16 April 2008

Catatan dari Kuliah Kashiful Ghaibiah

Leave a Comment
assalamualaikum. Ni sebahagian catatan aku.. dari kuliah maghrib
Lokasi : Masjid Ar Rahman, University Malaya
Tarikh : 15 April 2008

Isi2.
-----
Bila di padang mahsyar setiap manusia akan dikumpulkan dalam keadaan malu dan takut. Takut akan azab ALLAH yg sangat memedihkan [Ya ALLAH ..jauhkan kami dari azabMu..aminn].Malu kerana berjumpa ngan ALLAH. Sume manusia akan rase bimbang di manakah mereka akan di hukum.Manusia di sini ialah manusia yang mukallaf. Apa itu mukallaf..mukallaf ialah yang baligh lagi berakal.Kalo manusia yang terdiri dari golongan gila..tak mumaiyis ...golongan ni adalah golongan yang selamat. So kat sini.. kita leh simpulkan bahawa golongan yang dahulu kita katakan gila..cacat akal la...tpi golongan ini ALLAH bg peluang terus masuk syurga tanpa syafaat sapa2. Jgn kutuk kalo org tu gila ke apa. Golongan ni dah ada tempat dalam syurga..kita wallahu alam.

Bila dalam ketakutan tersebut maka manusia2 ni akan berjalan untuk mencari siapakah yang boleh memberikan syafaat kepada mereka untuk menentukan masuk ke syurga atau neraka atau kekal ngan azab Nya. Manusia akan mencari Nabi Adam..dan berkata ngan pujian . Wahai Adam, bapa sekelian umat manusia..yang itu ini la[ayat2 mengampu utk puji nabi Adam supaya leh bagi syafaat kat dia].pastu nabi Adam alaihi salam menjawab. Aku tak layak...Aku dahulu leh mmbuatkan ALLAH murka kerana memakan buah khuldi. Lalu aku di ampunkan ...aku malu. Maka Nabi Adam menyeru supaya mereka berjumpa Nuh alaihi salam

Maka berseru manusia kepada Nabi Nuh alaihi salam kerana baginda merupakan rasul yang pertama di amanahkan utk berdakwah pada kaumnya. maka berpuji2 manusia itu kepada nuh seperti mana mereka memuji Adam alaihi salam.Maka dijawab akan Nabi Nuh, aku malu pada ALLAH kerana satu ketika dahulu aku telah berdoa kepada ALLAH bahawa aku pohon padaNya utk melenyapkan kaum ku. Oleh itu aku tak layak utk memohon syafaat kepadaNya untuk mu. Maka Nuh Alaihi salam mencadangkan kepada manusia kepada Ibrahim Khalilullah Alaihi salam

Maka berjalan ar manusia mencari Nabi Ibrahim alaihi salam selama 500 tahun (1 hari akhirat bersamaan 1000 dunia ,so kira sendiri, sapa terer math- nauzubillahi minzallik lamanya..). Nabi Ibrahim AS merupakan rasulullah yang pertama yang mana meredhai Islam sebagai agamaNya. sebab itu ia digelar Khalilullah.Maka memujila manusia di hadapan Ibrahim A.S. seperti mana dilakukan seperti pada Adam dan Nuh. Akan tetapi Ibrahim berkata Aku malu kerana aku telah 3 kali berdusta kepada ALLAH yang mana bila aku melihat matahari aku sangka ia tuhan..bila matahari kelam ..aku mengatakan bulan itu tuhan..Lalu ALLAH menegur ku. dusta yang ketiga tak di bincangkan.Ada riwayat menyatakan bahawa Ibrahim berdusta pada kaumnya di mana menuduh patung berhala besar memecahkan berhala kecil. Lalu Ibrahim mecadangkan kepada Musa alaihi Salam utk berikan syafaat kerana beliau merupakan kalamu lillah

Maka berjalanla manusia selama 500 tahun lagi untk cari Musa A.S semata2 untuk mendapatkan syafaat . BIla bertemu Musa maka ia pun berkata aku tidak layak untuk memohon syafaat untuk mu kerana aku telah memohon kepada ALLAH supaya membinasakan Firaun dan pengikut2nya. Maka Musa alaihi salam mencadangkan kepada Isa kerana Isa merupakan hamba NYa yang zuhud.sangat alim serta banyak mengetahui akan hukum hakam ALLAH.

<----- sambung pas ni ye---->
Read More...

15 April 2008

Pembangunan Pusat Penyelidikan UM

Leave a Comment
Assalamualaikum...

Bersyukur pada ALLAH Azza Wajjala kerana masih memberikan daku kekuatan untuk beribadat serta berkhidmat sebagai khalifah di muka bumi Nya. Hari ni dan di minit2 ini aku berkelapangan masa untuk me'nari2' jari jemari ku di atas keyboard laptop ACER ku. Hehehe :)

Hari ni (13 Februari 2008) aku di amanahkn utk mencari koordinat bagi pembangunan pusat penyelidikan University of Malaya , Lokasi yang di tentukan adalah daerah setapak, mukim Gombak berdekatan dengan Huta Rizab Hulu Gombak.

Alhamdulillah dengan keizinanNya , kerja memplot koordinat untuk perlaksanaan proses surveying ini pada bulan 7 ini dapat disiapkan.Projek @kem land surveying merupakan sebahagian daripada program yang penting bg memberikan 2 jam kredit bagi subjek Fundamentals of Surveying.Program ini hanya disertai oleh moderator aku selama dua minggu,
bersama students from jabatan kejuruteraan awam bagi tahun 1 sahaja. Ok selamat bersurvey.
Read More...

14 April 2008

Motivasi Kerja Di Pagi Isnin

Leave a Comment

Kepada Teman Seperjuangan & Teman yang tidak berapa seperjuangan .Mari kita kongsi apa yang Datuk Dr. Fadilah Kamsah kata dalam radio:

' Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria, ada datang dengan perasaan 'biasa' dan ada datang dengan perasaan serba tak kena '.. Ingat lah, sesiapa yang
datang hanya dengan perasaan 'biasa' saja, hasilnya adalah 'biasa' saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa. Bekerja la
dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah... '

Jadi renungi lah :-

1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggung jawab 'DATANG BEKERJA' tapi hampeh, hasilnya macam kita 'TAK DATANG' kerja

2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya 'KELAM KABUT'.

3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN' ,tapi rupanya kita BUSY BODY

4. Adakala kita rasa kita OPEN MINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG
PENG'AJAR'AN.

5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS.

6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA

7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE', adalah lebih baik kita tanya 'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT'

Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA, maka lakukan lah....Segera, tapi manusia tetap manusia.. sukar untuk berubah kerana kita selalu
beranggapan kita lebih baik... adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?

Maka untuk , mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita dan tingkat kerjasama dalam kerja, tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan.. kalau kita kurang kerja,
cari la kerja membantu teman-teman yang lain. Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat.. kita draw kat akhirat nanti... tapi kalau kita asyik dengki mendengki.. nasib la sebab dah
ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih.. Renungi lah, berapa orang kawan kita dan berapa orang lawan kita, nescaya itu la kayu pengukur diri yang sebaiknya...

OK la.. tamat lah renungan.. pergi la buat kerja.... heheee
Read More...