06 June 2008

Antara Minyak Petrol And Cinta

Leave a Comment
bismillahirahmanirahim

assalamualaikum wa alhamdulillahi rabbil a'lamin

maafkan saya kerana tidak menukil sebarang isi di blog ini. Kerana kesibukan kerja dan alhamdulillah dalam perancangan saya untuk mengambil Ijazah Sarjana dalam bidang IT. nampaknya saya terpakse menerima melalui deterasi atau lebih mudah dikenali sebagai 'Master by Research' . Masa sekarang lebih banyak disusun atur agar matlamat tercapai ngan baik.

Tajuk saya nak bentang kat sini ialah berkenaan minyak . Minyak Naik..Minyak Naik.. kat warung citer sal minyak..kat umah pun sal harga minyak. Tu lah situasi yang berlaku di negara Malaysia yang ku cintai . Kenaikan harga minyak petrol RON 97 dari RM 1.92 kepada RM 2.70 cukup membebankan daku.Mana kah tidak sebab saya baru sahaja membeli moto 2nd hand (takpe asal mudah ke Masjid and insyallah mencari rezeki). Bukan saya sahaja mengalami masalah tersebut akan tetapi..sume rakyat malaysia terutama mereka yang mempunyai belanja isi rumah yang tinggi.

Alasan yang diberi oleh Pak Lah sangat mengecewakan dan tidak dapat diterima oleh hampir keseluruhan rakyat malaysia. Alasan tersebut ialah kenaikan harga pasaran minyak mentah dunia USD 130 setong. Boleh ke kita amik alasan tu jika secaranya logiknya kita merupakan negara pengeluar minyak. Jika dibandingkan dengan harga minyak malaysia dengan negara pengeluar minyak yang lain..mmg tak dapat diterima akal.Rata -rata negara pengeluar minyak tidak meletakan harga minyak melebihi RM 1.50 seliter.

Subsidi? mmg kita bersyukur ada subsidi tapi ingin diingatkan berapa ramaikah rakyat Malaysia tau pesal subsidi. Keuntungan Petronas diwar2kan(kecoh2) kat media arus perdana tapi pernahkah rakyat tau di mana keuntungan itu digunakan.Dimanakah ianya di salurkan? Amat sedey kerana kerajaan tidak berlaku zalim kepada rakyat tentang keuntungan bumi Malaysia.

Akan tetapi kenaikan harga minyak ini ade kebaikan. Antara yang leh kita nampak ialah amalan berjimat cermat. Saya pun mula menyusun ekonomi saya di mana saya juga mengambil kira masa bekerja ..masa study...masa untuk keperluan hidup dan masa utk bersamaNya. Yer la..Dulu masa minyak OK...saya sering lepak kat warung selepas solat asar utk minum petang. Lah ni (sekarang ni) tak leh wat cam tu lagi..kena saving and g kedai mak jah or pasar malam (Isnin & Jumaat) utk keperluan memasak. memasak time ialah kul 6-7 petang (before maghrib).

Bukan tu saje.,..may be ..bagi pasangan yang kapel2..takleh nak kuar dating selalu. Yer ar..sekurang2nya kena belanja makan. Kalo tak belanja makan tak romantik. hehehe....

Sekurang2nya yang paling penting ialah...belajar bersyukur dengan nikmat yang ALLAH bagi. Kerana 'emas hitam' yang ALLAH berikan merupakan salah satu nikmat2 Nya yang tidak terhitung .Sekarang ALLAH uji rakyat malaysia termasuk pemimpin2 negara supaya menyelesaikan isu minyak ini ngan sebaik2 nya.

Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih - SURAH IBRAHIM AYAT 7

0 Komen: