02 April 2008

Besar benar fitnah dunia...

1 comment
assalamualaikum...

Borak tentang fitnah lak...hehe..Ade je topik nk di nukilkan pada pagi yang ceria nih.Alhamdulillah mungkin itu la fungsinya ALLAH masih membenarkan kita menulis dalam rencana Blogger yang free ni.hehehe

Berbalik kepada tajuk blog post kali ni...aku terbaca dalam surat kaba...hmmm banyak benar berita palsu yang dipaparkan di akhbar akhir2 ini. Aku berpendapat bahawa media2 malaysia ni sangat tidak adil.Kenapa tak adil? Sebab pihak menyokong pendapat pada satu pihak sahaja. Mungkin mereka telah diberikan tekanan oleh pihak2 tertentu untuk menyokong pihak tersebut.
Hmm mungkin nak jaga periuk nasik dia orang kut.

Tapi apa2 pun, sampaikan la perkara yang benar bukan yg batil. Sekarang golongan muda lebih inovatif utk mendapatkan maklumat2 terkini.Ini dikaitkan mereka mampu membeli gajet2 canggih dengan harga berpatutan di samping tawaran2 murah oleh pihak pembekal talian GPRS,3G..terbaru 4G(kat malaysia x masuk lagi da). Maklumat yang diperolehi daripada web , blog2 (cam blog aku ni ah)..amat mudah diperolehi. dengan prkhidmatan RSS Feed (cari kat wikipedia apadia RSS Feed)..maka maklumat diperolehi secara conclusion. So tak hairan la akhbar2 sekarang ini menjadi kurang relevan sehingga Pak Lah kata..."
Saya silap..saya telah kalah pada perang siber.golongan2 muda sekarang tgk kat web dan blog2
" hehe..aku copy paste je. Hebatkan peranan media dalam menaikkan serta mejatuhkan satu parti politik dalam dan luar negara.

Pagi2 tadi masa makan ngan seorang sahabat di cafe KPS Uni Malaya.aku dapat SMS dari abang angkat aku bahawa DSAI (Dato Sri Anwar Ibrahim) telah mendapat sokongan daripada media Israel.Hmm aku seperti biasa la...tak mudah untuk caya berita2 cam ni sebab dalam Quran ALLAH ade nyatakan hal menda2 cam ni

Yang aku ingat mahfum ayat Quran tu " Apabila datang orang fasik kepada kamu membawa satu berita , hendaklah kamu pastikan kebenarannya. Kerana kelalaian kamu menerima khabar tanpa usul periksa akan membawa kemusnahan pada kaum kamu."..aku lupa ayat berapa , surah mana.Tp mmg ayat tu ade la.

So kesimpulannya, sebagai seorang yang waras serta mempunyai akal fikiran yang waras gak. jangan la mudah nak menerima satu2 berita yang tidak pasti akan kebenarannya. Berfikir..gunakan sumber2 yang leh dipercayai.

1 Komen:

Anonymous said...

aku dah baca memang ada dalam artikel jpost tu..ayat yg saudara sebut adalah Al Hujurat: 6.