21 May 2008

Buku Amalan ... Mmg ade rupe nya

Leave a Comment
Assalamualaikum... Bismillahirahmanirrahim

alhamdulillah semalam 20/5/2008 di adakan majlis ilmu kat masjid ar rahman.UM. Ceramah hari selasa yang menggunakan Kitab Kashiful Ghaibiah yang di sampaikan oleh Ustaz Dr Bukhair Abdullah . Pensyarah kanan , jabatan bahasa arab . IIUM gombak.

pada malam tersebut ustaz membincangkan berkenaan Buku Amalan manusia. menurut hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Zar .Bahawa dalam diri setiap orang mukmin . akan tercatat semua amalan2 di atas sebuah kertas(cam buku scrap) oleh dua malaikat yang diamanahkan oleh ALLAH SWT terhadap pekerjaan yang di lakukan oleh anak adam. Sekiranya buku tersebut ditutup tanpa di akhiri oleh istigfar yang disebut oleh anak adam ini maka celaka la masa depan nya>

Ada hadirin bertanya kan bilakah buku amalan tersebut di buka dan ditutup. perbahasan ini dijawab oleh ustaz melalui hadis rasulullah yang sahih dimana hanya ada 3 perkara yang menyatakan bahawa buku amalan anak adam ditutup iatu masa tido sehingga benar2 terjaga. masa keadaan otak nya tidak waras..yg satu part lagi saya terlupa..

So pada malam nifsu syaaban yang ramai memperlekehkan amalan2 yang dikatakan bidaah ni terpulang la tp malam nifsu syaaban ini la ALLAH memberi peluang kepada hamba2 yang mukmin ini supaya mereka memohon keampunan sebelum buku2 amalan yang dikumpulkan dalam tempoh setahun di angkat ke langit. Wallahu alam.Tapi apa yang pasti ialah ulama2 dulu amat menitik beratkan amalan2 pada malam nifsu syaaban kerana mereka sume tau bahawa doa pada malam tersebut amat2 mustajab.

Sekian itu sahaja...pengisian saya pada hari nih..

Rabu..1045..
Read More...

19 May 2008

Terima kasih ku Lan ...and ur wife

Leave a Comment
asssalamualaikum warahmatullah...

Bismillahirahmannirahimmm....hmmm dah berapa hari la aku tak nulis blog ni,...no ideas to create samthing....hahaha..so wat r u doing in 1 week fairuz...

OK la sepanjang minggu ni macam biasa la .,...gi keja kul 7.30 pagi pastu g sarapan kat kedai Makcik Zah n Haji Mat..my feveret is Nasi Goreng Biasa...tp Luar biasa ..tak lupa gak 'pil hijau' kegemaran. Mata aku akan merayap mencari pil hijau dulu b4 tgk lauk2 yang ada..satu kemestian...hahaha...Nasib baik la Makcik zah dah faham ngan fe'el aku ni....

pastu gi kerja ..balik kul 5.30 Petang +++ kebiasaaanya kul 6++ baru aku balik jalan kaki. Kalo tak penat aku ...aku jalan je..Kalo hujan atau keletihan teramat penat baru naik RapidKL..itu pun dah kira lewat punya session la...sebab tak mao nak bersempit2 @ menjadi sardin ngan makcik2 indon.

Sabtu lepas...(18/5/2008)..kul 5++ petang aku ke rumah kawan baik masa kat Kolej Tun Syed Zahiruddin dan sefakulti (FSKTM)..Tengku Azlan or known as Ku Lan. Rumah Ku Lan terletak di Seri Kembangan..aku ingat dekat je ngan Stesen Komuter Serdang...jauh gak...

Mula2 kami singgah sebentar pasar kat tepi jalan utk beli kopok lekor...pastu Ku Lan bawak aku g pasar borong Selangor berdekatan ngan rumah dia. Al maklumla dah kawin...bukan nk melantak utk sorang2 tapi utk berdua...hehehe..sapa lagi sorang kalo bukan wife lan...wan Sajirah..

Sampai kat umah kulan...perghh cantik gak umah dia walaupon sewa tapi besar ...cantikk cuma berjauhan ngan tempat keja derang..Kulan keja kat Bizzare production. Sajirah lak kat JAKIM ..
Selepas solat maghrib ..aku ajak Kulan ngan bini dia makan...alhamdulillah...ade rezeki lebih...dan lagi pun dah lama janji ngan dia n wife dia kalo dia kawin dulu dari aku...alhmadulillah tertunai gak janji malam tu ..

Malam tu makan kat Jusco Taman equin...Ku Lan tempah...nasi apa yerk...lupa lak aku claypot.pelik da...aku ngan sajirah tempah yee mee je(apa ntah namanya..aku hentam je mana yang ingat)..pastu aku isau kat sajirah yang batuk x kesudahan cam mak aku kat kg la...aku suh Kulan bawak bini dia cek kat pakar...kalo setakat pegawai kerajaan cam aku tak caya sangat... cadangan aku jumpa Pakar kat PPUM...

selepas..makan malam...Ku Lan hantar aku ke stesen Serdang ...

kul 830 aku sampai kat Kerinchi hidden Village...

wasssalam
Read More...

