07 September 2008

Kepentingan Saf dalam solat jemaah,,,,

Leave a Comment
Assalamualaikum...

barangkali hal seperti ini tak de menjadi isu pada masalah dalam solat. Akan tetapi sedarlah kawan2 bahawa...kalo kita ni solat sorang2 (terutamanya bagi laki..) pahala solat tu sikit sangat. Bila dah solat jemaah ade hal lain pula menanti...apa dia...ttg lurus dan rapatkan saf

Sekarang ni ..saya tgk kebanyakan imam tak menitik beratkan soal saf ni.Sedangkan kesempurnaan solat jemaah terletak pada lurus dan rapatnya saf dalam jemaahnya. Cuba kita perhatikan dan lihat selepas tu kita muhasabah pada diri kita?

1st :  Adakah kita menunaikan solat fardu 5 waktu secara berjemaah?
2nd: Adakah kita menunaikan solat fardu tersebut di mussola (surau) atau masjid?
3rd:  Adakah kita yakin solat kita ini benar2 sudah dikatakan betul....atau kita lalai dalam solat?

3 soalan je saya kongsikan di sini.bukan apa? Untuk peringatan bersama sahaja.... Kembali kepada firman Allah 
3 soalan je saya kongsikan di sini.bukan apa? Untuk peringatan bersama sahaja.... Kembali kepada firman Allah bahawa 
"Sesungguhnya solat tu dapat menghindarkan dari perbuatan keji dan mungkar ".

Jika dirujuk kembali kepada ayat Quran tersebut. Hanya solat yang betul2 sempurna sahaja dapat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar. 

sekian wassalam
Read More...

06 September 2008

Andai Ini Ramadan Terakhir Ku...

Leave a Comment
Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu...kepada-NYA Tuhan yang satu
 
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu
sholat yang dikerjakan...sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]
 
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir 
tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan
 
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir 
tentu malammu engkau sibukkan dengan
bertarawih...berqiamullail...bertahajjud...
mengadu...merintih...meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU" 
 
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir 
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan
 
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ...lorong-lorong redha Ar-Rahman
 
Duhai Ilahi.... 
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...paling berseri...
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju redha serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti 
 
Namun teman...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha...bersedia...meminta belas-NYA 
 
andai benar ini Ramadhan terakhir buat ku
MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH KU LAKUKAN
Read More...

04 September 2008

balik kg...al fatihah untuk Mak Long

Leave a Comment
assalamualaikum

Bismillahirahmanirahim...

Alhamdulillah dah sampai pun dari Batu Pahat... saya balik kg kerana mendapat berita tentang kematian maklong sebelah arwah mak saya.. Innalillahi wainaliaihi rojiun....

Setiap yang hidup pasti akan merasai kematian..tula kesimpulan dari apa saya dapat nyatakan.Kerana sememangnya janji Allah tu benar seperti yang termaktub dalam kalamuallah , Al Quran, cuma kita sebagai makhlukNya yang masih diberikan nyawa ini sentiasa bersedia dengan kematian yang senantiasa menanti kita

cuma tu sahaja kut ..tulisan saya kali ini. Kerana kepenatan berulang alik dari Batu Pahat ke Kuala Lumpur...dalam tempoh 2 hari sahaja... Ya Allah berikan aku kekuatan utk beribadah kepada Mu .

Adios =)
Read More...