31 August 2008

salam kembali ramadan?

Leave a Comment
assalamualaikum.... wa bismillahirahmannirahimm

Ramadan kembali lagi...pesta beribadah bermula sekali...alhamdulillah bersyukur ana kepada Allah Taala kerana dipanjangkan usia dalam menjalani ibadah. Insyallah pada malam ni .... kita sume da boleh niat untuk pose dalam bulan Ramadan al Mubarak. Tahukan niat pose ramadan?? Hope sume dah tau...

Poser mengajar kita menjadi lebih bertakwa kepada Allah Taala. Bukan itu sahaja, nilai kelaparan yang dihdapai sepanjang siang hari akan menjadikan kita sama2 merasai kelaparan yang dihadapi oleh sahabat2 dan saudara2 kita yang sering berlapar kerana kemiskinan. Allah Maha Adil. dalam tempoh 11 bulan kita boleh mentekedarah...apalah sangat jika DIA nak kita tahan sifat itu dalam bulan ramadan itu, Tapi perlu di ingatkan bahawa masa berbuka biar la berpada2. bagi yang da berumah tangga tu..saya sarankan supaya kurangkan jenis lauk masa berbuka. Jika hari biasa kita terbiasa ngan 2-3 jenis lauk, kurangkan sekurang2nya satu lauk sahaja, Tapi jangan la kita nak makan berlebihan semasa berbuka.

Poser juga mentarbiahkan kita untuk berpose hati dan pacaindera. Kalo kita selalunya berbecok2 .Dalam poser,...kita gantikan becok tu ngan baca Quran. kalo kita asyik merayap ke shopping kompleks tanpa ada tujuan...dalam bulan ramadan..kita lepak2 sambil beriktikaf kat Masjid. Kalo kita selalu nye bertengkar dalam politik ... lupakan la seketika dan kalo boleh cari titik persamaan dalam menyatupadukan umat islam. Itu adalah lebih baik dari kutuk mengutuk serta mencari kelemahan di antara satu sama lain...

akhir sekali...cari la keberkatan dan keredhaan Allah dalam bulan Ramadhan yang sememangnya penuh dengan keberkatan. Jadikan ramadan tahun ini lebih baik dan anggaplah ia seperti ramadhan terakhir kita di dunia ini

0 Komen: