18 December 2008

Aku Bukan Musuh Harta

Leave a Comment
Read More...

08 December 2008

Beraya Aidiladha dirumah pak Adam

Leave a Comment
assalamualaikum... selamat hari raya aidil adha ...maaf zahir dan batin....

Nurkilan kat sini ialah aku hanya menggunakan wireless broandband celcom aku. Alhamdulillah hanya connection GPRS je leh berfungsi kat area Felda Pengeli Timur. Aku singgah kat sini pun atas sebab nak menziarahi ahli kuarga sebelah arwah ibuku, Al maklum la keluarga ni juga banyak membantu kuargaku di kala susah. 

Alhamdulillah pada hari raya haji ni tak de la kemana2 sangat. coz kat sini hujan turun dengan lebatnya, Kemungkinan besar ibdadah kurban sekitar felda ni ditangguhkan pada hari tasryik or pada hujan berhenti. Sesungguhnya Allah menurunkan hujan bersama2 dengan rahmatNya.. Amiin

Berkenaan dengan Barcamp JB. Alhamdulillah banyak jga input yang aku dapat sepanjang program 2 hari . Kebanyakan berkenaan model pembangunan business yang digunakan dalam pembangunan perisian2 atau perkhidmatan tertentu. Bukan itu sahaja malahan dapat juga berjumpa dengan org2 yg hebat dalam pembangunan IT seperti dari E-Bay...MDEC..eurekalabs dan sebagainya, Syukur...dan insyallah saya akan mengomptimumkan apa yang diperolehi untuk kegunaan sejagat.

OK kawan2...salam Aidil adha... Maaf dipinta,,,jangan lupa nak betakbir sehingga akhir hari tasrik
Read More...

04 December 2008

Ketaatan Yang Agung….

Leave a Comment


assalamualaikumwarahmatullah …

Dengan kalimah bismillahirahmanirahim…saya ingin berkongsi sedikit ilmu yang diperolehi menerusi Kuliah Maghrib yang disampaikan di Masjid Ar Rahman UM. Berkaitan ketaatan bagind Nabi Ibrahim Alahi Salam…

Seperti yang sedia maklum… baginda merupakan satu2nya Nabi dan Rasul yang mendapat gelaran Khalilullah…atau ” Teman Rapat Allah”. Nabi Ibrahim dilahirkan dalam keluarga yg kufur ..bukan dari kuarga yang Alim… Ayah baginda sendiri merupakan tukang @ pakar pembuat berhala. Tapi Allah Maha Menjaga hati hamba pilihanNya.

Setelah baginda meningkat usia remaja… Allah memberikan petunjuk hidayah. Lalu baginda menjadi org yang tak penah membantah apa jua arahan yg diwahyukan oleh Allah kepada baginda. Task pertama ialah memecahkan sume berhala… Baginda tahu… sekiranya berbuat demikian.. maka baginda akan dihukum bakar oleh Namrud..Namun beliau lebih takutkkan Allah dari mahluk2Nya.. Lalu dilaksanakan arahan Allah tanpa byk bicara.

Begitu jua dengan arahan menghantar Ismail Alaihi salam serta Zaujah kesayangannya ..Hajar di bumi Mekah yang kering tandus.. Dilaksanakan arahan tersebut tanpa banyak soal. Selepas tu arahan meninggalkan zaujahnya di bumi yg gersang tanpa air dan tumbuh-tumbuhan, tetap dilaksanakan tanpa banyak soal. Bukan setakat itu sahaja…malahan utk arahan memyembelih Ismail tetap dilaksanakan tanpa banyak soal.Peristiwa ini dirakamkan dan di ingati sebagai Aidil Adha.. sehingga kini.

Ketaatan ini menyebabkan baginda Ibrahim Alaihi salam mendapat kedudukan di langit yg tertinggi iatu langit ke 7. langit yang hampir dengan Allah. Apabila peristiwa isra mikraj .. baginda Nabi Muhammad SAW berjumpa dengan Baginda Ibrahim.. lalu bertanya akan Ibrahim kepada Rasulullah ” Apakah hadiah yang Allah berikan untuk umatmu wahai Muhammad?” lalu Baginda menjawab …Solat 50 waktu sehari semalam… maka jawabla Nabi Ibrahim Alaihi Salam…”tunaikan lah solat tersebut”.. Akan tetapi nilai solat kita pada hari ni disusut kepada 5 waktu sehari semalam kerana ihsan Nabi Musa alaihi salam … Ini menunjukkan Nabi Ibrahim tidak meremehkan hal 50 kali sehari semalam..

Kesimpulannya.. tepuk dada tanya iman di hati kita…adakah kita ini cukup taat atau sebaliknya.Bagaimana solat kita? Ibadah Yang Lain cam mana la ya yerk…???

Read More...