15 May 2008

Ketuanan Melayu ...Relevan kah Isu ini

Leave a Comment
Assalamualaiku...sekali sekala ...terbaca dalam akhbar utusan perdana.Sibuk nk citer sal ketuanan melayu.Hmm pelik gak? Selama 50 tahun malaysia merdeka. Setelah 4 tahun Perdana Menteri silih berganti..termasuk 5 ni..lum tentu lagi ar.

Baru2 ni saya agak terkejut ..kenapa ? mengapa ? why?? persoalan tentang ketuanan Melayu wajib dibangkitkan.Hmm Adakah kerana org Melayu di ambang kepupusan. Atau anak2 remaja Melayu dah teruk sangat ? Atau adakah sekadar gimik politik murahan?

Apa yang saya dapat simpulkan ialah saya tidak berpihak kepada mana2 parti politik. Tapi apa yang saya dapat rasekan hanyalah satu penyesalan yang dipikirkan belum terlambat untuk diperbaiki mengenai bangsa melayu.

Apa yang anda banggakan dengan bangsa Melayu pada masa kini? Hmmm kalo diikutkan pemerhatian saya..Banyak negatif dari positif.Bila sebut Melayu..Jawapan yang tidak lari dari pemikiran rakyat Malaysia ialah merempit, hisap dadah, gejala sosial , lari sekolah dan lain-lain2 lagi. Boleh dikatakan banyak masalah sumer berkaitan ngan bangsa melayu. Bukan bangsa lain tidak ada masalah..tetapi percentage yang melibatkan kaum yang lain tidak sebesar kaum Melayu.

Inikah ketuanan melayu yang kita nak bela? ketuanan melayu apa? membiarkan anak bangsa terjerumus dalam dunia hendonisma yang melampau, maksiat yang tidak berkesudahan , rasuah yang tidak dapat di kawal dan macam-macam lagi la.Bagi saya yang perlu dipersalahkan ialah pemerintah yang memerintah. Jika kita nak membentuk sebuah negara yang mantap, rakyat yang menghormati pemimpin,terlbih dahulu pemimpin menunjukkan tauladan yang baik kepada rakyat. Seperti baginda Nabi Muhammad SAW, sentiasa mengamalkan sikap dan akhlak yang terpuji dalam kehidupan seharian. Baginda tidak pernah menyakiti atau berdendam dengan sesiapa jua.

Jangan cakap cam ..saya cukup membenci nya" Tu Nabi lain la..mmg maksum". Ok kita tengok pemerintahan selepas zaman sahabat baginda iatu Khalifah Amirul Mukminin, Umar bin Abdul Aziz. Beliau merupakan negarawan islam yang mantap samada dari segi akhlak, agama dan pentadbiran.hatta pada pemerintahan beliau , zakat tiada layak menerima kecuali beliau sendiri.

Sepatut nya apa yang kita perlu ambil perhatian ialah tentang ketuanan Islam. sebab apa pemerintahan Melayu Melaka menjadi pentadbiran yang kuat pada suatu ketika dahulu di mana pemerintah (sultan) mengambil peranan penting dalam agama islam. Cukup menitik beratkan soal agama dalam urusan harian. Masyarakat melayu cukup menjaga kepentingan agama dalam kehidupan seharian. bagaimana dengan hari ni? Adakah ibu bapa cukup mementingkan peranannya dalam pendidikan rohaniah anak2?

Adakah kepentingan Melayu sekadar hanya menjaga hak kepentingan org Melayu? Seperti sedia maklum di Malaysia. Undang2 untuk memelihara kepentingan Melayu sudah termaktub dalam perlembagaan. perlukan kita isau ttg kedudukan kita? tentu tidak kan. sebab saya telah bertemu ngan sahabat2 dari bangsa lain yang terdiri daripada golongan tua muda .Mereka tetap tak kisah mengenai ketuanan Melayu sebab mereka sudah paham.

Oleh itu saya menyeru bahwa . orang Melayu wajib sedar bahawa kalo mereka nk jaga kepentingan diri sebagai Jati Diri bangsa Melayu ..Mereka perlu berusaha dan bersaing tanpa mengharapkan bantuan sepenuhnya daripada kerajaan yang memerintah.
Kita harus belajar memberi daripada banyak menerima sahaja. Belajar berdikari dalam sesuatu urusan. dan bermesyuwarah dalam membuat keputusan. Tidak perlu bergaduh..

bagi ahli2 politik.Jika anda benar sedar ketuanan Melayu.. Usah nak bemuka2 untuk menjadi hero kampung untuk membela nasib bangsa Melayu. Usah mengungkit isu ketuanan Melayu jika anda tidak mampu jawab soalan saya di bawah

Soalan
-------
(i) Nabi Adam A.S keturunan bangsa apa?
(ii)Kenapa perlu mendesak isu ini dalam masa kerajaan sebelum kekalahan BN keatas 5 buah negeri kepada pakatan rakyat

sekian mekasih

0 Komen: