12 May 2008

Lebihkan memberi dari lebihkan meminta...

Leave a Comment

assalamualaikum

Bismillahirahmannirahim... Alhamdulillah hari ni saya sempat untuk meluangkan masa bagi menulis blog berkenaan isi-isi bg pengisian di Nisa Talk Show yang di adakan di Masjid KLCC (known as As- Syakirin Mosque). Semalam mmg saya tak sempat nak menaip disebabkan terlalu penat.

Aku terima nikah nya...sekali imbas tajuk talk ni,...mmg ramai akan menduga .."haa..Ustaz ni nak citer bab kawin la yer..." .Tidak kurang nya bila saya merujuk kembali kepada blog ustaz itu sendiri , ada yang menyokong..tak kurang nya yang menentang.manusia..biasala mak saya katakan ..tiada kesempurnaan dengan apa yg dihasilkan oleh manusia. Kalo ustaz saya masa belaja Tauhid kat sekolah agama dulu (ciptaan manusia ini tidak memberi bekas kepada manusia dan makhluk yang lain). Akan tetapi ia merupakan pro dan kontra dalam kehidupan di duniawi ini sementara mengisi 'perjalanan' yang sementara ini untuk sampai ke 'destinasinya'.

Ramai yang memandang enteng tentang hal perkahwinan mahu pun rumah tangga. Saya hanya meluahkan apa saya rasekan perlu kerana insyallah saya juga akan menjadi Presiden dalam sebuah 'negara', imam dalam sebuah 'masjid'. Perkahwinan leh dikatakan memilih syurga atau neraka dalam kehidupan manusia(ayat ni saya amik dari mak saya la). Kenapa saya nyatakan sedemikian ?

Ini kerana dalam institusi kekeluargaan bermulanya kejayaan dalam sebuah komuniti khususnya dan negara amnya. Jika dilihat pada dunia masa kini...ramai ibu bapa berebut2 untuk mengisi tembolok anak2 dan isi kuarga mereka berbanding mengisi 'hati' anak2 mereka. jika ibu bapa ini paham ttg apa yang anak2 mereka ingin . Insyallah sy juga sependapat ngan ustaz hasrizal bahawa budaya kapel ini tak wujud. Ini leh dibuktikan melalui sejarah orang melayu itu sendiri kerana didikan agama dan pantang larang dijaga..maka perkahwinan anak mereka menjadi bahagia hingga ke akhir hayat tanpa perlu dating2...

Kekadang bila saya lihat sahabat2 saya ...tak kisah la dah bertunang ke lum bertunang ke.. mereka berani nak pegang2 tangan.Lemahnya iman hamba ni..ya ALLAH..cukup membenci sekadar di hati je...bukan apa. saya takut jika mereka mengamalkan budaya cam ni ditakuti hilang kenikmatan selepas berumah tangga. Wallahualam. Tapi bila saya lihat pasangan yang kawin...jarang pula nak berpegang2 tangan semasa cam alam percintaan yang halal pada pandangan mereka sendiri. Pelik bin hairan kan. Kenapa x pegang2 terus je selepas nikah sedangkan Rasulullah juga telah bersabda sekiranya isteri memegang tangan suaminya maka berguguran dosa2 diantara suami isteri.

Dan kesimpulan paling penting bg pengisian semalam ialah. jadikan perkahwinan itu lebih kepada memberi daripada menerima. kenapa perlu memberi. Kerana bagi pandangan saya sendiri la.Setiap insan mempunyai kelemahan, dan saya yakin juga setiap pasangan selalu menyukai kekuatan atau kelebihan pasangan masing berbanding kelemahan . Dengan itu kedua - dua pihak harus memberi kelebihan yang ada pada diri masing2 untuk melengkapkan serta menyelesaikan masalah masing. ini penting dalam konteks pemahaman KOMUNIKASI di kalangan suami isteri dan tidak timbul masalah suami x leh nak terima kekurangan isteri dan begitu sebaliknya.

sekian sahaja..pengisian saya utk kali nih...

0 Komen: