24 December 2006

Kata Saya: Pakaian sopan kurangkan kes jenayah seksual

1 comment



APAKAH tujuan wanita dicipta? Dalam Islam, Hawa dicipta untuk menemani Nabi Adam di syurga. Oleh itu, jelas bahawa wanita dicipta untuk berkongsi kehidupan dengan lelaki.


Untuk itu, bentuk fizikal kaum Hawa dicipta berlainan daripada kaum Adam supaya mereka saling melengkapi antara satu sama lain dengan masing-masing ada tugas mengikut fitrah dan bentuk fizikal yang Allah jadikan. Walaupun tugas wanita pelbagai, yang asasi mereka itu diciptakan untuk memenuhi kehendak lelaki. Wanita diperlukan lelaki untuk menunaikan fitrahnya secara biologi. Nafsu kelamin bukanlah satu perkara kecil. Lelaki sanggup berhabis ribuan ringgit untuk berkahwin.


Lelaki tidak seperti wanita, dan tidak pernah terliur kalau tidak dapat pakaian cantik, pinggan mangkuk yang mahal, apalagi perhiasan intan berlian. Orang lelaki tidak tertarik kepada itu semua. Bagaimanapun, keadaan berbeza apabila lelaki bertembung wanita cantik, yang dedah aurat dan manja pula. Itu yang boleh buat lelaki tidak boleh tidur.


Hakikatnya jelas, keinginan lelaki kepada wanita lebih besar daripada keinginan wanita terhadap lelaki. Lelaki mudah terangsang bila melihat wanita seksi yang terdedah auratnya, sedangkan wanita umumnya tidak mudah terangsang dengan hanya melihat lelaki walaupun lelaki itu terlalu kacak.Wanita diperintahkan Allah menutup aurat kerana jika dibenarkan wanita dedah aurat, inilah yang jadi punca kerosakan dalam masyarakat. Wanita yang mendedahkan aurat bermakna dia sengaja mendedahkan dirinya untuk menjadi bahan rangsangan lelaki.


Lelaki yang tipis imannya, bila sudah terangsang tidak kira lagi halal atau haram, dosa atau pahala, akan mencari jalan untuk melepaskan keinginannya kepada wanita. Berlakulah kes rogol dan zina.


Dalam soal berpakaian, sejauh mana ukuran kesopanan pakaian yang dikatakan itu? Kalau ikut orang Melayu, pakai baju kurung itu sopan, baju kebaya pun pakaian sopan, tetapi apakah pakaian berkenaan sudah cukup sopan mengikut syariat?Wanita sepatutnya sedia maklum, pakaian yang diiktiraf untuk wanita Mukmin yang boleh menyelamatkannya daripada mata keranjang lelaki ialah mempunyai ciri-ciri tertentu. Pakaian itu mestilah daripada warna gelap, longgar dan tidak menampakkan bentuk badan. Pakaian itu dapat menutup kecantikan wanita.Tempat paling cantik bagi wanita ialah pada mukanya. Jadi muka kena tutup sebab di situlah kecantikan wanita dapat disaksikan dalam keadaan dia sudah bertudung. Yang penting, pakaian itu dapat menyelamatkan wanita daripada diganggu. Tentulah maksud diganggu itu luas, antaranya termasuk daripada gangguan lelaki. Jadi, tidak ada sebab wanita akan jadi mangsa lelaki kalau dia benar-benar mengikut ciri-ciri pakaian yang diperintahkan Allah kerana Allah sendiri yang menjamin keselamatannya.Juga tidak hairanlah kalau wanita yang memakai pakaian sopan ikut selera orang Melayu akan jadi mangsa gangguan lelaki kerana pakaian kebaya yang dikatakan sopan itu sangat menampakkan bentuk tubuh badan wanita, terutama bahagian dada. Begitu juga baju kurung, masih tidak memenuhi ciri-ciri pakaian yang dikehendaki oleh Islam, melainkan kalau baju kurung itu dibuat besar, longgar dan daripada kain yang berwarna gelap. Oleh itu, adakah wajar kita meletakkan kesalahan kepada lelaki semata-mata kalau berlaku kes rogol?


Lelaki yang terangsang nafsunya mungkin tidak dapat melepaskan kepada wanita yang merangsangnya, atau tidak dapat mendekati wanita muda itu, lelaki yang memang gila tanpa memilih bulu, tanpa mengira usia melakukan kegiatan jenayah itu sekali pun terhadap kanak-kanak. Adakah wajar kita menyalahkan lelaki jika mereka berkahwin lagi kerana tidak tahan dengan godaan? Adakah wajar kita menyalahkan lelaki semata-mata terbabit dalam perlakuan zina, sedangkan hakikatnya wanita yang memulakan dulu sehingga menyukarkan lelaki membendung keinginannya? Cuba kita renungkan masalah ini

1 Komen:

Muslimah Identity said...

" sesungguhnya hawa merupakan fitnah yang paling besar buat adam..." kalau tak salah saya ini merupakan hadis Rasulullah SAW wasiat semasa haji wida` pesan terakhir (kalau salah tulun betulkan)

sekadar lontaran pendapat...
hmm..

Adakah wajar kita menyalahkan lelaki jika mereka berkahwin lagi kerana tidak tahan dengan godaan?

Adakah wajar kita menyalahkan lelaki semata-mata terbabit dalam perlakuan zina, sedangkan hakikatnya wanita yang memulakan dulu sehingga menyukarkan lelaki membendung keinginannya?

pendapat saya .. dalam situasi ini hakikatnya bukan menyalahkan mana-mana baik hawa mahupun adam, siapa yang memulakannya :) namun, lontaran soalan itu sekurang-kurangnya membuka ruang minda bagi mencari mana puncanya :)

Hmm... tepuk dada tanyalah iman, sepanjang kedewasaan ini sejauh mana yang kita faham tentang Islam? sepanjang kita bergelar muslim, sejauh mana kita MENGHAYATI ajarannya..?

Masyarakat Melayu zahirnya yang lahir sudah beragama Islam ...majoritasnya kurang menghayati Islam itu sendiri.

Impaknya agama terpisah dari cara hidup, segelintirnya negganggap Islam hanya tertakluk pada Ibadah semata bukan cara hidup... menghayati maksud sebenar Islam sebagai cara hidup itulah permulaan segalannya dalam membina peribadi diri muslim...

dari peribadi-peribadi binaan acuan al-quran membentuk baitul muslim dari keluarga yang membina generasi al-quran ini akan melahirkan masyarakat yang berperibadi unggul:)

Islam itu indah hanya kita yang kurang menghayati dan menghargai keindahan Islam itu.Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya, DIA Ar-Rahman dan Ar-Rahim, kembali kepada panduan agung AL-Quran dan sunnah Ar-Rasul pasti akan menjamin kesejahteraan masyarakat

wallahualam

sekadar lontaran ilham dariNya

wassalam

aNNuur