16 April 2008

Catatan dari Kuliah Kashiful Ghaibiah

Leave a Comment
assalamualaikum. Ni sebahagian catatan aku.. dari kuliah maghrib
Lokasi : Masjid Ar Rahman, University Malaya
Tarikh : 15 April 2008

Isi2.
-----
Bila di padang mahsyar setiap manusia akan dikumpulkan dalam keadaan malu dan takut. Takut akan azab ALLAH yg sangat memedihkan [Ya ALLAH ..jauhkan kami dari azabMu..aminn].Malu kerana berjumpa ngan ALLAH. Sume manusia akan rase bimbang di manakah mereka akan di hukum.Manusia di sini ialah manusia yang mukallaf. Apa itu mukallaf..mukallaf ialah yang baligh lagi berakal.Kalo manusia yang terdiri dari golongan gila..tak mumaiyis ...golongan ni adalah golongan yang selamat. So kat sini.. kita leh simpulkan bahawa golongan yang dahulu kita katakan gila..cacat akal la...tpi golongan ini ALLAH bg peluang terus masuk syurga tanpa syafaat sapa2. Jgn kutuk kalo org tu gila ke apa. Golongan ni dah ada tempat dalam syurga..kita wallahu alam.

Bila dalam ketakutan tersebut maka manusia2 ni akan berjalan untuk mencari siapakah yang boleh memberikan syafaat kepada mereka untuk menentukan masuk ke syurga atau neraka atau kekal ngan azab Nya. Manusia akan mencari Nabi Adam..dan berkata ngan pujian . Wahai Adam, bapa sekelian umat manusia..yang itu ini la[ayat2 mengampu utk puji nabi Adam supaya leh bagi syafaat kat dia].pastu nabi Adam alaihi salam menjawab. Aku tak layak...Aku dahulu leh mmbuatkan ALLAH murka kerana memakan buah khuldi. Lalu aku di ampunkan ...aku malu. Maka Nabi Adam menyeru supaya mereka berjumpa Nuh alaihi salam

Maka berseru manusia kepada Nabi Nuh alaihi salam kerana baginda merupakan rasul yang pertama di amanahkan utk berdakwah pada kaumnya. maka berpuji2 manusia itu kepada nuh seperti mana mereka memuji Adam alaihi salam.Maka dijawab akan Nabi Nuh, aku malu pada ALLAH kerana satu ketika dahulu aku telah berdoa kepada ALLAH bahawa aku pohon padaNya utk melenyapkan kaum ku. Oleh itu aku tak layak utk memohon syafaat kepadaNya untuk mu. Maka Nuh Alaihi salam mencadangkan kepada manusia kepada Ibrahim Khalilullah Alaihi salam

Maka berjalan ar manusia mencari Nabi Ibrahim alaihi salam selama 500 tahun (1 hari akhirat bersamaan 1000 dunia ,so kira sendiri, sapa terer math- nauzubillahi minzallik lamanya..). Nabi Ibrahim AS merupakan rasulullah yang pertama yang mana meredhai Islam sebagai agamaNya. sebab itu ia digelar Khalilullah.Maka memujila manusia di hadapan Ibrahim A.S. seperti mana dilakukan seperti pada Adam dan Nuh. Akan tetapi Ibrahim berkata Aku malu kerana aku telah 3 kali berdusta kepada ALLAH yang mana bila aku melihat matahari aku sangka ia tuhan..bila matahari kelam ..aku mengatakan bulan itu tuhan..Lalu ALLAH menegur ku. dusta yang ketiga tak di bincangkan.Ada riwayat menyatakan bahawa Ibrahim berdusta pada kaumnya di mana menuduh patung berhala besar memecahkan berhala kecil. Lalu Ibrahim mecadangkan kepada Musa alaihi Salam utk berikan syafaat kerana beliau merupakan kalamu lillah

Maka berjalanla manusia selama 500 tahun lagi untk cari Musa A.S semata2 untuk mendapatkan syafaat . BIla bertemu Musa maka ia pun berkata aku tidak layak untuk memohon syafaat untuk mu kerana aku telah memohon kepada ALLAH supaya membinasakan Firaun dan pengikut2nya. Maka Musa alaihi salam mencadangkan kepada Isa kerana Isa merupakan hamba NYa yang zuhud.sangat alim serta banyak mengetahui akan hukum hakam ALLAH.

<----- sambung pas ni ye---->

0 Komen: