04 September 2008

balik kg...al fatihah untuk Mak Long

Leave a Comment
assalamualaikum

Bismillahirahmanirahim...

Alhamdulillah dah sampai pun dari Batu Pahat... saya balik kg kerana mendapat berita tentang kematian maklong sebelah arwah mak saya.. Innalillahi wainaliaihi rojiun....

Setiap yang hidup pasti akan merasai kematian..tula kesimpulan dari apa saya dapat nyatakan.Kerana sememangnya janji Allah tu benar seperti yang termaktub dalam kalamuallah , Al Quran, cuma kita sebagai makhlukNya yang masih diberikan nyawa ini sentiasa bersedia dengan kematian yang senantiasa menanti kita

cuma tu sahaja kut ..tulisan saya kali ini. Kerana kepenatan berulang alik dari Batu Pahat ke Kuala Lumpur...dalam tempoh 2 hari sahaja... Ya Allah berikan aku kekuatan utk beribadah kepada Mu .

Adios =)
Read More...

31 August 2008

salam kembali ramadan?

Leave a Comment
assalamualaikum.... wa bismillahirahmannirahimm

Ramadan kembali lagi...pesta beribadah bermula sekali...alhamdulillah bersyukur ana kepada Allah Taala kerana dipanjangkan usia dalam menjalani ibadah. Insyallah pada malam ni .... kita sume da boleh niat untuk pose dalam bulan Ramadan al Mubarak. Tahukan niat pose ramadan?? Hope sume dah tau...

Poser mengajar kita menjadi lebih bertakwa kepada Allah Taala. Bukan itu sahaja, nilai kelaparan yang dihdapai sepanjang siang hari akan menjadikan kita sama2 merasai kelaparan yang dihadapi oleh sahabat2 dan saudara2 kita yang sering berlapar kerana kemiskinan. Allah Maha Adil. dalam tempoh 11 bulan kita boleh mentekedarah...apalah sangat jika DIA nak kita tahan sifat itu dalam bulan ramadan itu, Tapi perlu di ingatkan bahawa masa berbuka biar la berpada2. bagi yang da berumah tangga tu..saya sarankan supaya kurangkan jenis lauk masa berbuka. Jika hari biasa kita terbiasa ngan 2-3 jenis lauk, kurangkan sekurang2nya satu lauk sahaja, Tapi jangan la kita nak makan berlebihan semasa berbuka.

Poser juga mentarbiahkan kita untuk berpose hati dan pacaindera. Kalo kita selalunya berbecok2 .Dalam poser,...kita gantikan becok tu ngan baca Quran. kalo kita asyik merayap ke shopping kompleks tanpa ada tujuan...dalam bulan ramadan..kita lepak2 sambil beriktikaf kat Masjid. Kalo kita selalu nye bertengkar dalam politik ... lupakan la seketika dan kalo boleh cari titik persamaan dalam menyatupadukan umat islam. Itu adalah lebih baik dari kutuk mengutuk serta mencari kelemahan di antara satu sama lain...

akhir sekali...cari la keberkatan dan keredhaan Allah dalam bulan Ramadhan yang sememangnya penuh dengan keberkatan. Jadikan ramadan tahun ini lebih baik dan anggaplah ia seperti ramadhan terakhir kita di dunia ini
Read More...

24 August 2008

Diam : Satu Ibadah..jom pratikkan

Leave a Comment
Bismillahirahmannirahim... Assalamualaikum..

Inginsaya kongsikan bersama mengenai majlis ilmu yg saya perolhei dari ceramah sebelum khutbah jumaat yang di sampaikan oleh Dr Faisal dari jabatan Syariah , Akademi Pengajian Islam UM. Tersentak dengan tajuk kali ini iatu DIAM

Diam merupakan ibadah yang paling simple dalam islam kerana diam tu dapat menyelamatkan kita dari lidah kita untuk menyatakan suatu yang tidak elok. Bukan itu sahaja , banyak keja yang tidak dapat disiapkan kerana banyak cakap dari berkerja,

Bagaimanakah Puasa dapat mentarbiahkan mulut serta lidah kita daripda seperti biasa?
Hmmm pose...sebenarnya pose lebih menjadikan kita lebih berdisplin dan bekerja kuat. Bukan makin lembik coz kurang makan. bagi saya ada kebenaaran nya dalam apa yg diperkatakan oleh Dr Faisal kerana jika dibuka kepada sirah nabawiyah dan para sahabat dan perjuang2 islam , Banyak peperangan yang berlaku dalam bulan Ramadan yang mulia. Peperangan dalam berpuasa kalo diikutkan logik akalnya ..mmg tak terlarat nak mengangkat pedang apatah lagi melawan musuh2 Islam. Tapi Allah Maha Mengetahui akan kekuatan yang diberikan hambaNya.

Begitu gak dengan diam.sekiranya kita boleh berbecok2 kat 11 bulan. Apa salah nya kita berjihad dalam bulan pose untuk berdiam dan adalah lebih baik kita membaca Quran atau berzikir kepada Allah. Bukan kah dengan mengingati Allah(zikrullah ) hati2 manusia akan menjadi lebih tenang, Bila nak mula cakap2 je...baca quran...

Tapi perlu diingatkan adakalanya perlu la bercakap bagi mereka kerja nya bercakap seperti deejay ke...penjual di pasar2 ke. kalo tak cakap ..apa kes pulak. Tapi perlu diingatkan la sekali lagi bahawa , berkata la pada perkara yang perlu sahaja kerana ianya dapat mengelakkan diri kita daripada kebinasaan. jangan kerana kita diam, tapi ade berlaku maksiat di depan mata kita.

Utk itu sahaja... semoga peringatan ini utk diri saya yang lupa...
Read More...