24 December 2006

Kata Saya: Pakaian sopan kurangkan kes jenayah seksual

1 comment



APAKAH tujuan wanita dicipta? Dalam Islam, Hawa dicipta untuk menemani Nabi Adam di syurga. Oleh itu, jelas bahawa wanita dicipta untuk berkongsi kehidupan dengan lelaki.


Untuk itu, bentuk fizikal kaum Hawa dicipta berlainan daripada kaum Adam supaya mereka saling melengkapi antara satu sama lain dengan masing-masing ada tugas mengikut fitrah dan bentuk fizikal yang Allah jadikan. Walaupun tugas wanita pelbagai, yang asasi mereka itu diciptakan untuk memenuhi kehendak lelaki. Wanita diperlukan lelaki untuk menunaikan fitrahnya secara biologi. Nafsu kelamin bukanlah satu perkara kecil. Lelaki sanggup berhabis ribuan ringgit untuk berkahwin.


Lelaki tidak seperti wanita, dan tidak pernah terliur kalau tidak dapat pakaian cantik, pinggan mangkuk yang mahal, apalagi perhiasan intan berlian. Orang lelaki tidak tertarik kepada itu semua. Bagaimanapun, keadaan berbeza apabila lelaki bertembung wanita cantik, yang dedah aurat dan manja pula. Itu yang boleh buat lelaki tidak boleh tidur.


Hakikatnya jelas, keinginan lelaki kepada wanita lebih besar daripada keinginan wanita terhadap lelaki. Lelaki mudah terangsang bila melihat wanita seksi yang terdedah auratnya, sedangkan wanita umumnya tidak mudah terangsang dengan hanya melihat lelaki walaupun lelaki itu terlalu kacak.Wanita diperintahkan Allah menutup aurat kerana jika dibenarkan wanita dedah aurat, inilah yang jadi punca kerosakan dalam masyarakat. Wanita yang mendedahkan aurat bermakna dia sengaja mendedahkan dirinya untuk menjadi bahan rangsangan lelaki.


Lelaki yang tipis imannya, bila sudah terangsang tidak kira lagi halal atau haram, dosa atau pahala, akan mencari jalan untuk melepaskan keinginannya kepada wanita. Berlakulah kes rogol dan zina.


Dalam soal berpakaian, sejauh mana ukuran kesopanan pakaian yang dikatakan itu? Kalau ikut orang Melayu, pakai baju kurung itu sopan, baju kebaya pun pakaian sopan, tetapi apakah pakaian berkenaan sudah cukup sopan mengikut syariat?Wanita sepatutnya sedia maklum, pakaian yang diiktiraf untuk wanita Mukmin yang boleh menyelamatkannya daripada mata keranjang lelaki ialah mempunyai ciri-ciri tertentu. Pakaian itu mestilah daripada warna gelap, longgar dan tidak menampakkan bentuk badan. Pakaian itu dapat menutup kecantikan wanita.Tempat paling cantik bagi wanita ialah pada mukanya. Jadi muka kena tutup sebab di situlah kecantikan wanita dapat disaksikan dalam keadaan dia sudah bertudung. Yang penting, pakaian itu dapat menyelamatkan wanita daripada diganggu. Tentulah maksud diganggu itu luas, antaranya termasuk daripada gangguan lelaki. Jadi, tidak ada sebab wanita akan jadi mangsa lelaki kalau dia benar-benar mengikut ciri-ciri pakaian yang diperintahkan Allah kerana Allah sendiri yang menjamin keselamatannya.Juga tidak hairanlah kalau wanita yang memakai pakaian sopan ikut selera orang Melayu akan jadi mangsa gangguan lelaki kerana pakaian kebaya yang dikatakan sopan itu sangat menampakkan bentuk tubuh badan wanita, terutama bahagian dada. Begitu juga baju kurung, masih tidak memenuhi ciri-ciri pakaian yang dikehendaki oleh Islam, melainkan kalau baju kurung itu dibuat besar, longgar dan daripada kain yang berwarna gelap. Oleh itu, adakah wajar kita meletakkan kesalahan kepada lelaki semata-mata kalau berlaku kes rogol?


