25 May 2009

kesedaran ilmu vs tinggi ilmu

2 comments
assalamualaikum...

Bicara waktu maghrib bersama tokoh agama dan bahasa Arab yang disegani di sebuah warung di rumah saya.. Siapa tidak kenal Ustaz Mahmud. Penyampai bahasa Arab yang sering di undang untuk majlis tilawah Quran Antarabangsa. Beliau merupakan pengacara yang saya segani selain daripada org Batu Pahat iatu Mahadzir Lokman..


Malam tu saya mmg bertanya banyak.. almaklum la orang alim.. bukan mudah nak berjumpa. Apatah nak rapat dengan org alim. Salah satu keberkatan hidup ini selain menghormati ibu dan bapa ialah.. menghormati orang2 alim termasuk guru2...ustaz/ustazah dan sebagainya. Tanpa mereka jua.. siapakah perdana menteri..siapa menteri.. engineer..pakar IT.. doktor di Malaysia ini. Oleh itu guru2 ini saya anggap sebagai jurutera insan bagi sebuah negara selain daripada ibu dan ayah serta pemimpin kita. Kesempatan ini saya ingin ucapkan SELAMAT HARI GURU.. walaupun agak kelewatan.. Terima Kasih.. saya ucapkan kepada guru2... ustaz/ustazah yang banyak membentuk peribadi saya pada masa kini.

kesedaran ilmu vs ketinggian ilmu? Mungkin nampak pelik...tapi ia adalah suatu yang memang berbeza di kalangan org yang belaja, ketinggian ilmu saya tafsirkan sebagai orang yang mempunyai ilmu yang tinggi . Bagi sistem pembelajaran ..mungkin PhD adalah pangkat terbaik untuk orang yang mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu.

Bagaimanakah dengan kesedaran ilmu...?? Mungkin ramai yang mempunyai ketinggian ilmu tapi kesedaran ilmu itu sangat kurang.Kenapa fenomena ini berlaku? sebab tidak menjadikan Rasulullah sebagai ikutan sebenar benarnya.. Bagaimanakah akhlak Rasulullah. Hmm tidak dapat dinafikan bahawa akhlak baginda yang terbaik dalam sepanjang zaman. Tiada sapa mampu menandingi baginda .. Baginda disegani kawan dan lawan.

Atas sebab akhlak la.. ilmu tu akan menjadikan kita dihormati dan disegani. Ada sesetengah pensyarah di IPT yang bukan main lagak . Sanggup ego dengan pangkat Dato' ..Prof nye... sehingga hilang pertimbangan untuk bersembang dengan anak murid sendiri. Alasan terlalu sibuk menjadi ianya begitu. Macam saya di UM dahulu. Ada hari dinamakan hari bertemu penasihat akademi.. HMmm seakan2.. macam ade waktu terhad utk berdikusi dengan pensyarah ini.. pelik kan? Kenapa tak dibuat seharian sahaja.. atas sebab itulah... modal insan yang dilahirkan oleh IPT tempatan ini tidak mesra . Kenapa tidak mesra..? sebab bila da abis belaja.. akan ade sifat.. "kubur masing2" yang mana pelajar tidak kenal pensyarah dan pensyarah pulak tak kenal pelajar..

Oleh itu.. berbalik la kepada ajaran islam yang tidak membezakan warna kulit dan pangkat. Makin tinggi pangkat...maka makin tinggi jualah tunduk dan ketakwaan kita pada Allah. Begitu juga dengan org yang belaja.. hargai pensyarah...guru2..org yang mengajar kita dengan ucapan terima kasih.. kerana ada insan yang sudi mengajar kita..

sekian terima kasih...

wassalam



2 Komen:

amin007 said...

hidup hanya sementara
akhirat kekal abadi
namun jangan dilupa orang-orang
yang banyak berjasa kepada kita

bagilah hadiah yang paling berharga kepada mereka berbentuk doa hidayat dan pengampuan dosa-dosa.

akan tetapi perjalanan masih jauh
bawalah bekalan secukupnya
sebaik bekalan adalah takwa

LadyBird said...

Salam wak.. jalan2 jumpe blog wak..
nak tinggal jejak, tp x de tempat nk tinggal.. so tinggal komen je la..
ni Azliza ni.. KTT, Duyung..