
Andai kata dengan hanya sekali mendirikan solat 'istikharah' belum mendapat sebarang tanda kebaikan, ulangi kali kedua dan seterusnya. Di kalangan ulama ada yang berpendapat bahawa ulangi solat teresebut hingga satu minggu.Kadang kala Tuhan buka pintu hati kita dengan istikharah itu, ada ketikanya Tuhan kurniakan melalui sahabat yang ikhlas.Dalam perbualan ditakdirkan sahabat itu menyentuh perkara tersebut, lalu terjawablah istikharahnya...