06 June 2008

Perihal melintas di titi sirat di akhirat

Leave a Comment
Bismillahirahmannirahim...

Kali ini saya ingin berkongsikan kepada semua mengenai tajuk yang di paparkan seperti di atas. Perihal tersebut seperti yang terkandung dalam kitab kashiful ghaibiah di mana setelah manusia menjalani sesi soal jawab dan penetapan utk mengenal pasti samada dari umat Muhammad SAW , maka mereka akan melintasi titian ke syurga.

Terdapat pelbagai cara untuk mereka melintasi titian yang lebih familiar dikalangan kita sebagai siratul mustaqim. Ada yang melalui titian siratul mustaqim bagai halilintar (petir). ada yang melintasi selaju angin yang bertiup deras. ada yang bagaikan burung yang terbang pantas. ada yang bagaikan kuda yang berlari pantas. ada yang bagaikan manusia yang berlari pantas. ada yang berjalan kaki cam biasa. ada yang merangkak sehingga sehari semalam...sehingga satu zaman.

Bila kita muhasabah diri kita...adakah kita ni tergolong dalam golongan yang terpantas . Bagi level lintasan seperti halilintar kemungkinan tak layak lagi untuk saya, amalan saya pun masih rendah. Hanya title para anbia was rasulillahi wassalam je layak utk level pertama tu. Untuk level bagaikan angin,burung yg terbang laju, kuda yang pantas berlari malah yang sehingga berjalan kaki pun saya rase tak layak lagi. Jika berjalan kaki or merangkak hingga berzaman mungkin layak bagi saya..



Apa2 pun sebagai umat islam...sebagai hamba allah.Kita perlu meningkat ibadah keranaNya.

Surah al-Dzariyat : ayat 56
"Dan Aku (Allah) tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah Ku (Allah)"

sentiasa muhasabah diri kita dan kena perhatin bahawa ujian2Nya sekarang mmg cukup menguji keimanan kita. Ini tak lain dan tidak bukan telah di beritakan dalam al Quran.

0 Komen: