03 December 2006

Pengenalan Kepada PHP

Leave a Comment


Assalamualaikumwarahamatullah .... Bismillahirahmannirahim

OK sekarang aku nak tunjukkan bagaimana ingin memulakan pengaturcaraan dengan menggunakan PHP dan database MySQL. Untuk maklumat korang seme, dan korang juga maybe dah tahu gak di mana kelebihan PHP ialah free (sememangnya ramai nak yg free je -Open Source). Cara paling mudah untuk me'run'kan aplikasi PHP+Apache Web Server + MySQL database ialah dengan menggunakan easyPHP. Anda boleh mendonload software yang FREE tu kat SINI . Aku mmg suka gunakan disebabkan malas nak kontrol satu2 ... tapi korang leh menggunakan aplikasi yang lain seperti PHPTriad, XAMP, dan sebagainya. Kalo untuk tutorial kat sini saya lebih galakkan kepada easyPHP .

Berbalik kepada easyPHP, masa korang install tu, kena ingat kat mana korang install,KENAPA?? sebab nanti korang nak letak seme file php kat www. Apa dah install easyPHP maka pastikan anda dapat lihat seperti di bawah ini



Pastikan Apache dan MySQL berada dalam keadaan started (kaler lampu wanra hijau).Kalo salah satu tak berfungsi maka, scripting tidak dapat di'run'kan dengan sempurna.Untuk menguji samada anda leh run PHP @ not. bukak la web browser (Firefox recommended).pastu type kat address : "localhost". Nanti anda akan mendapti seperti dibawah.Tapi folder2 yang terpapar itu menunjukkan jenis folder yang aku simpan kat dalam www kat easyPHP directory yang aku install tadi.


Untuk menguji database pulak anda perlu menaip "http://localhost/mysql/" dan paparan akan dipapar seperti gambarajah dibawah.Ia dikenali sebagai phpMyAdmin. kat sini la korang leh create database, table, delete, masukkan data ke dalam pangkalan data MySQL



OK la sampai sini sahaja la kenalkan pengenalan kepada PHP. Untuk maklumat lain Insyallah aku akan ajarkan lagi


0 Komen: