta hujan, yang dilakukannya adalah beristighfar. Begitu pula al-Hasan al-Basri, ketika dia didatangi oleh tiga orang pengadu. Yang pertama mengadukan kekeringan, yang kedua mengadukan kesempitan hidup dan yang ketiga meminta doa agar dikurniai anak. Al-Hasan menjawab dengan satu jawapan, “Beristighfarlah.”

3. AMALKAN AYAT SERIBU DINAR: MEMILIKI SIFAT TAQWA & BERTAWAKKAL

Sifat taqwa adalah "menahan diri dari dosa" iaitu meninggalkan segala larangan. Imam An-Nawawi mendefinisikan taqwa dengan “Mentaati perintah dan laranganNya.” Maksudnya, menjaga diri dari kemurkaan dan azab Allah SWT. Dalil menunjukkan taqwa kunci murah rezeki:

Firman Allah S. w. t:

Ertinya: "Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan memberikan baginya jalan keluar. Dan memberi rezeki yang tiada disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu."(At-Talaq: 2- 3)

Tawakkal pula adalah menyandarkan diri kepada Allah SWT yang diikuti dengan usaha maksimum dalam batas-batas yang dibolehkan, ia merupakan salah satu sebab yang dengannya

Allah SWT membuka rezeki-Nya bagi hamba-hambaNya. Rasulullah saw bersabda,
“Sungguh, seandainya kalian bertawakkal kepada Allah sebenar-benar tawakkal, nescaya kalian akan diberi rezeki sebagaimana rezeki burung-burung. Mereka berangkat pagi-pagi dalam keadaan lapar dan pulang petang hari dalam keadaan kenyang.”
[At-Tirmidzi]
Ayat seribu dinar ini perlu diamalkan, maknanya perlu kita berusaha menjadi orang yg bertaqwa & bertawakkal. Kalau setakat gantung ayat di dinding rumah atau kedai, tidaklah sampai matlamatnya.

4. MENYEMPATKAN DIRI UNTUK BERIBADAH

Ibadah disini dimaksudkan ibadah khusus seperti solat, baca Al-Qur'an, berzikir dan sebagainya. Perlu dingatkan bahawa bekerja untuk mencari rezeki juga adalah ibadah kepada Allah SWT. Maknanya, kita perlu memperuntukan waktu untuk beribadah (khusus) dalam kesibukan bekerja.

5. MENGERJAKAN IBADAH HAJI DAN UMRAH

Melaksanakannya adalah termasuk amalan yang Allah jadikan sebagai kunci pembuka rezeki. Rasulullah SAW bersabda:
“Ikutilah antara haji dan umrah (perbanyaklah haji dan umrah), kerana keduanya menghapuskan kefakiran dan dosa sebagaimana bara api menghilangkan kotoran besi, emas dan perak.”[An-Nasa’i, At-Tirmidzi, Ibnu Majah, Imam Ahmad dll dengan sanad sahih]

6. BERSILATURRAHIM

Dari Aisyah radhiyallahu ‘anha dia berkata, "Rasulullah SAW telah bersabda, "Rahim itu digantung di 'Arsy, dia berkata, "Siapa yang menyambungku maka Allah menyambungnya dan siapa yang memutusku maka Allah memutusnya."[Bukhari dan Muslim]

Perlu diketahui, silatrrahim merupakan perbuatan baik yang membuahkan perbagai manfaat, di antaranya yaitu; silaturrahim menumbuhkan rasa kasih sayang dan penyebab masuk ke dalam syurga. Selain itu, silaturrahim juga merupakan sarana untuk memanjangkan umur dan sarana untuk meraih keluasan rizeki. Alangkah indahnya para kaum kerabat yang saling bersilaturrahim dan saling membantu satu dengan yang lainnya.

Imam al-Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah r. a. bahwa Nabi saw bersabda:“Siapa yang mahu dilapangkan rezekinya dan diakhirkan ajalnya (dipanjangkan umurnya) maka hendaklah ia menyambung (tali) silaturrahim.”

Dalam hadith ini Nabi saw menetapkan bahwa silaturrahim menghasilkan dua perkara: keluasan rezeki dan bertambahnya umur. Dari sini Imam al-Bukhari meletakkan bab untuk hadith di atas:

‘Bab orang yang dilapangkan rezekinya sebab silaturrahim.’ Silaturrahim mempunyai pengaruh besar dalam berkembangnya harta dan menepis kemiskinan dan kesulitan hidup bahkan orang-orang yang bermaksiat boleh juga berkembang hartanya disebabkan oleh silaturrahim. Ini adalah barokah silaturrahim.

Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abu Bakrah bahwa Nabi saw bersabda, “Sesungguhnya ketaatan yang paling disegerakan pahalanya adalah silaturrahim. Bahkan hingga suatu keluarga yang ahli maksiat pun, harta mereka bisa berkembang dan jumlah mereka bertambah banyak jika mereka saling bersilaturrahim. Dan tidak ada suatu keluarga yang saling bersilaturrahim kemudian mereka memerlukan (perlu bantuan).”

Maknanya, jika kita amat menjaga silaturrahim, apabila kita ditimpa musibah, maka insyaAllah ada kaum kerabat atau rakan sahabat yg akan menolong & membantu untuk meringankan bebanan kita. Jika kita selalu bermusuh dgn orang lain, siapakah yg mahu menolong kita semasa kita susah?

7. BERHIJRAH DIJALAN ALLAH
Ertinya, berhijrah di jalan Allah ialah keluar daripada kekufuran kepada jalan keimanan.

8. BERBUAT BAIK KEPADA ORANG-ORANG YANG LEMAH

9. MENDERMA KEPADA PARA PENUNTUT ILMU AGAMA
WaAllahu A'lam.
Read More...