
MAKNA-MAKNA batin yang mesti wujud bagi menyempurnakan kehidupan solat, mengikut pandangan Imam Ghazali, terhimpun di dalam enam perkara, iaitu hudur al-qalb (kehadiran hati), tafahhum (usaha memahami bacaan dan perbuatan), ta'zim (mengagungkan), haibah (takut yang timbul daripada perasaan hormat atau mengagungkan), raja'(harap), dan haya'(malu). Hudur al-qalb Yang dimaksud dengan hudur al-qalb ialah mengosongkan hati daripada selain...