02 January 2007

Saddam Hussein...Pembela Atau Legitimasi

Leave a Comment
Kematian Saddam ditentukan oleh kuasa besar tepat semasa umat Islam sedang melaksanakan ibadah haji. Kematiannya menimbulkan kontroversi serta bahan pencetus kemarahan sebahagian besar umat Islam sunni di muka bumi. Respon yang panas didapati daripada Abdel Bari Atwan editor akhbar Al Quds al- Arabi yang berpangkalan di London, iaitu beliau mengatakan penghinan besar diberikan oleh US kepada umat Islam dengan mengorbankan manusia di hari yang penuh makna tersebut. Pada pandangan saya, pengorbanan nyawa umat Islam dilakukan oleh US pada hari mulia umat Islam bukan kali pertama dilakukan.


Pada kali yang ke berapanya ialah apabila umat Islam di Fallujah dibom beramai-ramai oleh tentera US pada sekitar tahun 2004 dahulu tepat menjelangnya Aidilfitri seluruh dunia. Ramai mengulas pembunuhan Saddam yang jelas dipancarkan siaran langsung detik-detik akhir beliau itu sebagai isu penghinaan umat Islam semata-mata. Jika adapun yang marah nyata hanya atas sentimen Baath dan sentimen Sunni. Namun tidak ramai yang mengetahui hakikat keadaan Baath yang jauh berubah semenjak kehadiran Amerika Syarikat pada 2003.

Perubahan seni pemerintahan Baghdad di bawah regim Saddam selepas peristiwa Teluk 1991 yang lebih cenderung kepada pertahanan sebuah negara Islam serta atas nama jihad juga tidak diendahkan. Sebaliknya propagandis barat meletakkan label ganas, mengungkit kezaliman beliau serta melaung-laung atas tiket hak asasi terhadap pemerintahan beliau sehingga kita lupa sumbangannya kepada ulama’ sunni, ulama’ hadis di Iraq, pelajar-pelajar aliran agama yang dijaga seperti anak emas serta bantuan-bantuannya kepada ulama’ berkenaan. Era saddam walaupun kelihatan diktator yang keras, zaman beliau cuba menjulang semula kota Bangdad sebagai kota ilmu yang mewarisi tradisi Abbasiyyah yang bercahaya.


Saya ada puisi untuk Saddam....

Legasi Semangat

Percik api pedang kiri dan kanan...
Api kilatan pedang Farsi menerjah ditingkah oleh kilatan si pedang Abbasiyy
10 tahun lamanya...merah menyala memburai darah turun..darah alirannya seinsani..
semurni satu Khaliq...

Siapa salah?.....Saddam

1982 menyaksikan melayangnya nyawa 148 pendokong Syi’iy...
di tangan Saddam kesalahan diletakkan semuanya.....
tahukah mereka asbabnya?..
geleng si politikus bitara..

1988, Saddam mula lupa diri....bila si Farsi liat dek tak lut peluru Baathiy..
Amukan Saddam...5000 Kurdish menyembah bumi..keturunan pembela Maqdis ..
keturunan itu menelan sahaja senjata biologi...

Kempen Amfal 1897 hingga 1989
diungkit....dilaung semula..ya bukan sedikit kau tumpahkan darah...
jelasnya 182 000 manusia meninggal jasad melayang rohnya....

Dulu gah ia..tak lekang pistol hitamnya di sisi seluar..
Melaung..
Mungkin atas nama Bangsa Iraq..
tinggalan Mesopotamia...
Babylon yang Agung..

melaung untuk membunuh pencatur angkara kemusnahan dunia..
Mungkin juga dia ikhlas...
ingin menjadi pahlawan di kalangan pahlawan yang lemah tenaga batinnya di dunia ‘sheikh’...

sekurangnya dia bangun....
bukan macam engkau..bukan macam aku....
dia bangun..juga
walaupun bersendirian.
walaupun kadangkala tergelincir jua....
walaupun bersalah jua ia...

Ya lah...dia kan manusia juga....
Di saat akhirnya...ia dikosmetikkan menjadi tikus....
jelasnya di ditangkap di lubang tikus....
Saddam..cepat benar ingin dilenyapkan....
Saddam dihukum bunuh mandatori...

Pintanya di saat akhir.
Jangan aku ditutup muka..
Biar generasi muda Baath bangkit sejenak selepas melihat mukaku sengsara bertarungkan tali puaka !!!
Biar aku memegang Al Quran ...
kitab yang aku pegang sepanjang malam di penjara..
Biar aku Syahid dan menjadi korban demi kebangkitan umat Islam Iraq..
Bersatulah Syi’iy dan Sunni di Iraq..Bersatulah umat Arab...
Mereka melapah kita....
aku menjadi korban tanpa sempat aku menguis cela di mukaku..
tak sempat...wahai sahabat.....
aku langsung tak sempat.....

engkau masih sempat....
helakan nafas seketika....bangkit semula...

Pesannya pada muda mudi bermaya di sana....
Di sini..kita membaca juga ceritanya..
tapi!!
cerita yang dibuang roh benarnya...

Saddam bersalah?...aku angguk seketika..tapi aku geleng selamanya...


Al Fatihah untuk Saddam...

Muhammad Nuruddin Bashah

(Nuruddin ni housemate aku...)

nota : berbangga dengan RTM kerana menyiarkan filem Qaisy dan Laila yang menginsafkan serta Stanza RTM iaitu malam puisi perang RTM..cukup memberi makna dan semangat kepada masyarakat....tapi ramainya berada di Padang Kota Pulau Pinang atau di Komtar pada malam Tahun Baru..bukan di hadapan TV...

Read More...