15 May 2008

Ketuanan Melayu ...Relevan kah Isu ini

Leave a Comment
Assalamualaiku...sekali sekala ...terbaca dalam akhbar utusan perdana.Sibuk nk citer sal ketuanan melayu.Hmm pelik gak? Selama 50 tahun malaysia merdeka. Setelah 4 tahun Perdana Menteri silih berganti..termasuk 5 ni..lum tentu lagi ar.

Baru2 ni saya agak terkejut ..kenapa ? mengapa ? why?? persoalan tentang ketuanan Melayu wajib dibangkitkan.Hmm Adakah kerana org Melayu di ambang kepupusan. Atau anak2 remaja Melayu dah teruk sangat ? Atau adakah sekadar gimik politik murahan?

Apa yang saya dapat simpulkan ialah saya tidak berpihak kepada mana2 parti politik. Tapi apa yang saya dapat rasekan hanyalah satu penyesalan yang dipikirkan belum terlambat untuk diperbaiki mengenai bangsa melayu.

Apa yang anda banggakan dengan bangsa Melayu pada masa kini? Hmmm kalo diikutkan pemerhatian saya..Banyak negatif dari positif.Bila sebut Melayu..Jawapan yang tidak lari dari pemikiran rakyat Malaysia ialah merempit, hisap dadah, gejala sosial , lari sekolah dan lain-lain2 lagi. Boleh dikatakan banyak masalah sumer berkaitan ngan bangsa melayu. Bukan bangsa lain tidak ada masalah..tetapi percentage yang melibatkan kaum yang lain tidak sebesar kaum Melayu.

Inikah ketuanan melayu yang kita nak bela? ketuanan melayu apa? membiarkan anak bangsa terjerumus dalam dunia hendonisma yang melampau, maksiat yang tidak berkesudahan , rasuah yang tidak dapat di kawal dan macam-macam lagi la.Bagi saya yang perlu dipersalahkan ialah pemerintah yang memerintah. Jika kita nak membentuk sebuah negara yang mantap, rakyat yang menghormati pemimpin,terlbih dahulu pemimpin menunjukkan tauladan yang baik kepada rakyat. Seperti baginda Nabi Muhammad SAW, sentiasa mengamalkan sikap dan akhlak yang terpuji dalam kehidupan seharian. Baginda tidak pernah menyakiti atau berdendam dengan sesiapa jua.

Jangan cakap cam ..saya cukup membenci nya" Tu Nabi lain la..mmg maksum". Ok kita tengok pemerintahan selepas zaman sahabat baginda iatu Khalifah Amirul Mukminin, Umar bin Abdul Aziz. Beliau merupakan negarawan islam yang mantap samada dari segi akhlak, agama dan pentadbiran.hatta pada pemerintahan beliau , zakat tiada layak menerima kecuali beliau sendiri.

Sepatut nya apa yang kita perlu ambil perhatian ialah tentang ketuanan Islam. sebab apa pemerintahan Melayu Melaka menjadi pentadbiran yang kuat pada suatu ketika dahulu di mana pemerintah (sultan) mengambil peranan penting dalam agama islam. Cukup menitik beratkan soal agama dalam urusan harian. Masyarakat melayu cukup menjaga kepentingan agama dalam kehidupan seharian. bagaimana dengan hari ni? Adakah ibu bapa cukup mementingkan peranannya dalam pendidikan rohaniah anak2?

Adakah kepentingan Melayu sekadar hanya menjaga hak kepentingan org Melayu? Seperti sedia maklum di Malaysia. Undang2 untuk memelihara kepentingan Melayu sudah termaktub dalam perlembagaan. perlukan kita isau ttg kedudukan kita? tentu tidak kan. sebab saya telah bertemu ngan sahabat2 dari bangsa lain yang terdiri daripada golongan tua muda .Mereka tetap tak kisah mengenai ketuanan Melayu sebab mereka sudah paham.

Oleh itu saya menyeru bahwa . orang Melayu wajib sedar bahawa kalo mereka nk jaga kepentingan diri sebagai Jati Diri bangsa Melayu ..Mereka perlu berusaha dan bersaing tanpa mengharapkan bantuan sepenuhnya daripada kerajaan yang memerintah.
Kita harus belajar memberi daripada banyak menerima sahaja. Belajar berdikari dalam sesuatu urusan. dan bermesyuwarah dalam membuat keputusan. Tidak perlu bergaduh..

bagi ahli2 politik.Jika anda benar sedar ketuanan Melayu.. Usah nak bemuka2 untuk menjadi hero kampung untuk membela nasib bangsa Melayu. Usah mengungkit isu ketuanan Melayu jika anda tidak mampu jawab soalan saya di bawah

Soalan
-------
(i) Nabi Adam A.S keturunan bangsa apa?
(ii)Kenapa perlu mendesak isu ini dalam masa kerajaan sebelum kekalahan BN keatas 5 buah negeri kepada pakatan rakyat

sekian mekasih
Read More...