Lelaki yang terangsang nafsunya mungkin tidak dapat melepaskan kepada wanita yang merangsangnya, atau tidak dapat mendekati wanita muda itu, lelaki yang memang gila tanpa memilih bulu, tanpa mengira usia melakukan kegiatan jenayah itu sekali pun terhadap kanak-kanak. Adakah wajar kita menyalahkan lelaki jika mereka berkahwin lagi kerana tidak tahan dengan godaan? Adakah wajar kita menyalahkan lelaki semata-mata terbabit dalam perlakuan zina, sedangkan hakikatnya wanita yang memulakan dulu sehingga menyukarkan lelaki membendung keinginannya? Cuba kita renungkan masalah ini
Read More...

Ulasan Buku : SAYYIDINA MU`AWIYAH KHALIFAH RASHID YANG TERANIAYA

Leave a Comment

Pengarang: Maulana Muhammad Asri Yusoff Penerbit: Pustaka Bisyarah Kubang Kerian Kelantan Tebal: 79 muka surat PROLOG Rasulullah s.a.w. bersabda “Tentera dari umatku yang mula-mula berperang dengan meredah lautan sudah pasti mendapat syurga.”(Sahih Bukhari jilid 1 m.s. Sahih Muslim jilid 2 m.s. 141-142).

Peristiwa perang pertama menerusi lautan telah berlaku pada tahun 28 Hijrah iaitu semasa pemerintahan Sayyidina Utsman di bawah pimpinan Mu’awiyah . (Tarikh Khalifah bin Khayyat jilid 1 m.s. 135, Nasabu al-Quraisyin m.s. 124, Al- Bidayah Wa an-Nihayah jilid 8 m.s. 229 )
Sahabat besar Saad bin Abi Waqqas r.a. berkata : “Tak pernah saya melihat seorang yang lebih pandai memutuskan hukum selepas Sayyidina Utsman daripada tuan pintu ini ( beliau maksudkan Mu’awiyah) (Al-Bidayah Wa an-Nihayah jilid 8 m.s. 133)


Seorang lagi sahabat Qabishah bin Jabir r.a. berkaa: “Tak pernah saya melihat seorang yang lebih penyantun, lebih layak memerintah, lebih hebat, lebih lembut hati dan lebih luas tangan di dalam melakukan kebaikan daripada Mu’awiyah” ( Al-Bidayah Wa an-Nihayah jilid 8 m.s. 135)
Abdullah bin Mubarak, seorang tabi’in terkenal pernah ditanya : “ Apa kata tuan tentang Mua’awiyah dan Umar bin Abdul Aziz, siapakah di antaramereka yang lebih utama?”. Mendengar soalan ituAbdullah Ibnu al-Mubarak naik marah lalu berkata:“Kamu bertanyakan nisbah keutamaan di antara mereka berdua. Demi Allah! Debu yang masuk ke dalam lubang hidung Mu’awiyah kerana berjihad bersama-sama Rasulullah (s.a.w.) itu sahaja pun lebih baik dari Umar bin Abdul Aziz” (Al-Bidayah Wa an-Nihayah jilid 8m.s. 139)
Mu’awiyah r.a. dilantik sebagai salah seorang gabenor oleh Sayyidina Umar r.a. dan Sayyidina Utsman r.a. selama 20 tahun dan tidak pernah dilucutkan jawatan tersebut dan selepasnya sebagai khalifah selama 20 tahun. Di zaman pemerintahannya beliau telah menyatu-padukan ummah di bawah satu panji dalam melancarkan jihad yang terhenti sekian lama.


Pemerintahannya telah diterima baik oleh sahabat-sahabat besar dan kecil dan tabi’in tidak terkecuali ahlul bait terutamanya Sayyidina Hasan dan Husain r.a.Banyak hadis yang diriwayatkan oleh Sayyidina Mu’awiyah r.a. bertebaran di dalam kitab-kitab hadis Muktabar
Demikianlah fakta-fakta yang tenggelam di dalam kamus sejarah kita.Apa yang terkenal, yang kita ingat dan kita sebarkan ialah Mu’awiyah ialah seorang yang zalim, pemutar belit, pemberontak, ahli politik yang licik dan seumpamanya. Sifat-sifat buruk yang jarang terkumpul pada seorang Islam biasa tetapi dikatakan terdapat pada seorang sahabat r.a. ini.
Lalu apakah sikap kita? Pertamanya , perlu kita ingat bahawa Sayyidina Muawiyah r.a. adalah salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w. Aqidah kita terhadap sahabat ialah sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.: “Janganlah kamu menghina sahabat-sahabatku kerana jika engkau membelanjakan emas sebesar bukit Uhud di jalan Allah ianya tidak akan sama dengan secupak atau setengah cupak yang dibelanjakan oleh salah seorang dari mereka” ( Sahih Bukhari ) . Tanpa perlu ada hujah penyokong yang lain , hujah ini sudah cukup untuk menolak serangan tidak berasas terhadap peribadi sahabat mulia ini.
Dan sahabat r.a. ini ditugaskan untuk mencatat wahyu yang diturunkan. Boleh kah kita bayangkan seorang pencatat wahyu, dokumen paling penting dalam Islam ialah seorang yang buruk akhlaknya sebagaimana yang digambarkan di atas.
Objektif sebenar mereka yang menyebarkan propaganda tentang buruknya akhlak beliau r.a. mudah diteka iaitu seorang pencatat wahyu yang tidak beramanah serta berakhlak buruk boleh mencatat apa saja yang sebenarnya tidak didengarinya dan hasilnya Al-Quran yang ada pada tangan kita pada hari ini adalah tidak terjamin ketulinannya.
Kenyataan bahawa Sayyidina Umar telah melantik beliau sebagai Gabenor Syam sehingga akhir pemerintahannya dan kemudiannya diteruskan oleh Sayyidina Utsman. Kita tahu betapa cermat, teliti dan ketatnya syarat yang ditetapkan oleh Sayidina Umar dalam memilih gabenor ini. Bila Sayidina Umar dan Usman mengakui ketokohan , keadilan dan keupayaan Muawiayah r.a., siapakah kita untuk mengatakan beliau seorang pemutarbelit dan sebagainya.
Bila Imam Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan hadis dari Mu’awiyah r.a. , kita mengatakan beliau tidak boleh dipercayai!! Pereka-pereka cerita dan penyebar daayah ini ingin meruntuhkan dua sumber asas agama Islam ini iatu al - Quran dan as-Sunnah.
Mereka adalah golongan Syiah yang kononnya mengaku pengikut setia Sayidina Ali r.a. , padahal Sayidina Ali sendiri memerangi golongan ini. Malangnyna , kita golongan ahli Sunnah dengan senang hati dan rela menyebar luaskan daayah ini. Cuba ikuti kuliah sejarah Islam di masjid-masjid di negara ini, atau belek sahaja majalah- majalah agama kontemporari. Kita memberi wajah baru tentang cerita ini dengan istilah yang lebih sensasi dengan jalan cerita yang lebih mendebarkan. Golongan musuh berpeluk tangan dan kita sedikit demi sedikit meruntuhkan ugama kita tanpa kita sedar!!
Peribadi agung Mu’awaiyah perlu dibersihkan untuk membersihkan Islam itu sendiri. Sukatan pelajaran perlu disemak semula kerana fakta yang kita sogokkan kepada anak-anak kita bila pertama kalinya mereka didedahkan dengan sejarah Islam adalah sukar untuk dibersihkan di kemudian hari.
Hendaknya kita memberitahu masyarakat adalah Mu’awaiyah adalah seorang tokoh besar yang amat berjasa di dalam Islam. Seorang sahabat muhajirin yang diakui ahli syurga oleh Rasulullah.s. a.w.. Anak kepada tokoh Islam Abu Sufian dan Hindun binti Utbah yang diakui oleh Rasulullah sebagai orang yang paling disayanginya. Adik ipar kepada Rasulullah s.a.w. , adik kepada Ummul Mu’minin Ummu Habibah r.a. )
Mu’awiyah r.a telah mendamaikan dua golongan besar dalam Islam dan meluaskan jajahan takluk Islam seantero dunia. Beliau telah diakui oleh sahabat-sahabat r.a. termasuk keluarga Sayidina Ali r.a. yang amat akrab dengannya. Kita perlu faham bahwa persengketaan yang berlaku di antara sahabat adalah angkara musuh Islam yang menyamar sebagai orang Islam yang menyelinap dan menjalankan jarumnya dari dalam. Sebagai iktibarnya, kita juga harus berhati-hati kerana musuh sentiasa berusaha dari luar dan dari dalam untuk memusnahkan Islam.,dan langkah pertama kita ialah terima sahabat agung ini sebagai seorang sahabat agung yang amat berjasa kepada Islam, hentikan cerita-cerita yang memburuk-burukkan beliau r.a. yang sebenarnya adalah tidak berasas dan berniat jahat. Dan sebarkan salah satu prinsip asas dalam Islam iaitu sahabat-sahabat

Rasulullah s.a.w. ialah orang-orang yang adil dan ‘keadilan’ mereka adalah berdasarkan kepada al-Quran itu sendiri. Wallahu’alam.
Read More...

15 December 2006

MENGERJAKAN IBADAT KORBAN MENURUT SUNNAH NABI

Leave a Comment

Ulama ahli sunnah wal jamaah telah menetapkan satu
kaedah asas dalam menentukan sama ada amal ibadat kita diterima atau ditolak oleh Allah S.W.T.. Adalah penting bagi kita untuk benar-benar memahami kaedah asas ini agar kita tidak melakukan amalan yang sia-sia kerana ia tidak diterima Allah. Kaedah yang dimaksudkan oleh penulis adalah amal ibadat tersebut hendaklah dikerjakan semata-mata ikhlas kerana Allah dan mengikuti (ittiba’) sunnah Nabi s.a.w. Sekiranya kedua syarat yang telah digariskan di atas atau salah satu darinya tidak dipenuhi, maka amal ibadat tersebut dianggap terbatal. Firman Allah S.W.T: "Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu, siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu) lagi Maha Pengampun (bagi orang-orang yang bertaubat)." - Surah al-Mulk: 2.

Menurut Fudhail bin ‘Iyaadh r.h: "Maksud 'amalan yang lebih baik' ialah yang paling ikhlas dan paling benar. Mereka bertanya: Wahai Ali (nama gelaran untuk Fudhail bin ‘Iyaadh)! Apakah yang dimaksudkan dengan paling benar dan yang paling ikhlas? Jawab Fudhail bin ‘Iyaadh: Sesungguhnya amal itu apabila dikerjakan dengan ikhlas tetapi tidak benar nescaya tidak akan diterima dan apabila amal itu dikerjakan dengan benar tetapi tidak ikhlas juga tidak akan diterima sehingga amal itu dikerjakan dengan ikhlas dan benar.

Yang dimaksudkan dengan ikhlas ialah
amal itu kerana Allah dan yang dimaksudkan dengan benar ialah amal itu di atas dasar sunnah.” - Dinukil daripada kitab al-Masaa-il (Masalah-Masalah Agama), karya Abdul Hakim bin Amir Abdat, Darul Qalam, Jakarta 2002, jilid 2, ms. 258. Tambahan pula Rasulullah s.a.w. merupakan contoh teladan yang terbaik kepada seluruh umat Islam. Hal ini adalah sebagaimana firman Allah S.W.T: Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan( keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). - al-Ahzaab (33) :21 Oleh itu sewajarnya dalam melaksanakan ibadat korban bersempena dengan perayaan Aidiladha ini, kita berusaha sedaya upaya untuk mencontohi sunnah-sunnah Nabi s.a.w. seperti berikut:

1. Waktu Perlaksanaan Ibadat Korban Menyembelih binatang korban hanya boleh dilaksanakan setelah selesai solat Hari Raya Aidiladha dan berlanjutan sehingga di akhir hari Tasyriq yakni 3 hari setelah Aidiladha.

Oleh itu penyembelihan haiwan
korban boleh dilaksankan pada 10, 11, 12 dan 12 Dzulhijjah. Menurut Imam al-Syafi’i r.h: Adapun waktu menyembelih haiwan korban adalah ketika imam telah selesai solat Aidiladha…Apabila hari-hari Mina telah berlalu (tarikh 11, 12 dan 13 Dzulhijjah), maka sudah tidak boleh menyembelih korban. – Imam al-Syafi’i, Mukhtasar Kitab al-Umm fiil Fiqhi, (edisi terjemahan bertajuk Ringkasan Kitab al-Umm, Peringkas dan peneliti Hussain Abdul Hamid Abu Nashir Nail, Pustaka Azzam, Jakarta, 2004) jilid 1, m.s. 737 Dalilnya adalah sabda Rasulullah s.a.w. :

Sesungguhnya perkara yang pertama yang kita mulakan pada hari ini (Aidiladha) ialah kita solat kemudian menyembelih (bintang korban). Maka sesiapa yang melakukan serupa itu dia telah mendapat sunnah kami. Barangsiapa yang menyembelih sebelum solat, maka sesungguhnya sembelihan itu adalah daging yang diperuntukkan keluarganya, bukan termasuk binatang korban sedikitpun. – Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Shahih Muslim, hadis no: 1961

Sabda baginda: Sesiapa yang menyembelih sebelum dia solat (Aidiladha), maka hendaklah dia mengulanginya. – Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahih al-Bukhari, hadis no: 5561 Sabda Rasulullah s.a.w.: Seluruh hari-hari Tasyriq merupakan waktu penyembelihan. – Hadis riwayat Imam Ahmad di dalam Musnad Ahmad, hadis no: 16151.

2. Haiwan Korban Tersebut Tidak Memiliki Kecacatan

Hendaklah kita pastikan bahawa haiwan yang hendak kita korbankan tersebut adalah dari jenis baka yang baik serta tidak memilki kecacatan seperti buta, tempang, kurus, tanduk patah, telinga terkoyak, lemah dan lain-lain bentuk penyakit. Sabda Rasulullah s.a.w. : Empat jenis binatang yang tidak dibolehkan dalam berkorban, buta sebelah yang jelas butanya, sakit yang jelas sakitnya, tempang yang jelas bengkoknya, yang tidak berdaya berjalan dan yang tidak mempunyai lemak (kurus). – Hadis riwayat Abu Dawud di dalam Sunan AbuDawud, hadis no: 2420.

3. Tidak Menggunting Rambut Dan Memotong Kuku

Bagi mereka yang hendak melaksanakan ibadat korban maka hendaklah dia tidak menggunting rambut dan memotong kukunya semenjak tarikh 1 Dzulhijjah sehingga setelah dia melaksanakan ibadat korban tersebut. Sabda Rasulullah s.a.w.: Jika masuk sepuluh hari pertama bulan Dzulhijjah (1 Dzulhijjah) dan salah seorang dari kalian ingin menyembelih korban, maka jangan memotong sedikitpun dari rambut dan kukunya. – Hadis riwayat Imam Muslim di Dalam Shahih Muslim, hadis no: 1977. Larangan memotong rambut ini termasuk juga memncabut mahupun mencukur ataupun apa-apa cara yang boleh menghilangkan segala jenis rambut atau bulu di badan. Menurut Imam al-Nawawi r.h: Yang dimaksudkan dengan larangan memotong kuku dan rambut adalah larangan menghilangkan kuku dengan pemotongan atau pencabutan atau yang lainnya (dengan sengaja). Dan larangan untuk menghilangkan rambut baik ianya berbentuk pencukuran, memendekkan, pencabutan, pembakaran atau menggunakan sesuatu untuk menghilangkan rambut, atau yang lainnya, baik ianya bulu ketiak, kumis, bulu kemaluan, rambut kepala mahupun bulu-bulu lain di bahagain badan lain-lainnya.– Imam al-Nawawi, Syarh Muslim, jilid 13, ms. 138-139. Penulis nukil dari kitab Ahkaamul ‘Iedain fis Sunnah al-Muthaharah karya Syaikh ‘Ali bin Hassan al-Halabi al-Atsari (edisi terjemahan dengan tajuk Meneladani Rasulullah Dalam Berhari Raya, Pustaka Imam asy-Syafi’i, Jakar 2005), ms. 98. Namun begitu sekiranya secara sengaja mahupun tidak sengaja kita memotong kuku ataupun rambut maka memadailah kita memohon keampunan daripada Allah S.W.T dengan bersungguh-sungguh dan tidak dikenakan fidyah (tebusan atau pengganti). Imam Ibnu Qudamah r.h berkata: Jika ada yang lakukan hal tersebut, maka hendaklah dia segera beristighfar kepada Allah Ta’ala dan menurut ijmak tidak ada fidyah sama sekali, baik itu dilakukan dengan sengaja mahupun tidak sengaja – Ibnu Qudamah, al-Mughni, jilid , ms. 96. Penulis nukil dari kitab Ahkaamul ‘Iedain fis Sunnah al-Muthaharah karya Syaikh ‘Ali bin Hassan al-Halabi al-Atsari, ms. 99

4. Seekor Unta Atau Lembu Boleh Dibahagikan Kepada 7 Bahagian

Seekor unta ataupun lembu boleh dikongsi bersama oleh
tujuh orang yang hendak melaksanakan ibadat korban. Diriwayatkan daripada Jabir r.a, dia berkata: Kami pernah menyembelih (haiwan korban) bersama Rasulullah s.a.w. ketika di Hudaibiyah seekor unta untuk 7 orang dan menyembelih lembu untuk 7 orang bersama-bersama Rasulullah s.a.w.. – Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Shahih Muslim, hadis no: 1318

5. Boleh Berkorban Untuk Dirinya Sendiri Serta Ahli Keluarganya.

Seseorang untuk dibenarkan untuk berkorban serta berkongsi pahalanya bagi dirinya sendiri serta bagi pihak keluarganya sekalipun ramai jumlahnya walaupun hanya berkorban dengan seekor kambing atau satu daripada tujuh bahagian seekor lembu. Ini berdasarkan sebuah hadis yang mana Atha’ bin Yassar pernah bertanya kepada Abu Ayyub al-Anshari tentang berkorban pada zaman Rasulullah s.a.w. Maka Abu Ayyub menjawab: Dulu seseorang berkorban seekor kambing untuk dirinya dan keluarganya, lalu mereka memakannya dan membahagikannya kepada orang lain. – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi di dalam Sunan al-Tirmidzi, hadis no: 1425

6. Ibadat Korban Dilaksanakan di al-Musholla

.
Disunnahkan untuk melaksanakan ibadat koran tersebut di tanah lapang yang digunakan untuk bersolat di (al-Musholla) demi untuk memperlihatkan syi’ar Islam. Ini sebagaimana diriwayatkan oleh Ibnu ‘Umar r.a daripada Nabi s.a.w: Bahawasanya baginda menyembelih dan berkorban di al-Musholla. – Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahih al-Bukhari, hadis no: 5552
.

7. Disunnahkan Menyembelih Sendiri Haiwan Korban

Adalah disunnahkan dan afdhal untuk mereka yang ingin melaksanakan ibadat korban tersebut agar menyembelih haiwan korbannya dengan tangannya sendiri. Diriwayatkan daripada Anas, dia berkata: Nabi s.a.w. pernah berkorban dengan dua ekor kambing biri-biri yang bagus lagi bertanduk. Baginda menyembelih keduanya dengan tangan baginda sendiri… - Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahih al-Bukhari, hadis no: 5565 Namun begitu diperbolehkan juga bagi mereka yang ingin berkorban untuk mewakilkan penyembelihan haiwan korban tersebut kepada orang lain yang Muslim.

8. Menyembelih Haiwan Korban Mengikut Sunnah

Hendaklah menyembelih haiwan korban tersebut dengan menggunakan objek yang tajam seperti pisau dan dilakukan dengan cepat agar haiwan mati dengan serta-merta. Ketika hendak menyembelih baringkan haiwan korban tersebut pada sebelah sisi kirinya agar mudah memegang pisau dengan tangan kanan dan memegang atau menahan lehernya dengan tangan kiri.. Ketika mehyembelih hendaklah membaca basmallah dan bertakbir (Bismillahi Wallahu Akbar). Ini sebagaimana diriwayatkan daripada Anas r.a, dia berkata: Nabi s.a.w. pernah berkorban dengan dua eekor kambing biri-biri yang bagus dan bertanduk. Baginda menyembelih keduanya dengan tangan baginda sendiri dengan menyebut Nama Allah dan bertakbir seraya meletakkan kaki baginda pada lambung keduanya. - Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahih al-Bukhari, hadis no: 5565. Hendaklah ketika menyembelih dikerat salur udara, kerongkong dan saluran darah leher haiwan tersebut tanpa mengerat gentian saraf di dalam tulang belakang. Hendaklah darah dari badan haiwan korban tersebut dialirkan keluar sepenuhnya dari badan haiwan tersebut sebelum melapahnya.

9. Daging Korban Tersebut Dimakan, Disedekah dan
Dihadiahkan

Disunnahkan bagi keluarga yang melakukan ibadat korban tersebut untuk turut memakan sebahagian daging, menghadiahkan sebahagiannya kepada orang lain dan mengsedekahkan sebahagian lain. Malah diperbolehkan juga bagi mereka untuk menyimpan daging tersebut. Dalil-dalil akan hal ini adalah seperti berikut: Sabda Nabi s.a.w: Makanlah dan simpanlah serta sedekahkanlah (daging korban tersebut). - Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Shahih Muslim, hadis no: 1971.

10. Tidak boleh Mengupah Tukang Sembelih Dengan Daging Korban

Telah menjadi lumrah bagi masjid-masjid di Malaysia untuk memberi tukang sembelih daging korban tersebut sebagai upah bagi kerjanya. Perbuatan ini adalah bertentangan dengan syarak dan diharamkan oleh Rasulullah s.a.w.. Hendaklah kepada upah tukang sembelih tersebut diberikan dengan menggunakan harta sendiri dan bukan apa-apa jua bahagian dari daging korban. Telah diriwayatkan daripada ‘Ali r.a, dia berkata: Nabi s.a.w. pernah menyuruhku untuk menyempurnakan seekor unta milik baginda kemudian menyedekahkan daging, kulit dan pelindung yang dikenakannya, dan aku tidak memberi apa pun kepada tukang sembelih dari haiwan korban tersebut. Dan dia mengatakan: “Kami memberinya dengan harta kami sendiri.” - Hadis riwayat Imam Muslim di Dalam Shahih Muslim, hadis no: 1317.


Demikianlah beberapa sunnah Rasulullah s.a.w. ketika
melaksnakan ibadat korban bersempena dengan Aidiladha. Oleh itu hendaklah kita bersungguh-sungguh mengamalkan sunnah-sunnah tersebut. Maka berbahagialah orang-orang yang diberi taufik oleh Allah dalam beribadat kepada-Nya dengan mengikuti sunnah Nabi-Nya dan tidak mencampur-adukkanny a dengan amalan bidaah. Oleh itu hendaklah kita semua bergembira kerana ketaatan kita tehadap perintah Allah dan Rasul-Nya akan diterima oleh Allah dan dimasukkan-Nya ke dalam syurga-Nya. Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam Syurga yang mengalir dari bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan itulah kejayaan yang amat besar. - al-Nisaa’ (4) : 13
Read More...