02 January 2007

Saddam Hussein...Pembela Atau Legitimasi

Leave a Comment
Kematian Saddam ditentukan oleh kuasa besar tepat semasa umat Islam sedang melaksanakan ibadah haji. Kematiannya menimbulkan kontroversi serta bahan pencetus kemarahan sebahagian besar umat Islam sunni di muka bumi. Respon yang panas didapati daripada Abdel Bari Atwan editor akhbar Al Quds al- Arabi yang berpangkalan di London, iaitu beliau mengatakan penghinan besar diberikan oleh US kepada umat Islam dengan mengorbankan manusia di hari yang penuh makna tersebut. Pada pandangan saya, pengorbanan nyawa umat Islam dilakukan oleh US pada hari mulia umat Islam bukan kali pertama dilakukan.


Pada kali yang ke berapanya ialah apabila umat Islam di Fallujah dibom beramai-ramai oleh tentera US pada sekitar tahun 2004 dahulu tepat menjelangnya Aidilfitri seluruh dunia. Ramai mengulas pembunuhan Saddam yang jelas dipancarkan siaran langsung detik-detik akhir beliau itu sebagai isu penghinaan umat Islam semata-mata. Jika adapun yang marah nyata hanya atas sentimen Baath dan sentimen Sunni. Namun tidak ramai yang mengetahui hakikat keadaan Baath yang jauh berubah semenjak kehadiran Amerika Syarikat pada 2003.

Perubahan seni pemerintahan Baghdad di bawah regim Saddam selepas peristiwa Teluk 1991 yang lebih cenderung kepada pertahanan sebuah negara Islam serta atas nama jihad juga tidak diendahkan. Sebaliknya propagandis barat meletakkan label ganas, mengungkit kezaliman beliau serta melaung-laung atas tiket hak asasi terhadap pemerintahan beliau sehingga kita lupa sumbangannya kepada ulama’ sunni, ulama’ hadis di Iraq, pelajar-pelajar aliran agama yang dijaga seperti anak emas serta bantuan-bantuannya kepada ulama’ berkenaan. Era saddam walaupun kelihatan diktator yang keras, zaman beliau cuba menjulang semula kota Bangdad sebagai kota ilmu yang mewarisi tradisi Abbasiyyah yang bercahaya.


Saya ada puisi untuk Saddam....

Legasi Semangat

Percik api pedang kiri dan kanan...
Api kilatan pedang Farsi menerjah ditingkah oleh kilatan si pedang Abbasiyy
10 tahun lamanya...merah menyala memburai darah turun..darah alirannya seinsani..
semurni satu Khaliq...

Siapa salah?.....Saddam

1982 menyaksikan melayangnya nyawa 148 pendokong Syi’iy...
di tangan Saddam kesalahan diletakkan semuanya.....
tahukah mereka asbabnya?..
geleng si politikus bitara..

1988, Saddam mula lupa diri....bila si Farsi liat dek tak lut peluru Baathiy..
Amukan Saddam...5000 Kurdish menyembah bumi..keturunan pembela Maqdis ..
keturunan itu menelan sahaja senjata biologi...

Kempen Amfal 1897 hingga 1989
diungkit....dilaung semula..ya bukan sedikit kau tumpahkan darah...
jelasnya 182 000 manusia meninggal jasad melayang rohnya....

Dulu gah ia..tak lekang pistol hitamnya di sisi seluar..
Melaung..
Mungkin atas nama Bangsa Iraq..
tinggalan Mesopotamia...
Babylon yang Agung..

melaung untuk membunuh pencatur angkara kemusnahan dunia..
Mungkin juga dia ikhlas...
ingin menjadi pahlawan di kalangan pahlawan yang lemah tenaga batinnya di dunia ‘sheikh’...

sekurangnya dia bangun....
bukan macam engkau..bukan macam aku....
dia bangun..juga
walaupun bersendirian.
walaupun kadangkala tergelincir jua....
walaupun bersalah jua ia...

Ya lah...dia kan manusia juga....
Di saat akhirnya...ia dikosmetikkan menjadi tikus....
jelasnya di ditangkap di lubang tikus....
Saddam..cepat benar ingin dilenyapkan....
Saddam dihukum bunuh mandatori...

Pintanya di saat akhir.
Jangan aku ditutup muka..
Biar generasi muda Baath bangkit sejenak selepas melihat mukaku sengsara bertarungkan tali puaka !!!
Biar aku memegang Al Quran ...
kitab yang aku pegang sepanjang malam di penjara..
Biar aku Syahid dan menjadi korban demi kebangkitan umat Islam Iraq..
Bersatulah Syi’iy dan Sunni di Iraq..Bersatulah umat Arab...
Mereka melapah kita....
aku menjadi korban tanpa sempat aku menguis cela di mukaku..
tak sempat...wahai sahabat.....
aku langsung tak sempat.....

engkau masih sempat....
helakan nafas seketika....bangkit semula...

Pesannya pada muda mudi bermaya di sana....
Di sini..kita membaca juga ceritanya..
tapi!!
cerita yang dibuang roh benarnya...

Saddam bersalah?...aku angguk seketika..tapi aku geleng selamanya...


Al Fatihah untuk Saddam...

Muhammad Nuruddin Bashah

(Nuruddin ni housemate aku...)

nota : berbangga dengan RTM kerana menyiarkan filem Qaisy dan Laila yang menginsafkan serta Stanza RTM iaitu malam puisi perang RTM..cukup memberi makna dan semangat kepada masyarakat....tapi ramainya berada di Padang Kota Pulau Pinang atau di Komtar pada malam Tahun Baru..bukan di hadapan TV...

Read More...

24 December 2006

Kata Saya: Pakaian sopan kurangkan kes jenayah seksual

1 comment



APAKAH tujuan wanita dicipta? Dalam Islam, Hawa dicipta untuk menemani Nabi Adam di syurga. Oleh itu, jelas bahawa wanita dicipta untuk berkongsi kehidupan dengan lelaki.


Untuk itu, bentuk fizikal kaum Hawa dicipta berlainan daripada kaum Adam supaya mereka saling melengkapi antara satu sama lain dengan masing-masing ada tugas mengikut fitrah dan bentuk fizikal yang Allah jadikan. Walaupun tugas wanita pelbagai, yang asasi mereka itu diciptakan untuk memenuhi kehendak lelaki. Wanita diperlukan lelaki untuk menunaikan fitrahnya secara biologi. Nafsu kelamin bukanlah satu perkara kecil. Lelaki sanggup berhabis ribuan ringgit untuk berkahwin.


Lelaki tidak seperti wanita, dan tidak pernah terliur kalau tidak dapat pakaian cantik, pinggan mangkuk yang mahal, apalagi perhiasan intan berlian. Orang lelaki tidak tertarik kepada itu semua. Bagaimanapun, keadaan berbeza apabila lelaki bertembung wanita cantik, yang dedah aurat dan manja pula. Itu yang boleh buat lelaki tidak boleh tidur.


Hakikatnya jelas, keinginan lelaki kepada wanita lebih besar daripada keinginan wanita terhadap lelaki. Lelaki mudah terangsang bila melihat wanita seksi yang terdedah auratnya, sedangkan wanita umumnya tidak mudah terangsang dengan hanya melihat lelaki walaupun lelaki itu terlalu kacak.Wanita diperintahkan Allah menutup aurat kerana jika dibenarkan wanita dedah aurat, inilah yang jadi punca kerosakan dalam masyarakat. Wanita yang mendedahkan aurat bermakna dia sengaja mendedahkan dirinya untuk menjadi bahan rangsangan lelaki.


Lelaki yang tipis imannya, bila sudah terangsang tidak kira lagi halal atau haram, dosa atau pahala, akan mencari jalan untuk melepaskan keinginannya kepada wanita. Berlakulah kes rogol dan zina.


Dalam soal berpakaian, sejauh mana ukuran kesopanan pakaian yang dikatakan itu? Kalau ikut orang Melayu, pakai baju kurung itu sopan, baju kebaya pun pakaian sopan, tetapi apakah pakaian berkenaan sudah cukup sopan mengikut syariat?Wanita sepatutnya sedia maklum, pakaian yang diiktiraf untuk wanita Mukmin yang boleh menyelamatkannya daripada mata keranjang lelaki ialah mempunyai ciri-ciri tertentu. Pakaian itu mestilah daripada warna gelap, longgar dan tidak menampakkan bentuk badan. Pakaian itu dapat menutup kecantikan wanita.Tempat paling cantik bagi wanita ialah pada mukanya. Jadi muka kena tutup sebab di situlah kecantikan wanita dapat disaksikan dalam keadaan dia sudah bertudung. Yang penting, pakaian itu dapat menyelamatkan wanita daripada diganggu. Tentulah maksud diganggu itu luas, antaranya termasuk daripada gangguan lelaki. Jadi, tidak ada sebab wanita akan jadi mangsa lelaki kalau dia benar-benar mengikut ciri-ciri pakaian yang diperintahkan Allah kerana Allah sendiri yang menjamin keselamatannya.Juga tidak hairanlah kalau wanita yang memakai pakaian sopan ikut selera orang Melayu akan jadi mangsa gangguan lelaki kerana pakaian kebaya yang dikatakan sopan itu sangat menampakkan bentuk tubuh badan wanita, terutama bahagian dada. Begitu juga baju kurung, masih tidak memenuhi ciri-ciri pakaian yang dikehendaki oleh Islam, melainkan kalau baju kurung itu dibuat besar, longgar dan daripada kain yang berwarna gelap. Oleh itu, adakah wajar kita meletakkan kesalahan kepada lelaki semata-mata kalau berlaku kes rogol?


Lelaki yang terangsang nafsunya mungkin tidak dapat melepaskan kepada wanita yang merangsangnya, atau tidak dapat mendekati wanita muda itu, lelaki yang memang gila tanpa memilih bulu, tanpa mengira usia melakukan kegiatan jenayah itu sekali pun terhadap kanak-kanak. Adakah wajar kita menyalahkan lelaki jika mereka berkahwin lagi kerana tidak tahan dengan godaan? Adakah wajar kita menyalahkan lelaki semata-mata terbabit dalam perlakuan zina, sedangkan hakikatnya wanita yang memulakan dulu sehingga menyukarkan lelaki membendung keinginannya? Cuba kita renungkan masalah ini
Read More...

Ulasan Buku : SAYYIDINA MU`AWIYAH KHALIFAH RASHID YANG TERANIAYA

Leave a Comment

Pengarang: Maulana Muhammad Asri Yusoff Penerbit: Pustaka Bisyarah Kubang Kerian Kelantan Tebal: 79 muka surat PROLOG Rasulullah s.a.w. bersabda “Tentera dari umatku yang mula-mula berperang dengan meredah lautan sudah pasti mendapat syurga.”(Sahih Bukhari jilid 1 m.s. Sahih Muslim jilid 2 m.s. 141-142).

Peristiwa perang pertama menerusi lautan telah berlaku pada tahun 28 Hijrah iaitu semasa pemerintahan Sayyidina Utsman di bawah pimpinan Mu’awiyah . (Tarikh Khalifah bin Khayyat jilid 1 m.s. 135, Nasabu al-Quraisyin m.s. 124, Al- Bidayah Wa an-Nihayah jilid 8 m.s. 229 )
Sahabat besar Saad bin Abi Waqqas r.a. berkata : “Tak pernah saya melihat seorang yang lebih pandai memutuskan hukum selepas Sayyidina Utsman daripada tuan pintu ini ( beliau maksudkan Mu’awiyah) (Al-Bidayah Wa an-Nihayah jilid 8 m.s. 133)


Seorang lagi sahabat Qabishah bin Jabir r.a. berkaa: “Tak pernah saya melihat seorang yang lebih penyantun, lebih layak memerintah, lebih hebat, lebih lembut hati dan lebih luas tangan di dalam melakukan kebaikan daripada Mu’awiyah” ( Al-Bidayah Wa an-Nihayah jilid 8 m.s. 135)
Abdullah bin Mubarak, seorang tabi’in terkenal pernah ditanya : “ Apa kata tuan tentang Mua’awiyah dan Umar bin Abdul Aziz, siapakah di antaramereka yang lebih utama?”. Mendengar soalan ituAbdullah Ibnu al-Mubarak naik marah lalu berkata:“Kamu bertanyakan nisbah keutamaan di antara mereka berdua. Demi Allah! Debu yang masuk ke dalam lubang hidung Mu’awiyah kerana berjihad bersama-sama Rasulullah (s.a.w.) itu sahaja pun lebih baik dari Umar bin Abdul Aziz” (Al-Bidayah Wa an-Nihayah jilid 8m.s. 139)
Mu’awiyah r.a. dilantik sebagai salah seorang gabenor oleh Sayyidina Umar r.a. dan Sayyidina Utsman r.a. selama 20 tahun dan tidak pernah dilucutkan jawatan tersebut dan selepasnya sebagai khalifah selama 20 tahun. Di zaman pemerintahannya beliau telah menyatu-padukan ummah di bawah satu panji dalam melancarkan jihad yang terhenti sekian lama.


Pemerintahannya telah diterima baik oleh sahabat-sahabat besar dan kecil dan tabi’in tidak terkecuali ahlul bait terutamanya Sayyidina Hasan dan Husain r.a.Banyak hadis yang diriwayatkan oleh Sayyidina Mu’awiyah r.a. bertebaran di dalam kitab-kitab hadis Muktabar
Demikianlah fakta-fakta yang tenggelam di dalam kamus sejarah kita.Apa yang terkenal, yang kita ingat dan kita sebarkan ialah Mu’awiyah ialah seorang yang zalim, pemutar belit, pemberontak, ahli politik yang licik dan seumpamanya. Sifat-sifat buruk yang jarang terkumpul pada seorang Islam biasa tetapi dikatakan terdapat pada seorang sahabat r.a. ini.
Lalu apakah sikap kita? Pertamanya , perlu kita ingat bahawa Sayyidina Muawiyah r.a. adalah salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w. Aqidah kita terhadap sahabat ialah sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.: “Janganlah kamu menghina sahabat-sahabatku kerana jika engkau membelanjakan emas sebesar bukit Uhud di jalan Allah ianya tidak akan sama dengan secupak atau setengah cupak yang dibelanjakan oleh salah seorang dari mereka” ( Sahih Bukhari ) . Tanpa perlu ada hujah penyokong yang lain , hujah ini sudah cukup untuk menolak serangan tidak berasas terhadap peribadi sahabat mulia ini.
Dan sahabat r.a. ini ditugaskan untuk mencatat wahyu yang diturunkan. Boleh kah kita bayangkan seorang pencatat wahyu, dokumen paling penting dalam Islam ialah seorang yang buruk akhlaknya sebagaimana yang digambarkan di atas.
Objektif sebenar mereka yang menyebarkan propaganda tentang buruknya akhlak beliau r.a. mudah diteka iaitu seorang pencatat wahyu yang tidak beramanah serta berakhlak buruk boleh mencatat apa saja yang sebenarnya tidak didengarinya dan hasilnya Al-Quran yang ada pada tangan kita pada hari ini adalah tidak terjamin ketulinannya.
Kenyataan bahawa Sayyidina Umar telah melantik beliau sebagai Gabenor Syam sehingga akhir pemerintahannya dan kemudiannya diteruskan oleh Sayyidina Utsman. Kita tahu betapa cermat, teliti dan ketatnya syarat yang ditetapkan oleh Sayidina Umar dalam memilih gabenor ini. Bila Sayidina Umar dan Usman mengakui ketokohan , keadilan dan keupayaan Muawiayah r.a., siapakah kita untuk mengatakan beliau seorang pemutarbelit dan sebagainya.
Bila Imam Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan hadis dari Mu’awiyah r.a. , kita mengatakan beliau tidak boleh dipercayai!! Pereka-pereka cerita dan penyebar daayah ini ingin meruntuhkan dua sumber asas agama Islam ini iatu al - Quran dan as-Sunnah.
Mereka adalah golongan Syiah yang kononnya mengaku pengikut setia Sayidina Ali r.a. , padahal Sayidina Ali sendiri memerangi golongan ini. Malangnyna , kita golongan ahli Sunnah dengan senang hati dan rela menyebar luaskan daayah ini. Cuba ikuti kuliah sejarah Islam di masjid-masjid di negara ini, atau belek sahaja majalah- majalah agama kontemporari. Kita memberi wajah baru tentang cerita ini dengan istilah yang lebih sensasi dengan jalan cerita yang lebih mendebarkan. Golongan musuh berpeluk tangan dan kita sedikit demi sedikit meruntuhkan ugama kita tanpa kita sedar!!
Peribadi agung Mu’awaiyah perlu dibersihkan untuk membersihkan Islam itu sendiri. Sukatan pelajaran perlu disemak semula kerana fakta yang kita sogokkan kepada anak-anak kita bila pertama kalinya mereka didedahkan dengan sejarah Islam adalah sukar untuk dibersihkan di kemudian hari.
Hendaknya kita memberitahu masyarakat adalah Mu’awaiyah adalah seorang tokoh besar yang amat berjasa di dalam Islam. Seorang sahabat muhajirin yang diakui ahli syurga oleh Rasulullah.s. a.w.. Anak kepada tokoh Islam Abu Sufian dan Hindun binti Utbah yang diakui oleh Rasulullah sebagai orang yang paling disayanginya. Adik ipar kepada Rasulullah s.a.w. , adik kepada Ummul Mu’minin Ummu Habibah r.a. )
Mu’awiyah r.a telah mendamaikan dua golongan besar dalam Islam dan meluaskan jajahan takluk Islam seantero dunia. Beliau telah diakui oleh sahabat-sahabat r.a. termasuk keluarga Sayidina Ali r.a. yang amat akrab dengannya. Kita perlu faham bahwa persengketaan yang berlaku di antara sahabat adalah angkara musuh Islam yang menyamar sebagai orang Islam yang menyelinap dan menjalankan jarumnya dari dalam. Sebagai iktibarnya, kita juga harus berhati-hati kerana musuh sentiasa berusaha dari luar dan dari dalam untuk memusnahkan Islam.,dan langkah pertama kita ialah terima sahabat agung ini sebagai seorang sahabat agung yang amat berjasa kepada Islam, hentikan cerita-cerita yang memburuk-burukkan beliau r.a. yang sebenarnya adalah tidak berasas dan berniat jahat. Dan sebarkan salah satu prinsip asas dalam Islam iaitu sahabat-sahabat

Rasulullah s.a.w. ialah orang-orang yang adil dan ‘keadilan’ mereka adalah berdasarkan kepada al-Quran itu sendiri. Wallahu’alam.
Read More...