22 April 2009

sebuah catatan di pesta buku antarabangsa KL

Leave a Comment
assalamualaikum...

da lama ana tak memposting kat blog ana nih... alhamdulillah baru balik daripada pesta buku antarabangsa Kuala Lumpur bertempat di kubu kuat UMNO iatu Putra World Trade Center.. atau dimelayukan nya Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)..

Alhamdulillah semenjak hari pertama ana sampai hingga ke hari ini.. pengunjung bagaikan tali arus.. perghhh mmg ramai.. alhamdulillah sejuk mata memandang kerana kebanyakan yang datang sume "menghormati " buku2 yang menjadi wancana ilmiah.. mereka rata2 berpakaian sopan tak kira la laki ke ppuan ke.. tak macam kat Jom Heboh ke apa...ish2 nauzubillahi min zalik

Alhamdulillah gak.. syukur dapat berkenalan ngan sahabat sekolej masa di UM iatu bro Azlin..yang sekarang merupakan Peguam Syarie yang bertempat di Ampang Selangor.. so kalo sapa2 ada masalah berkaitan ngan cerai ke ...poligami ke... tuntutan ke apa2.. ley jupe saudara Azlin kita...


Cenderhati utk PBAKL 2009

Syukur gak saya dapat membeli sedikit buah tangan dari gerai Ustaz Riduan Mohd Nor.. beliau merupakan penulis bagi buku Gaza Menangis { buku yang mantap di mana beliau sendiri melihat bumi Gaza diganyang oleh regim Yahudi Laknatullah .. pada awal tahun } Buku tu saya lum memiliki.. sapa2 yang nk beli..boleh hadiri Booth Ustaz.. Tinta Jundi ... kat aras bawah.. near booth Ana Muslim { majalah femes dak remaja}.. saya sempat membeli satu buku tulisan beliau iatu Memoir Jihad - Anak Melayu Di Bumi Afghanistan..

Kat booth Jemaah Islah Malaysia

Pastu saya g booth Jemaah Islah Malaysia untuk membeli sedikit cedermata utk sematkan kat bag laptop saya... Apa yang nak simpulkan di sini.. Mari sama2 meramaikan utk pergi ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur ... yang akan berakhir pada 26hb April ni.. Tak rugi membelanjakan duit anda utk ilmu..



Adios Wassalam
Read More...

13 March 2009

masa itu terlalu pantas utk kita kejar

Leave a Comment
assalamualaikum...

Mungkin ramai tertanya2...kenapa blog ini tidak dikemaskinikan...Maafkan saya kawan2...saya terlalu sibuk sehinggakan saya melupakan tanggungjawab hakiki saya sebagai seorang hambaNya. Saya terlupa pada Nya ketika saya lapang...benarlah kata2 yang diucapkan oleh junjungan mulia Muhammad SAW berkenaan dengan Ingat 5 perkara sebelum datang 5 perkara. Salah satu daripadanya ialah berkenaan dengan MASA.

Maafkan saya kawan2 saya sekarang ni berkerja di Puncak Alam sebagai full time prgorammer... di sebuah syarikat IT bumiputera 100%. Alhamdulillah ..syukur...kampeni boleh dikatakan berjaya kerana mendapat projek2 kebanyakan dari Kerajaan Selangor..{ Pakatan Rakyat }. Ada sahabat2 saya menyatakan kampeni saya merupakan kroni kepada YB2 @ exco2 selangor tapi sangkaan tu meleset sama sekali kerana bos saya merupaka seorang yang rajin dan sering berulang alik dari Bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor { known as Bangunan SUK Selangor}. tak kurang gak..kekadang saya sering ke sana utk mengemaskini masalah sistem yang sedia ada..

Tula sebahagian coretan saya sebagai prgrammer. Akan tetapi saya telah gagal..gagal untuk membahagi2 kan masa saya utk Allah Taala. Untuk keluarga saya... untuk diri saya juga? Ya Allah apa da jadi pada diri aku ni...??? Sekarang ni saya akui la...mmg sukar mendapat ilmu2 agama tidak seperti saya semasa di Kampung Kerinchi dimana Masjid Ar Rahman sentiasa penuh dengan kuliah ilmu agamanya setiap malam. Alhamdulillah di sana sedikit sebanyak saya dapat mendekati ustaz2 yang mantap dari pelbagai bidang seperti Tasauf...Ilmu kekeluargaan,,,, tauhid dan sebagainya...

setakat ni sahaja saya menaip...sekiranya tuan2/puan2/adik2 .kawan2 ada maklumat yang elok utk dikongsikan ley bagitau saya k

adios..wassalam
Read More...

17 February 2009

Ada Apa Dengan Cinta??

Leave a Comment

Assalamualaikum...bercerita ttg cinta... 


Penulisan kali ni berkenaan perkongsian ku daripada pengisian Aku Dibius Cinta.. kalo menurut pandangan Ustaz Saifulislam aka Ustaz Hasrizal ini semcam dah penah aku dengar semasa dia membentangkan hal2 berkaitan ngan rumah tangga semasa Kuliah Ilmu anjuran Nisa' Kuala Lumpur di Masjid KLCC. Tapi ade penambahan semasa Aku Dibius Cinta.

Ok point pertama berkenaan Apa itu cinta...Kalo nak ikutkan catatan aku dalam nota kecik... cinta tu terpulang pada pandangan masing2... Ada org kata cinta tu satu kenikmatan...cinta itu satu penyiksaan... Ok dalam context ni terdapat 3 pandangan... 1st pandangan mata kasaq..Biasa dalam situasi sedemikian. Org yang bercinta tahap ini menganggap cinta tu cam mainan hidup je... buat tak kisah je... ade tak da sama je... 2nd memandang cinta tu dari sudut akal.. Ye kita mempunyai akal utk berfikir tapi penguasaan akal dalam cinta juga boleh memusnahkan kerana seolah2 hidup ini cam persoalan matematik yang panjang bak  Calculus..Alzebra,.. prgramming dan macam2 lagi...Biasanya org cam ni bercinta menurut hawa nafsu...

Dan pandangan 3 ialah pandangan hati..Pandangan hati menurut perspektif islam ialah meletakkan Allah sebagai cinta hakiki. Cinta yang membawa ke syurga.. Yang menyatukan hati2 manusia kepada Allah. Itu la ISLAM...Allah datangkan Rasulullah sebagai rahmatan lil alamin ..rahmat sekelian alam. Meskipun Rasulullah merupakan seorang penjuang yang gagah di medan perang Uhud...Tabuk...dan macam2 perang yang di join oleh Rasulullah tp baginda merupakan suami yang paling mesra terhadap...isteri2 baginda { baginda ade more than 1 isteri k}..heheh...

So buat org nak bercinta lak...ingat2 la. Cinta itu bukan sekadar melafazkan kata2 i luv u...dan u luv i.. sebaliknya jika anda ingin bercinta tu berfikirla akan tanggungjawab yang lebih selepas nikah. kenapa ?? supaya cinta selepas kawin tu penuh dengan dugaan. Bagi si laki.. cuba bayangkan tetiba isteri korang di sahkan oleh Dr pakar bahawa dihadapi oleh isteri ade hidap penyakit barah payu dara hingga menyebabkan perubahan yang mendadak terhadap keupayaan , tubuh badan sehinggakan tak leh nak melayan nafkah zahir dan batin terhadap suami dan rumah tangga. Adakah as suami...anda dapat menerima yg itulahh cinta awak selama ni yang awak belai2,,, bila ujian Allah datang...haa...time tula korang nk pk cari org len...tapi berkat kesabaran Insyallah sayang dan cinta tu akan berkembang dan lebih manis dari cinta yang pertama.. begitu gak ngan isteri..bagaimana lak keadaannya...

Yang paling penting Islam mengajarcinta...cinta yang macam mana.. cinta korang rase ley letak suka suki gitu ke... Islam mengajar..bahawa kita perlu menguruskan cinta ,,,cinta mana yang perlu di dahulukan... semestinya cinta Allah dan Rasulullah... tanpa cinta yang ni...kita akan jadi tempang...tempang dalam kehidupan dunia serta akhirat..kalo bagi pelajar .. utamakan cinta pelajaran n amanah yang di amanahkan oleh parent korang...selepas cinta Allah dan Rasul? Why i said like dat?? Coz kalo korang yang betul2 paham betapa susahnya parent korang nk membesarkan korang...pastu korang lak buat hal...ish2...nauzubillah...apa nak jadi...

Berkenaan dengan valentine...bab ni takyah aku nak citer la...mmg dah sah2 HARAM...jangan tanya kenapa..sebab mendatu adalah ikutan kepercayaan org Kristian...yang korang nk ikut sangat tu pesal la...

Ok tu je ..sekian...gamba2 sepanjang program aku akan selitkan kendian... adios
Read More...