24 October 2008

Erti Musafir .... renungkan la kebaikan sebagai seorang yg bermusafir

Leave a Comment
assalamualaikum...



Entri kali ini berkaisar ttg musafir. Sedarkah kita bahawa banyak kelebihan musafir ini? Kelebihan daripada rukhsah nak mengerjakan sesetengah ibadah. Antara ibadah yang dibenarkan utk dipermudahkan bagi musafir ialah solat dan puasa. Kita sedia maklum bahawa org yang bermusafir dalam yang berniat utk tujuan kebaikan dibenarkan utk tidak berpuasa hatta puasa Ramadan sekali pun. Begitu juga ngan ibadah solat, ibadah solat bg musafir adalah 3 kali ( dijamak dan diqasarkan ).



sebenarnya kalo dilihatkan dari sirah2 para ulamak muktabar..anbia. Kebanyakan mereka tidak duduk setempat sahaja atau kita katakan di sini sebagai bermastautin dalam satu2 kawasan. Sebagai contoh Imam Syafie... dilahirkan di Syria kemudian berguru di mekah dan madina dan akhir nya wafat di Iskandaria. Begitu jua ngan Nabi Ibrahim...kebanyakan para ilmuan islam juga mempunyai kehidupan sebagai seorang musafir.


sebenarnya ada kelebihan dalam bermusafir ini. Antaranya paling jelas tentang sunah dan partikalnya. Sebgai contoh sekiranya kita mengetahui...ada riwayat mengatakan bahawa Rasulullah SAW mandi junub dengan satu gantang air (lebih kurang 3 liter). Kalo difikirkan secara logik bagi masyarakat di Malaysia , perkara tersebut mungkin tak logik. Cuba kita bermusafir di sebuah negara yang sememangnya kekurangan bekalan air. Insyallah apa yang dipratikan oleh junjungan mulia , Muhammad SAW sememangnya benar. Itu sebabnya ilmu agama dapat dipratikan secara menyeluruh. Pendek cerita, setiap ilmu dapat dipratikan sekiranya kita berada dalam keadaan persekitaran yg berbeza seperti cuaca, faktor muka bumi dan sebagainya...


Bukan itu sahaja . sekiranya...kita sememangnya digalakan bermusafir mencari rezeki. Ini kerana rezeki Allah begitu banyak di muka bumi ini, cuma kita sebagai hambaNya perlu merebut peluang ini. Ini termaktub jua dalam Firman Allah yang bermaksud :

Apabila telah ditunaikan shalat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi; dan carilah karunia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung. (At-Jummuah:10)
Oleh yang demikian.. Insyallah marilah sama2 cuba menjadi musafir yang bertebaran di muka bumi Allah ni..untuk memantapkan ilmu kita disamping mempratikan apa yang telah diajarkan oleh baginda Rasulullah SAW. Insyallah...amin

0 Komen: