08 July 2008

kenapa 'student' IPT di negara kita lesu yer?

Leave a Comment
persoalan mahasiswa2 di IPT malaysia sekarang boleh dikatakan lesu.Kenapa saya meng'iya'kan penyataan berikut.Terlalu banyak dalam kepala saya yang difikirkan rasional kenapa pelajar2 (sebutan yang layak untuk student yang belaja kat U)

Pertamanya ialah berkaitan karisma dan nilai sahsiah diri. Sahsiah diri bermaksud etika berpakaian. Saya agak pelik kerana kenapa kebanyakan pihak IPT tidak begitu tegas dengan kod pemakaian di seluruh IPT. Kalo diikutkan dah bermacam2 banner utk menyuruh student menutup auratnya. Tapi tindakan tu hanya seperti melepaskan batuk di tangga. Berapa ramai pak guard dan pensyarah yang bertindak utk student ini menutup aurat,jangan anggap perkara ini remeh kerana keadaan ini akan meningkatkan keupayaaan berlakunya kes2 rogol.

Kedua berkaitan dengan akhlak dengan pensyarah atau guru. Ahlak student sekarang mmg leh dikatakan sangat teruk kerana mereka tidak menghormati pensyarah. Kenapa saya mengatakan sedemikian rupa? Kerana adab menuntut ilmu ialah student kena la datang terlebih dahulu dari pensyarah.Tapi keadaan berlaku dengan sebaliknya, adakalanya saya lihat, kelas dah menghampiri tahap 'abis waktu' baru student masuk. Inikah adab menuntut ilmu yang baik? Patut la keberkatan ilmu tu tidak dapat secara menyeluruh di kebanyakan student2 sekarang.

Ketiga ialah berkaitan kemahiran berfikir secara kritis. Mmg diakui sistem pendidikan berorientasikan peperiksaan telah menjadi tradisi pendidikan di sekolah. tetapi berapa ramaikah student yang berfikiran secara kritis utnuk menegur kesilapan para pensyarahnya di dalam kelas.Masalah ini timbul disebabkan banyak student membaca junk book atau majalah2 yang tak bermanfaat daripada membaca buku berkaitan ngan subjek yang mereka amik diIPT. Bukan student tak tau..malah silibus pembelajaran telah diberikan kepada sume pelajar. jangan nak tipu la ...sume subjek ada silibus pengajaran dan pembelajaran. Mmg student2 sekarang hanya 'mengharap' pada nota penuh berbentuk power point daripada pensyarah daripada membaca dahulu sebelum menghadapi kelas.

Ok setakat itu sahaja posting saya kali ni. Mungkin ada ramai student atau pelajar2 tidak menyetujui tapi berfikir la ngan fikiran terbuka. Buka minda buka hati...supaya kita leh berpandangan jauh untuk negara kita.

Barakallahu fiki

0 Komen: