29 May 2008

Tandas...isu dalam parlimen...tahniah Dr Lo'Lo'

Leave a Comment
Bismillahirahman nirahimm

assalamualaikum dan salam sejahtera?

Tandas?? Ada apa ngan tandas? Perlukah isu tandas dibincangkan? Hmmm mmg tu la saya ingin katakan pada malam ni (post pada waktu tgh2 malam).Apa kaitan ngan blog saya ini? jawapan nye ialah untuk brkongsi pendapat aku ngan pendapat ahli parlimen titwangsa (Dr Lo Lo). Apa yang diutarakan oleh YB mmg betul.

Sekarang ni mmg ramai umat islam dah tinggalkan amalan kebersihan tandas. Mmg kita akui tandas tu tempat syaitan bermukim salah ke jika ianya bersih.Kebersihan dalam islam tidak terhad kepada akhlak..perangai...ibadah... permakanan. Tetapi merangkumi semua aspek kehidupan dalam dunia ni.

Kalo sesetengah org nak tgk bakal menantu tu elok ke tak...kekadang sengaja nak tgk tandas tuan rumah utk memastikan bahawa mereka tu pembersih atau sebaliknya...

Bila menyentuh sal hal tandas ...ia melambangkan keperibadian muslim dalam hal berkaitan kebersihan.Cuba kita bandingkan negara kita Malaysia dan Singapore ( tak yah g jauh2 nun di barat).Kita malu ngan singapore kerana tahap kebersihan tandas awam dia... tak leh dibandingkan...kalo tandas awam kat malaysia ni...saya rase la pelancong asing akan sumpah seranah... pergghhh...ini menunjukkan tahap ketegasan pihak berkuasa malaysia masih tahap tak tegas..gitu gak tahap pendidikan kebersihan...amat lemah..hanya berpaksikan exam je...bukan berorientasikan kehidupan.

So cadangan saya... perubahan mentaliti org malaysia perlu utk didikan ttg kebersihan kerana ISLAM agama yg pembersih..selepas tu baru la kita leh tunjukkan kat non muslim bahawa islam tu syumul...

Read More...