14 May 2009
10 May 2009
Duha...Oh Duha...Kenapa ku tinggalkan mu
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya:
Kekasihku Rasulullah s.a.w telah berpesan kepada aku dengan tiga perkara: Berpuasa tiga hari pada setiap bulan, mendirikan sembahyang sunat Duha sebanyak dua rakaat dan mendirikan sembahyang Witir sebelum aku tidur.
(Hadis riwayat Imam Bukhari).
Selepas memberi salam baca Lah Doa Nabi Besar Kita s.a.w.
Berdoalah :
" Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu
perlindunganmu ".
" Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah,jika masih jauh dekatkanlah, berkat waktu duha, keagungan,
keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh ."
Firman Allah s.w.t.Untuk Manusia ,
Katakanlah, "Solatku, perkerjaanku, hidupku dan matiku untuk Allah , Tuhan sekalian alam. Tiada sekutu
bagi-Nya.Demikianlah yang telah diperintahkan kepadaku, dan aku di antara yang awal-awal tunduk."
(Al-An..am, 162-63)
Dilakukan Solat Sunat Duha ketika matahari sedang naik iaitu antara jam 9.00 pagi hingga jam 11.00 pagi .
Jumlah rakaat tidak terbatas dari dua rakaat sehingga 12 rakaat. Tiap dua rakaat dengan satu salam .
Lafaz niat :
"Usolli Sunnatal Dhuhaa Rak'ataini Lilaahi Ta'ala, Allahu Akhbar "
Sahaja aku solat sunat duha dua rakaat kerana Allah Ta'ala"
Selepas membaca Al- Fatihah pada rakaat pertama baca lah surah As-Syams .
Pada rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Ad-Duha .
Semasa sujud akhir bacalah surah Ad-Duha 1 kali (Kalau Kuat keimanan sebanyak 40 kali semasa sujud akhir )
Selepas memberi salam baca Lah Doa Nabi Besar Kesayangan Kita s.a.w ini .
Berdoalah :
" Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu
perlindunganmu ".
" Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah,jika masih jauh dekatkanlah, berkat waktu duha, keagungan,
keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh ."
Firman Allah s.w.t.Untuk Manusia ,
Katakanlah, "Solatku, perkerjaanku, hidupku dan matiku untuk Allah , Tuhan sekalian alam. Tiada sekutu bagi-Nya.Demikianlah yang telah diperintahkan kepadaku, dan aku di antara yang awal-awal tunduk."
(Al-An..am, 162-63)
22 April 2009
sebuah catatan di pesta buku antarabangsa KL
By Unknown
3:51 PM
Agama,
Bicara Siswa,
Blogger,
Catatan Harian,
Islam,
jalan2 ..,
UMNO
Leave a Comment
assalamualaikum...
Read More...
da lama ana tak memposting kat blog ana nih... alhamdulillah baru balik daripada pesta buku antarabangsa Kuala Lumpur bertempat di kubu kuat UMNO iatu Putra World Trade Center.. atau dimelayukan nya Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)..
Alhamdulillah semenjak hari pertama ana sampai hingga ke hari ini.. pengunjung bagaikan tali arus.. perghhh mmg ramai.. alhamdulillah sejuk mata memandang kerana kebanyakan yang datang sume "menghormati " buku2 yang menjadi wancana ilmiah.. mereka rata2 berpakaian sopan tak kira la laki ke ppuan ke.. tak macam kat Jom Heboh ke apa...ish2 nauzubillahi min zalik
Alhamdulillah gak.. syukur dapat berkenalan ngan sahabat sekolej masa di UM iatu bro Azlin..yang sekarang merupakan Peguam Syarie yang bertempat di Ampang Selangor.. so kalo sapa2 ada masalah berkaitan ngan cerai ke ...poligami ke... tuntutan ke apa2.. ley jupe saudara Azlin kita...
Syukur gak saya dapat membeli sedikit buah tangan dari gerai Ustaz Riduan Mohd Nor.. beliau merupakan penulis bagi buku Gaza Menangis { buku yang mantap di mana beliau sendiri melihat bumi Gaza diganyang oleh regim Yahudi Laknatullah .. pada awal tahun } Buku tu saya lum memiliki.. sapa2 yang nk beli..boleh hadiri Booth Ustaz.. Tinta Jundi ... kat aras bawah.. near booth Ana Muslim { majalah femes dak remaja}.. saya sempat membeli satu buku tulisan beliau iatu Memoir Jihad - Anak Melayu Di Bumi Afghanistan..
Pastu saya g booth Jemaah Islah Malaysia untuk membeli sedikit cedermata utk sematkan kat bag laptop saya... Apa yang nak simpulkan di sini.. Mari sama2 meramaikan utk pergi ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur ... yang akan berakhir pada 26hb April ni.. Tak rugi membelanjakan duit anda utk ilmu..
Adios Wassalam