02 December 2006

Macam mana nak masukkan data dalam PHP mySQL database ---PART 2

Leave a Comment

OK sambung balik..disebabkan namanya BLOG...dah tu free mana la dia nak kita support seme TAG HTML tu yang x best. Ops lupa ar nak bg tau part 1 dulu... kalo nak start PHP programming kena mula ngan < ?PHP ditutup ngan ?>

sambung balik kepada nak masukkan data dalam pangkalan data student ---> rujuk tutorial bahagian 1 OKEH... jangan malas2

ni koding untuk file process.php

<--------------------process.php -------------------------------->

< ?php

//nak connect ke dalam database student
mysql_connect('localhost',root','') or die ('cannot connect database');
mysql_select_db('student');

//variable declaration from register.html

$name = $_POST['name'];
$email = $_POST['email'];
$code = $_POST['code'];
$gender = $_POST['gender'];
$session = serialize($_POST['session']);
$location = $_POST['location'];

// serialize digunakan untuk susun semula nilai value dalam register.html

$query= "INSERT into register (name,email,code,gender,session,location) VALUES (
'$name','$email','$code','$gender','$session','$location')";

// kat sini ramai yang silap dimana nilai value tak sama dalam database : - dimana bilangan value x sama dengan variable (ditandakan dengan tanda dolar $)
$ok = mysql_query($query);

if ($ok)
{
header('refresh: 2 ; url =http://www.yahoo.com');
/* kat sini tunggu selama 2 saat dan kuar mesej sebelum gi laman web yahoo.com*/
echo"Tahniah,data anda telah di simpan";
}
else
{
header('refresh: 2 ; url =register.html');
echo"Maaf,data anda tak dapat di simpan ";
}
?>

OK.... dah siap....Selamat mencuba..kalo ade masalah bagtau aku tau.....


Read More...

Macam mana nak masukkan data dalam PHP mySQL database..PART 1

Leave a Comment

Assalamualaikum..Alhamdulillah ..

Sekarang saya ingin mengajak kawan2 untuk mempelajari teknik2 yang sesuai untuk memasukkan data2 dari HTML form ke dalam database mySQL. 1stly, mesti kena create database, betul x? Untuk create database, korang leh gunakan easyPHP (cara mudah nak belaja PHP mySQL- x yah pening2 nk install bendalah ni amik kat easyPHP.org).Pastu jangan lupa nak install lak, dan pastikan anda ingat dimana directory/folder anda install tadi. Kenapa?? sebab kat dalam directory easyPHP tu ade sub directory dan paling penting ialah directory WWW : tempat di mana anda akan menguji hasil programming anda.

OK pas korang install easyPHP korang leh test gunakan web browser seperti internet explorer tapi aku galakkan korang seme pakai MOZILLA FIRE FOX dan pastu type cam ni "
http://localhost" untuk check database korang kenalah taip camni lak "http:/localhost/mysql/"

OKla ...nak wat database kan korang bukak web browser dan taip
http:/localhost/mysql pastu klik la button SQL pastu korang copy paste kat dalam SQL nye tempat kosong . Kalo ade ape2 tulisan @ ayat sedia ada . Delete dulu ar

#<-------------SQL statement copy N paste start this line -------------------->
-- phpMyAdmin SQL Dump
-- version 2.6.1
-- http://www.phpmyadmin.net
--
-- Host: localhost
-- Generation Time: Dec 02, 2006 at 03:16 PM
-- Server version: 4.1.9
-- PHP Version: 4.3.10
--
-- Database: `student`
--
CREATE DATABASE `student` DEFAULT CHARACTER SET latin1 COLLATE latin1_swedish_ci;
USE student;
-- --------------------------------------------------------
--
-- Table structure for table `register`
--

CREATE TABLE `register` (
`id` int(200) NOT NULL auto_increment,
`name` varchar(200) NOT NULL default '',
`email` varchar(200) NOT NULL default '',
`gender` varchar(200) NOT NULL default '',
`session` longtext NOT NULL,
`location` varchar(200) NOT NULL default '',
PRIMARY KEY (`id`)
) ENGINE=InnoDB DEFAULT CHARSET=latin1 AUTO_INCREMENT=1 ;

--
-- Dumping data for table `register`
--

#<---------------------------End of SQL statement--------------------------->

OK database dah siap... sekarang kena wat form HTML ..pastu save la sebagai register.html. Klik URL kat bawah ni

http://www.webthang.co.uk/tuts/tuts_html/form_validation/validate.asp


Ops aku terlupa lak...cari kat bahagian code HTML di atas dan tukar kod berikut

name="form1" action="http://www.google.com" onSubmit="return validate(this);
kepada
name="form1" action="process.php" onSubmit="return validate(this);

Sambung PART 2...nantikan kemunculan nya








Read More...

28 November 2006

Jangan salahkan universiti jika menganggur

Leave a Comment

UNIVERSITI berperanan sebagai institusi yang menyediakan ilmu pengetahuan kepada para pelajar supaya mereka boleh berdikari dengan menempatkan diri dalam pelbagai lapangan pekerjaan.

Dalam ruang pekerjaan yang semakin sempit pada hari ini, aplikasi ilmu pengetahuan amat penting bagi seorang siswazah. Mereka bukan sahaja berjuang untuk mendapatkan pekerjaan tetapi berusaha untuk membina kehidupan yang lebih baik.

“Tanggungjawab pelajar ialah menggarap seberapa banyak ilmu di universiti bukan sahaja akademik tetapi pembangunan personaliti diri yang bagus.

Pelajar juga perlu memiliki kreativiti dan integriti supaya apabila menamatkan pengajian kelak, mereka menjadi graduan yang berdaya saing dan berani berhadapan dengan cabaran.

“Kualiti ini bukan sahaja membuatkan majikan mengambil mereka bekerja tetapi boleh membina personaliti sebagai usahawan yang berjaya,” kata Ketua Jabatan Syariah dan Ekonomi, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaysia, Dr. Patmawati Ibrahim.

Menurut beliau, sikap pelajar yang tidak mampu menggunakan tempoh belajar di universiti sebagai platform membina personaliti yang positif akan menyebabkan mereka berhadapan masalah dalam pasaran kerja kelak.

Akibatnya universiti disalahkan kerana menjadi tempat menjana penganggur yang semakin bertambah saban tahun. Statistik menunjukkan jumlah siswazah yang menganggur sudah mencecah ke angka 60,000.

Bagaimanapun, istilah pengangguran perlu difahami dengan jelas. Penganggur ialah golongan yang mencari pekerjaan tetapi tidak berjaya mendapatkan pekerjaan. Definasi ini tidak termasuk golongan yang sengaja tidak mahu bekerja atau mereka yang berpindah dari satu pekerjaan ke pekerjaan yang lain.

Sikap pelajar

“Saya berpendapat, masalah ini berpunca daripada sikap segelintir pelajar yang menganggap universiti adalah medan untuk menuntut ilmu akademik semata-mata hingga mengabaikan aspek-aspek lain seperti mengambil tahu tentang perkembangan semasa.

“Apabila mereka menghadiri temuduga, majikan akan melihat kesemua ciri-ciri ini dan bukannya bergantung kepada salinan ijazah atau gred yang kita peroleh. Bahkan kualiti ini juga penting bagi siswazah yang ingin menceburkan diri dalam bidang keusahawanan,” jelasnya.

Beliau berpendapat, masalah pengangguran boleh dikurangkan jika siswazah mengambil langkah berani membabitkan diri dalam bidang keusahawanan dan perniagaan. Dalam hal ini, diakui, kekurangan modal menjadi masalah utama bagi siswazah untuk bergerak secara aktif dengan dunia perniagaan yang penuh cabaran dan risiko.

Katanya, siswazah yang dapat membuka mindanya dan melihat dunia dengan luas tidak hanya akan bergantung kepada makan gaji atau cita-cita menjadi eksekutif di sektor kerajaan dan swasta sahaja.

“Mereka sepatutnya telah menetapkan matlamat sejak di universiti dan fokus kepada kejayaan masa hadapan. Ini kerana mereka berjaya menggunakan ilmu yang dipelajari di universiti dan diaplikasikan dengan realiti kehidupan semasa yang menuntut banyak cabaran.

“Masalah tetap ada tetapi keyakinan diri untuk berjaya adalah lebih penting,” ujar beliau merujuk kepada segelintir siswazah yang berani mengambil langkah proaktif dengan menceburkan diri dengan perniagaan walaupun menyedari terdapat banyak risiko yang bakal dihadapi.

Selain itu, penglibatan mereka juga bertepatan dengan saranan Nabi Muhammad s.a.w. yang menyatakan bahawa sumber rezeki yang sebaik-baiknya datangnya daripada perniagaan yang baik dan halal.

Malah ia juga berdasarkan anjuran Rasulullah s.a.w. berkaitan bidang perniagaan yang seharusnya dijadikan pilihan prioriti ke atas umat Islam sebagaimana sabdanya yang bermaksud: Sembilan persepuluh sumber rezeki adalah melalui perniagaan (Riwayat Tirmizi).

Untuk menggalakkan penglibatan siswazah dalam bidang perniagaan, kerajaan menyediakan dana khas untuk Industri Kecil dan Sederhana (IKS). Ia disalurkan kepada bank-bank untuk diberikan kepada usahawan.

Walaupun kerajaan menyediakan dana tetapi mereka memerlukan cagaran sama ada berbentuk hartanah atau rumah yang boleh dicagarkan kepada bank. Sebenarnya, masalah modal dan mendapatkan cagaran adalah cabaran utama bagi siswazah yang bakal bergelar usahawan.

Wang zakat

Dalam Islam, terdapat sistem yang boleh mengurangkan beban yang ditanggung oleh mereka. Beliau mencadangkan, agar agihan zakat kepada lapan asnaf yang berhak diberikan kepada siswazah di bawah asnaf fi sabilillah.

“Kita boleh gunakan asnaf fisabilillah untuk menyalurkan modal kepada siswazah yang ingin memulakan perniagaan. Lagipun, modal yang diperlukan lebih kurang RM50,000 kerana IKS tidak memerlukan modal yang besar.

“Contohnya, bagi siswazah yang ingin membuka tadika hanya perlukan RM10,000 sebagai modal. Sekiranya mereka diberi bantuan modal permulaan, dengan kemahiran pemasaran, pengurusan dan pendidikan yang mereka ada, dalam tempoh dua tahun tadika ini boleh berjaya dan mereka boleh menjadi pembayar zakat pula,” ujar Patmawati.

Selain zakat, wakaf tunai boleh digunakan sebagai modal kepada siswazah. Berbeza dengan zakat, pinjaman dari wakaf tunai perlu dikembalikan oleh peminjam. Melalui sistem Qard al-Hassan yang terdapat dalam Islam, dana wakaf boleh dikembangkan.

Sebagai jaminan duit wakaf tersebut dipulangkan oleh peminjam mengikut jumlah yang diwakafkan, mereka boleh mendapatkan penjamin atau surat jaminan daripada imam masjid, ketua kampung atau wakil rakyat. Siswazah tersebut pula perlu mempunyai sifat amanah yang tinggi dan menjalankan perniagaan dengan jujur kerana duit wakaf perlu dipulangkan semula.

Read More...

26 November 2006

Pengurusan Masa Dalam Islam

Leave a Comment

PENGURUSAN MASA

1.0 PENGENALAN

Firman Allah SWT dalam surah Ibrahim ayat 33-34:
Maksudnya: "Dan Dia telah menundukkan bagi kamu matahari dan bulan yang terus menerus beredar (dalam orbitnya) dan telah menundukkan bagimu malam dan siang. Dan Dia telah memberi kepadamu (keperluanmu) dari segala apa yang kamu pohonkan kepada-Nya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghinggakannya."

Kejayaan seseorang individu adalah bergantung kepada usahanya ke arah menyempurnakan segala tanggungjawab dalam pelajaran, dakwah, keluarga dan masyarakat. Seseorang individu mungkin sibuk dalam kehidupannya dengan berbagai-bagai tugas dan tanggungjawab. Walau bagaimanapun, dalam menyusun atau memprogramkan kehidupan, seseorang individu itu hendaklah menjaga keseimbangan aktiviti seperti mengambil perhatian terhadap study, menyempurnakan kerja-kerja dakwah dan jemaah, berinteraksi dengan masyarakat dan mewujudkan suasana yang solihah dalam rumah (keluarga).

Secara umum, pengurusan diri yang baik adalah berhubungkait dengan :

1) Perancangan yang rapi
2) Pengurusan yang teratur
3) Pemikiran yang tajam
4) Pengawalan yang bijaksana

Persoalan pengurusan diri bukanlah perkara baru. Ianya telah ditekankan sejak kewujudan manusia itu sendiri. Seluruh para nabi serta ayat-ayat Al-Quran banyak mangajar kita tentang perkara ini.

Kertas kerja ini Insya-Allah akan memberi penekanan di persekitaran membentuk peribadi yang bijak mengatur dan memikirkan urusan hidupnya dalam lingkungan masa yang terhad dalam dunia hari ini.

2.0 KEDUDUKAN MASA DALAM ISLAM

Untuk menjelaskan betapa pentingnya masa, Allah Taala telah bersumpah mengenainya dalam beberapa permulaan surah di dalam Al-Quran. Antaranya ialah:

1) Surah Al-Lail ayat 1-2
2) Surah Al-Fajr ayat 1-2
3) Surah Ad-Dhuha 1-2
4) Surah Al-Asr ayat 1-2

Mengikut ulamak tafsir bahawa bilamana Allah bersumpah dengan sesuatu dari kejadianNya, itu adalah bertujuan untuk menarik perhatian manusia terhadapnya (makhluk itu) dan ingin mengingatkan akan faedah dan kesannya terhadap manusia.

Kemudian datang pula sunnah menguatkan lagi tentang kepentingan masa. Antaranya:

لن تزول قدما عبد يوم القيامة حتى يسئل عن أربع خصال : عن عمره فيما افناه ، وعن شبابه فيما أبلاه ، وعن ماله من اين اكتسب وفيما انفقه ، وعن علمه ماذا عمل به

Demikian manusia disoal tentang umurnya secara umum dan diikuti pula tentang zaman mudanya secara khusus, yang mana zaman muda itu adalah satu juzuk daripada umur. Imam Al-Banna pula dalam salah satu dari wasiatnya ada menyebut tentang waktu dalam kehidupan seorang petugas Islam. Katanya:
الواجب اكثر من الأوقات
Di sana juga ada beberapa pepatah arab tentang masa. Antaranya:

الوقت كا لسيف ان لم تقطعه قطعك
من كا ن يومه كأمسه فهو مغدون
ومن كا ن يومه شرا من أمسه فهو ملعون

3.0 PERANCANGAN YANG RAPI

Bertitik tolak dari Al-Quran dan Sunnah serta ungkapan tadi, dapatlah disimpulkan bahawa perancangan yang rapi adalah merupakan intipati kejayaan diri seseorang induvidu dalam hidup.Rasulullah SAW membahagikan masanya secara cermat. Sebahagian untuk orang umum, sebahagian untuk orang-orang khusus, sebahagian beribadah kepada Allah dan sebahagian untuk keluarga. Imam Al-Ghazali merancang masa malamnya dengan membahagikan kepada tiga bahagian yang umum iaitu 1/3 untuk mentelaah kitab, 1/3 untuk beribadah dan 1/3 untuk tidur.

