19 June 2008

Tips Murah Rezeki : Kenapa Kita Lalai Disebalik Ujian Allah

Leave a Comment

Harga minyak naik dan ramai yg naik minyak, marah, tak puas hati dan sebagainya. Malangnya, berapa kerat manusia yg mengucapkan "Innalillahi wa'inna ilaihi roji'un" apabila merasai kesusahan akibat daripada kenaikan harga minyak? Ini adalah musibah & setiap kali kita ditimpa musibah, Islam menganjurkan kita mengucapkan "Innalillahi wa'inna ilaihi roji'un."
Mengenai kalimah ini Rasulullah SAW pernah bersabda, maksudnya:
"Sesiapa daripada orang Islam yang ditimpa musibah lalu membaca apa yang disuruh oleh Allah iaitu : Innalillahi wa'inna ilaihi roji'un (dan berdoa) "Ya Allah, berikanlah pahala kepadaku terhadap musibah yang menimpa diriku, dan gantikanlah bagiku dengan yang baik daripadanya. " Maka Allah akan menggantikannya dengan yg lebih baik."
[Hadith sahih riwayat Imam Muslim 4/128]

Tips Murah Rezeki:

REZEKI ialah apa yang dapat dimanfaatkan manusia sama ada halal atau haram, baik atau buruk. Harta pemberian Allah S. w. t merupakan rezeki yang dapat dimanfaatkan kerana ia memberi kemudahan hidup dan kemudahan untuk beribadah. Pengertian rezeki bukan sahaja berupa harta. Apa yang disedekahkan kepada makhluk Allah lainnya adalah rezeki. Kesihatan, pandangan mata yang terang, kemurahan hati dan ketenangan juga adalah rezeki.
Berikut adalah beberapa tips utk murah rezeki:

1. BERSEDEKAH / BERINFAQ

Orang yang pemurah (suka bersedekah, menderma, menolong orang) Allah S. w. t murahkan rezekinya. Berdasrkan ayat al-Quran:
Ertinya "Perumpamaan mereka yang mendermakan harta bendanya di jalan Allah, ibarat menanam sebiji benih akan menumbuhkan tujuh pokok dan tiap-tiap pokok (membuahkan) seratus biji, dan Allah selalu melipat gandakan kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki, dan Allah Maha Luas (anugerah-Nya) lagi Maha Mengetahui."
(Al-Baqarah: 261)
“Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dia-lah pemberi rezeki yang sebaik-baiknya.”
(Saba`: 39)
Nabi saw bersabda dalam riwayat Muslim dari Abu Hurairah r. a.:“Allah Tabaraka wa Taala berfirman, ‘Wahai anak Adam! Berinfaqlah, niscaya Aku berinfaq (memberi rezeki) kepadamu.”
Imam an-Nawawi berkata, “Firman Allah SWT dalam hadith ini adalah makna dari firman Allah SWT dalam al-Qur`an surah Saba` ayat 39 di atas.

2. MEMPERBANYAKKAN ISTIGHFAR DAN TAUBAT

Salah satu sebab penting dan memudahkan datangnya rezeki adalah "istighfar" dan "taubat". Taubat adalah kembali kepada Allah SWT setelah melakukan perbuatan dosa. Dan istighfar adalah memohon perlindungan kepada Allah SWT dari dampak buruk dosa yang dilakukan. Yang dimaksudkan dengan taubat dan istighfar di sini bukan setakat ucapan tanpa bukti nyata perbuatan, sebab jika demikian maka ia bererti dusta. Taubat yang benar adalah taubat yang memberi kesan pada perbuatan pelakunya, inilah taubat pembuka pintu rezeki Allah SWT.

Firman Allah SWT:

“Maka aku katakan kepada mereka, 'Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai.”(Nuh: 10-12)

Amirul Mukminin Umar bin Khattab r. a. berpegang kepada ayat di atas manakala dia keluar meminta hujan, yang dilakukannya adalah beristighfar. Begitu pula al-Hasan al-Basri, ketika dia didatangi oleh tiga orang pengadu. Yang pertama mengadukan kekeringan, yang kedua mengadukan kesempitan hidup dan yang ketiga meminta doa agar dikurniai anak. Al-Hasan menjawab dengan satu jawapan, “Beristighfarlah.”

3. AMALKAN AYAT SERIBU DINAR: MEMILIKI SIFAT TAQWA & BERTAWAKKAL

Sifat taqwa adalah "menahan diri dari dosa" iaitu meninggalkan segala larangan. Imam An-Nawawi mendefinisikan taqwa dengan “Mentaati perintah dan laranganNya.” Maksudnya, menjaga diri dari kemurkaan dan azab Allah SWT. Dalil menunjukkan taqwa kunci murah rezeki:

Firman Allah S. w. t:

Ertinya: "Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan memberikan baginya jalan keluar. Dan memberi rezeki yang tiada disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu."(At-Talaq: 2- 3)

Tawakkal pula adalah menyandarkan diri kepada Allah SWT yang diikuti dengan usaha maksimum dalam batas-batas yang dibolehkan, ia merupakan salah satu sebab yang dengannya

Allah SWT membuka rezeki-Nya bagi hamba-hambaNya. Rasulullah saw bersabda,
“Sungguh, seandainya kalian bertawakkal kepada Allah sebenar-benar tawakkal, nescaya kalian akan diberi rezeki sebagaimana rezeki burung-burung. Mereka berangkat pagi-pagi dalam keadaan lapar dan pulang petang hari dalam keadaan kenyang.”
[At-Tirmidzi]
Ayat seribu dinar ini perlu diamalkan, maknanya perlu kita berusaha menjadi orang yg bertaqwa & bertawakkal. Kalau setakat gantung ayat di dinding rumah atau kedai, tidaklah sampai matlamatnya.

4. MENYEMPATKAN DIRI UNTUK BERIBADAH

Ibadah disini dimaksudkan ibadah khusus seperti solat, baca Al-Qur'an, berzikir dan sebagainya. Perlu dingatkan bahawa bekerja untuk mencari rezeki juga adalah ibadah kepada Allah SWT. Maknanya, kita perlu memperuntukan waktu untuk beribadah (khusus) dalam kesibukan bekerja.

5. MENGERJAKAN IBADAH HAJI DAN UMRAH

Melaksanakannya adalah termasuk amalan yang Allah jadikan sebagai kunci pembuka rezeki. Rasulullah SAW bersabda:
“Ikutilah antara haji dan umrah (perbanyaklah haji dan umrah), kerana keduanya menghapuskan kefakiran dan dosa sebagaimana bara api menghilangkan kotoran besi, emas dan perak.”[An-Nasa’i, At-Tirmidzi, Ibnu Majah, Imam Ahmad dll dengan sanad sahih]

6. BERSILATURRAHIM

Dari Aisyah radhiyallahu ‘anha dia berkata, "Rasulullah SAW telah bersabda, "Rahim itu digantung di 'Arsy, dia berkata, "Siapa yang menyambungku maka Allah menyambungnya dan siapa yang memutusku maka Allah memutusnya."[Bukhari dan Muslim]

Perlu diketahui, silatrrahim merupakan perbuatan baik yang membuahkan perbagai manfaat, di antaranya yaitu; silaturrahim menumbuhkan rasa kasih sayang dan penyebab masuk ke dalam syurga. Selain itu, silaturrahim juga merupakan sarana untuk memanjangkan umur dan sarana untuk meraih keluasan rizeki. Alangkah indahnya para kaum kerabat yang saling bersilaturrahim dan saling membantu satu dengan yang lainnya.

Imam al-Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah r. a. bahwa Nabi saw bersabda:“Siapa yang mahu dilapangkan rezekinya dan diakhirkan ajalnya (dipanjangkan umurnya) maka hendaklah ia menyambung (tali) silaturrahim.”

Dalam hadith ini Nabi saw menetapkan bahwa silaturrahim menghasilkan dua perkara: keluasan rezeki dan bertambahnya umur. Dari sini Imam al-Bukhari meletakkan bab untuk hadith di atas:

‘Bab orang yang dilapangkan rezekinya sebab silaturrahim.’ Silaturrahim mempunyai pengaruh besar dalam berkembangnya harta dan menepis kemiskinan dan kesulitan hidup bahkan orang-orang yang bermaksiat boleh juga berkembang hartanya disebabkan oleh silaturrahim. Ini adalah barokah silaturrahim.

Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abu Bakrah bahwa Nabi saw bersabda, “Sesungguhnya ketaatan yang paling disegerakan pahalanya adalah silaturrahim. Bahkan hingga suatu keluarga yang ahli maksiat pun, harta mereka bisa berkembang dan jumlah mereka bertambah banyak jika mereka saling bersilaturrahim. Dan tidak ada suatu keluarga yang saling bersilaturrahim kemudian mereka memerlukan (perlu bantuan).”

Maknanya, jika kita amat menjaga silaturrahim, apabila kita ditimpa musibah, maka insyaAllah ada kaum kerabat atau rakan sahabat yg akan menolong & membantu untuk meringankan bebanan kita. Jika kita selalu bermusuh dgn orang lain, siapakah yg mahu menolong kita semasa kita susah?

7. BERHIJRAH DIJALAN ALLAH
Ertinya, berhijrah di jalan Allah ialah keluar daripada kekufuran kepada jalan keimanan.

8. BERBUAT BAIK KEPADA ORANG-ORANG YANG LEMAH

9. MENDERMA KEPADA PARA PENUNTUT ILMU AGAMA
WaAllahu A'lam.
Read More...

14 June 2008

Sepetang di demonstrasi bantah kenaikan harga minyak

Leave a Comment
assalamualaikum

dah lama saya tak wat posting di ruangan blog nih...cuma saya nk kongsikan gambar2 di demonstrasi aman dari Masjid Jamek Kg Baru ke Sogo Shopping Compleks...(KLCC sepatutnya tpi FRU dh ramai kat sana)..hehehe














Yang lain2..kawan leh klik kat my Flickr
Read More...

10 June 2008

Ceramah YB Zulkifli Noordin : masalah rakyat vs perbahasan membaca yassin malam jumaat

Leave a Comment
assalamualaikum...

dah berapa hari aku tidak menaip kat blogger...rase rindu la pulak. semalam(isnin) aku rase teringin sangat pada petang tu nak ke masjid. Tak tau kenapa..macam ade ceramah best je... Alhamdulillah tekaan ku benar belaka . tak sangka leh jupe YB Zulkifli Noordin. One of the favourite MP yang aku selalu baca blognya. Korang sume leh join Ustaz Zul kat blog dia , best gak baca blog dia. Bahasa santai..tak de saya awak...guna hang depa...je dia ni..Memang sempoi giler..
Layari blog beliau --> http://zul4kulim.blogspot.com

Malam semalam beliau mencerita bgaimana semena dia datang solat Jumaat di Masjid Jame' KL (biasanya MP Jumaat, sabtu , Ahad cuti.. jenguk parlimen masing2 la). Dia menceritakan bahawa ade seorang penceramah senior yang membentangkan tajuk bahawa barangsiapa tak membaca Yassin pada malam jumaat dikira sesat. penceramah tu menafikan bahawa ade menda yang sepatutnya mereka bincangkan dalam situasi masalah umat islam sekarang. Bagi aku la.... baca Yassin malam Jumaat tak penting mana pun. Amalan Bidaah tu satu kes, tapi kalo ade majlis ilmu yang menjurus utnuk kemantapan amalan serta keimanan kita pada Allah tak pe la jugak. Ustaz Zul cakap...lebih korang yang masih hidup kat dunia banyak Quran banyak2...persiapan diri untuk mati...beribadah pada ALLAH seoptimum mungkin supaya bila kita mati nanti..tak yah la harapkan orang masih hidup utnuk mendoakan kita...

pastu ustaz citer sal keperitan rakyat daripada kenaikan harga minyak. Adalah tidak logik jika anak penjual leh jatuh papa kendana sekiranya perniagaan ayah semakin laris. Tak ke bangang namanya. Kalo suh budak kecik pikir cam tu aku rasa la...pasti dia jawab...betul ke orang tua aku ni. Makin berjaya perniagaan maka sepatutnya wang saku makin tambah la...

Pemimpin sekarang perlu banyak turun padang melihat rakyatnya. Bukan rakyat mencari pemimpin. Kalo kita nk cari idola..cari la idola yang leh di banggakan sperti Nabi Muhammad SAW, para sahabat khalifah agung yang beriman seperti Amirul Mukmin Umar Abdul Aziz. Ini kerana pemimpin yang akan ditanya oleh Allah Taala di akhirat kelak tentang kepimpinan n rakyat yang dipimpinnya.

Kalo pemimpin itu menzalimi akan rakyatnya...hmm sukar untuk menghadapi kehidupan yang mendatang.Bayang je ar...kalo kita membuat kebaikan ..mmg org akan lupa kepada kebaikan kita , tetapi terbalik pula kepada membuat kejahatan. Sekali kita wat jahat kat orang...mmg orang akan ingat kejahatan kita tu walaupun hanya sekali sahaja kesilapan kita itu.

sekian..adios
Read More...