19 March 2008

Dari Batu Pahat Ke KL ..Dari KL Ke Kelantan

Leave a Comment

Assalamualaikum..salam temu kembali.

Barangkali ku pikirkan dah lama gak aku tak mem'posting' event perjalanan hidup ku. Alhamdulillah bersyukur kepada hadrat ALLAH Taala yang memberikan kesinabungan nyawa ku untuk hidup.

Berdasarkan tajuk post kali ni aku ingin berkongsikan pengalaman sepanjang perjalanan ku dari kg halaman ku ke kelantan. Aku g sana sebab ingin meraikan walimah sahabat baik ku di kolej kediaman tun Syed Zahiruddin a.k.a rakan sefakulti(FSKTM). nama dia lebih dikenali Ku Lan. Mmg aku akui perjalanan tu amat meletihkan, Manakan tidak dari batu Pahat...KL(pudu raya) ..Kota Bahru.Hehehe..syukur kepenatan tu di balas ngan rase hiburan teman se kolej yang turut serta dalam perjalanan ke sana. Sebenarnya nk g kelantan ni bagaikan perjalanan yang tak terancang,

Yang join..Syah..Abg zahar, aku (buat masa ni masih kat KL) . Kami meneruskan perjalanan dari KL melalui South North Expressway menuju ke Kampar (umah abg alias). Ni kali pertama aku menjejakkan kaki di Bumi Perak Darul ridzuan.

Di kampar, kami berhenti di stesen minyak Petronas untuk menunaikan solat Asar + Zohor ( aku wat jama' ngan qasar memandangkan aku tak sempat nk solat masa kat Puduraya da).

Selepas itu kami top-up mnyak kat Shell Kampar sebelum meneruskan perjalanan ke Kelantan melalui simpang Pulai. Dalam keta tu punya la kecoh sebab buli abg alias yang mana pekan kampar cam pekan cow boy la.

Sambung nanti...tak larat da...

0 Komen: