23 March 2008

Pemerintahan Islam Akan Bertapak Di Johor

2 comments
Assalamualaikum...

Terdetik pulak dalam hati ni untuk menyatakan bab berkaitan politik, Al maklum la aku dapat mengundi buat pertama kali hidup.Hehehe..Syukran.Berkenaan ngan tajuk di atas mungkin akan terdetik di hati pembaca apa yang di maksudkan dengan pemerintahan Islam?Sekarang ni bukan pemerintahan Islam ke?

Di sini aku ingin menjelaskan kemenangan mutlak pihak Islam merampas 2 kerusi di Johor dan DAP kat Parlimen kat area JB.Alhamdulillah sekurang2nya ade gak rakyat Johor yang inginkan perubahan dalam politik.PAS menang 2 Kerusi di DUN Maharani dan Sg Abong. Hehehe..suka sangat aku mendengarnya. Tidak mustahil jika sekiranya maklumat yang benar di sampaikan kepada rakyat Johor Insyallah Johor jua akan di perintah oleh golongan dari alim ulama, Aminnnn

Tentang politik kat Johor mungkin ade kebenaran yang menyatakan bahawa pengundi2 kat Johor di bawah takuk yang lama.Kenapa aku kata begitu? Aku wat survey dikalangan makcik2 ..pakcik2..wak2...lek2...embah2,,,tok2...yang duduk area kampung aku.Bila ditanyakan tentang Pak Lah pembohong dan suka menipu rakyat. derang kata...mana ada Pak Lah baik apa...adusss...nampak sangat derang sumer percaya 100% yang terdapat kat paper Bharian, Utusan Melayu, TV1,TV2,TV3 dan adik beradiknya.
Mereka tidak menggunakan kuasa teknologi IT yang sdang berkembang.Nampak sangat la org2 Johor ni kurang kesedaran dalam dunia IT. Aku maksudkan ialah tidak semua.Apala gunanya UTM, UiTM, Poli Johor,hmmmmm..tamadun ilmu ade...penghayatan ilmu tarak di aplikasikan utk masyarakat da
Aku mampu berusaha dan berdoa supaya pemerintahan Islam yang adil, yang memahami erti amanah yang di amanahkan oleh ALLAH Azza Wajalla...yang mengerti erti kebajikan..Amin..

Buat sahabat2 dan pengundi di Penang, Kedah, Selangor , Kelantan serta Perak tahniah, Doakan semoga kalian yang terpilih memikul amanah ini mendapatkan keberkatan dan keredhaan ALLAH ..Aminn.




2 Komen:

Anonymous said...

Assalamualaikum...bunyi mcm saudara ni terlalu taksub dengan kepimpinan...dalam pas ke umno ke terrdapat segelintir orang2 yg munafik, fasik dan sewaktu dengannya...apa saudara nak menjatuhkan hukum dengan mendengar khabar angin dari media IT ini tanpa bukti yg mana mungkin digunakan oleh musuh musuh islam utk melagakan kita sesama islam...sedarlah saudara yg kita ini perlu memikirkan soal kesatuan ummah dan memikirkan nasib saudara kita yg tak terbela di palestin tu bukan cuba utk melagakan ummah di malaysia ini...ingat musuh di luar sana bertepuk sorak dan terus membakar api utk menyemarakkan lagi pemusuhan sesama islam...ALLAHHUAKKBAR....

Unknown said...

Kepada Insan tanpa Nama...

Ingin ana nyatakan disini bahawa salahkah ana memilih Parti yang menjelaskan ttg Islam. begitu mudah enta nak menghukum.Ana tak taksub kepada parti...salah kah ianya sebahagian daripada dakwah. Ana juga ada akal untuk berfikir yang mana baik dan buruk.
Maafkan ana saudara yang mengulas.enta/enti kerana berani menyatakan emel enta jika benar2 enta org yang benar.