18 May 2009

Mamak Spot v3.. da release

Leave a Comment
assalamualaikum...

Mamakspot? Korang mesti pelik bila mana aku cakap tentang menda camni? Kenapa ko mengarut tentang Mamakspot. Mamakspot adalah side bisnes aku selain daripada freelance pgrammer...hmm kalo korang nak tau sal mamakspot ni boleh je.. takde masalah.

Korang boleh rujuk kepada blog empunya system / founder of Mamak spot.. --> mamakspot.blogspot.com

Sekarang ni ramai org merungut ttg kelajuan streamyx. tapi yang aku takley tahan bila mana ayat ni kuar.. " Dah bayar bulan2 cam rugi je..kan bagus kalo ade streamyx prepaid" . Jawapan mmg ade... tp anda kena la ke tempat2 yang ada access point {refer yang ade wireless}.Tp mamakspot adalah salah satu alternatif yang murah dan mudah digunakan,

Insyallah area umah saya di Kerinchi akan pasang mamakspot. So sapa2 yg berhajat nak beli topup utk access tenet ikut masa korang..ley hubungi aku..juz komen je

salamzzz
Read More...

14 May 2009

Gaya Bahasa Itulah Identiti

1 comment

assalamualaikum,puan ainon,saya nak mintak tolong boleh,ada kerja kosong dak di pts?saya amat berminat bekerja di bahagian buku2.kalau ada kekosongan,boleh hubungi saya?saya amat berterima kasih,dah seharian saya cr kat online.tapi tak ada pun keje kosong,saya tak kisah sementara atau sepenuh masa,,harapnya,cuba dulu,saya boleh bertutur english,arab ckit2,saya lepasan matrik,tapi,ekonomi tak kuat.arwah ayah dah tak ada,jadi,sy nak kerja,itupun kalo ada,kalo tak,tak nape,saya view puan ainon je yg famous kalo cr keywords kedai buku,saya dah mintak spa kerja kat library,tapi susah gak nak dapat,cari kerja kat  tadika,tu pun tak ada.---annas----ini email saya,puan boleh reply kat cni yer.thanks.

Hmmm dimana yer silap nye? Apakah salah cikgu bahasa Melayu mengajar? Atau Cikgu Bahasa Melayu taktau mengajar ? Atau pelajar bukannya pergi belajar...semasa di sekolah atau kolej. Ini adalah sebahagian emel yang saya perolehi dari salah sebuah blog yang terkenal. 

kenapa isu ini saya ambil kira? Uiks..jangan dipandang isu ini isu picisan atau terpencil. Ini isu nasional. Kenapa? Disebabkan perkara yang demikian la graduan - graduan kita bagaikan tidak 'laku' dipasaran kerjaya. Ye.. itu sebabnya..

Read More...

10 May 2009

Duha...Oh Duha...Kenapa ku tinggalkan mu

Leave a Comment

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya:
Kekasihku Rasulullah s.a.w telah berpesan kepada aku dengan tiga perkara: Berpuasa tiga hari pada setiap bulan, mendirikan sembahyang sunat Duha sebanyak dua rakaat dan mendirikan sembahyang Witir sebelum aku tidur.

(Hadis riwayat Imam Bukhari).


Selepas memberi salam baca Lah Doa Nabi Besar Kita s.a.w.
Berdoalah :

" Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu
perlindunganmu ".

" Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah,jika masih jauh dekatkanlah, berkat waktu duha, keagungan,
keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh ."


Firman Allah s.w.t.Untuk Manusia ,

Katakanlah, "Solatku, perkerjaanku, hidupku dan matiku untuk Allah , Tuhan sekalian alam. Tiada sekutu
bagi-Nya.Demikianlah yang telah diperintahkan kepadaku, dan aku di antara yang awal-awal tunduk."

(Al-An..am, 162-63)

Dilakukan Solat Sunat Duha ketika matahari sedang naik iaitu antara jam 9.00 pagi hingga jam 11.00 pagi .
Jumlah rakaat tidak terbatas dari dua rakaat sehingga 12 rakaat. Tiap dua rakaat dengan satu salam .

Lafaz niat :
"Usolli Sunnatal Dhuhaa Rak'ataini Lilaahi Ta'ala, Allahu Akhbar "
Sahaja aku solat sunat duha dua rakaat kerana Allah Ta'ala"

Selepas membaca Al- Fatihah pada rakaat pertama baca lah surah As-Syams .
Pada rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Ad-Duha .
Semasa sujud akhir bacalah surah Ad-Duha 1 kali (Kalau Kuat keimanan sebanyak 40 kali semasa sujud akhir )
Selepas memberi salam baca Lah Doa Nabi Besar Kesayangan Kita s.a.w ini .

Berdoalah :

" Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu
perlindunganmu ".

" Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah,jika masih jauh dekatkanlah, berkat waktu duha, keagungan,
keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh ."

Firman Allah s.w.t.Untuk Manusia ,
Katakanlah, "Solatku, perkerjaanku, hidupku dan matiku untuk Allah , Tuhan sekalian alam. Tiada sekutu bagi-Nya.Demikianlah yang telah diperintahkan kepadaku, dan aku di antara yang awal-awal tunduk."

(Al-An..am, 162-63)
Read More...