4.0 PENYUSUNAN / PENGURUSAN YANG TERATUR

Masa perlu diurus kerana :

a) Mengawal masa

Dengan adanya jadual waktu, masa anda selama 24 jam sehari semalam dapat digunakan semaksima yang mugkin. Anda dapat mengelakkan diri anda dari membuang masa dengan perkara-perkara yang tidak banyak memberi faedah.

b) Menjimatkan masa, usaha dan tenaga.

Dengan adanya jadual bertulis, anda akan menyedari kerja-kerja yang perlu diselesaikan satu-persatu secara terancang.

c) Melatih menggunakan waktu secara matang.

Jadual waktu akan melatih anda menggunakan masa yang ada secara terancang untuk mencapai sesuatu matlamat. Ia juga akan melatih anda mendahulukan perkara-perkara yang terpenting dari yang kurang penting.

d) Mengelakkan berlakunya "symptoms" kelam kabut.

'Symptoms' ini sering berlaku dalam keadaan yang terlalu banyak tanpa penyusunan yang rapi dan meletakkan diri dengan berbagai-bagai tugas sebagai amalan biasa.

4.1 Tabiat Pelajar Kita

Di antara kelemahan yang wujud di kalangan kita ialah kegagalan menyusun dan menguruskan masa dengan baik. Apabila perkara ini berlaku, banyak tanggungjawab dan tugas tidak dapat dilaksanakan. Di antara punca kegagalan ialah sikap suka melengah-lengahkan masa.

Antara sebabnya ialah :

1. Kita meyakinkan diri bahawa kita masih ada banyak masa. Biasanya keadaan ini akan membebankan pekerjaan yang mudah hingga tidak mampu dikerjakan lagi kemudiannya.

2. Kita tidak nampak kepentingan sesuatu pekerjaan itu. Ini mungkin kerana hasilnya terlalu jauh untuk kita bayangkan. Oleh itu, kerapkali kita menganggap pekerjaan begini kurang mustahak.

3. Tiada desakan atau tekanan untuk menyempurnakan tugas tersebut. Ada di antara kita hanya akan bekerja setelah didesak oleh sesuatu.

4. Tugas itu kita rasakan terlalu sukar, remeh atau tidak enak untuk dikerjakan segera.

Ada beberapa perkara yang boleh dilakukan bagi mengatasi tabiat suka berlengah-lengah ini:

1. Di antara perkara yang paling asas dalam pengurusan masa ialah menyedari bahawa hidup kita ini ialah dengan tujuan mengabdikan diri kepada Allah. Mereka yang lalai dan suka berlengah- lengah tidak dapat memenuhi tujuan ini. Firman Allah Taala dalam surah Al-Mukminum ,ayat 115:

Maksudnya: "Maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja) dan bahawa kamu tidak dikembalikan kepada Kami?".

2. Al-Quran sendiri menyarankan orang-orang yang inginkan akhirat supaya bersegera mencari keredhaan Allah dan juga berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kemenangan di akhirat. Firman Allah Taala dalam surah Ali- Imran ,ayat 133:

Maksudnya: "Dan bersegeralah kamu kepada keampunan dari tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa."

3. Buatkan satu jadual tugas dan patuhi jadual tersebut. Belajarlah bekerja berpandukan jadual tersebut dan cuba untuk tidak melanggarinya.

4. Amalkan disiplin diri. Anggapkan segala tugas adalah mustahak dan perlu diselesaikan segera.

5. Catitkan kerja-kerja yang terbengkalai dan tentukan tarikh baru untuk memulai dan menyelesaikannya.

6. Belajar menilai hasil tugas. Tentukan sama ada tugas itu berfaeadah atau tidak. Jika tidak berfaedah, eloklah ditinggalkan sahaja.

4.2 Teknik Pengurusan Masa

a) Senaraikan aktiviti harian anda yang dibuat (things to do).

Dengan adanya suatu aktiviti harian yang lengkap untuk masa satu minggu, anda akan dapat memperuntukkan untuk setiap aktiviti tersebut mengikut waktu yang munasabah.

b) Menyusun jadual (things to do) mengikut "priority"

Anda perlu memastikan waktu yang paling munasabah untuk mengulangkaji pelajaran. Pastikan anda mengkhususkan waktu-waktu ini untuk mengulangkaji dan meletakkan aktiviti yang lain pada waktu yang kurang sesuai untuk ‘study’.

c)Pastikan perkara-perkara berikut sewaktu menyusun jadual aktiviti mingguan anda:

i. waktu bangun tidur
ii. waktu makan
iii. waktu ke kuliah
iv. waktu mengulangkaji
v. waktu berorganisasi
vi. waktu ziarah
vii. waktu tidur
viii.aktiviti hujung minggu

d)Mengatur "things to do" dalam tiga kategori:
1. perkara yang mesti dibuat (must do)
2. perkara yang sepetutnya dibuat (should do)
3. perkara yang mungkin dibuat (might do)

e)Setelah diteliti dan diambilkira kesemua aktiviti dan masalah di atas, maka barulah dipindahkan jadual aktiviti tersebut kepada suatu jadual sebenar.

5.0 PEMIKIRAN YANG TAJAM

Perkara yang perlu diambilkira:
a) Kita hanya mempunyai beberapa jam dalam sehari.
b) Kita hanya memiliki tenaga fizikal dan mental yang terhad dalam sehari yang boleh digunakan. Oleh itu, dengan menumpukan tenaga dan usaha dalam priority yang terancang akan memastikan tenaga yang terbuang dengan sia-sia menjadi semakin berkurangan.

Beberapa persoalan untuk diri sendiri:
a) "Apakah yang akan berlaku sekiranya perkara ini tidak dilakukan langsung?" Jika jawapannya "Tidak ada apa-apa yang akan berlaku"- maka STOP!!"

b) "Perkara yang manakah dalam senarai aku yang boleh dilakukan oleh orang lain dalam standard yang sama atau lebih baik lagi?" Jika jawapannya "Ada" – Serahkan kepada orang lain!!!

6.0 PENGAWALAN YANG BIJAKSANA

Pengawalan yang kemas dan bijaksana akan menentukan berjaya atau gagalnya urusan harian kita. Sifat tegas dan berpegang kepada perencanaan dalam peringkat ini sangat penting. Kelalaian dalam ketegasan ini akan menyebabkan:

a) perkara yang tidak siap
b) banyak berlaku perkara yang tidak jadi
c) urusan yang banyak tangguh
d) fikiran pening dan fizikal yang letih

7.0 PENUTUP
Islam telah mengajar kita dalam persoalan ini sejak bermulanya dakwah itu sendiri. Malangnya, umat Islam pada hari ini mengabaikan rasa tanggungjawab untuk menguruskan kehidupan dengan teratur disebabkan kelalaian mereka sendiri. Akibat daripada itu:

a) umat Islam mundur dalam kemajuan moden
b) Barat mengambil konsep ini dan seterusnya mencanggihkan pendetailannya dalam kehidupan mereka.
c) Kita terpaksa akur dengan kebolehan mereka dengan mengambil beberapa konsep dan model yang terbukti kejayaannya
d) Menterjemahkannya semula kepada konsep tersebut dalam kehidupan mengikut penyesuaian kita.

Hadis Rasulullah SAW:
نعمتان مغبون فيهما كثير من الناس الصحة والفراغ
Sekian , wassalam.
Read More...