26 December 2008

kekalutan dalaman universiti.. student menjadi mangsa keadaan

Leave a Comment
assalamualaikum... bismillahirahmanirahim...

syukur ..syukur...syukur...tu la kalimah saya leh berikan utk menulis di pagi  Jumaat yang mulia ini. Bukan tak de keja @ tangggung jawab untuk di laksanakan tetapi... sekadar untuk merehatkan minda yang telah tepu dek mencari penyelesaian bagi  "error2" yang keluar dari programming saya. Al maklum keja programmer tu la saya kena hadapi..

Semasa sarapan pagi tadi.. saya duduk bersama dengan salah seorang pensyarah kanan dan seorang pakcik technician di jabatan CAD CAM. Isu yang ditengahkan berkenaan kekalutan dalaman yang menimpa di UM . Skop ruangan kali ini merujuk kepada Fakulti Kejuruteraan sahaja.. mungkin saya rasa masalah ni juga timbul di semua IPTA yang lain.

masalah pelajar dan pendedahan secara pratikal menjadi isu bualan tadi Manakan tidak , kerana sikap tidak mampu bekerjasama di antara pensyarah dan pihak pentadbiran fakulti serta UM menjadikan pelajar menghadapi masalah. Jujurnya saya akui...mmg UM mempunyai kemudahan makmal yang boleh dikatakan kelas dunia ke-3 kut. Sungguh naif..sangat naif. Mmg patutlah rank dunia untuk UM jatuh.

Bukan setakat itu sahaja , keikhlasan tidak wujud menyebabkan unsur2 selfish dikalangan sesetengah kakitangan akademik di UM. Malah saya akui sendiri , ada sesetengah pensyarah yang mempunyai makmal seolah2 mereka punya harta. Bukankah makmal tu utk kegunaan bersama. Bukan untuk kepentingan peribadi yang menyebabkan pensyarah lain iri hati dan berlaku perasaan tidak puas hati. Bila keadaan ini berlaku, maka pelajar2 menjadi mangsa.. makmal tidak boleh digunakan... dan apa yang di pratikan dalam teori tinggal teori sahaja. Abis exam...lulus periksa..lupa dan takleh nak apply dalam suasana kerja pada masa akan datang.

Oleh itu bagaimanakah solutions... hanya kerjasama dan saling tolak ansur menjadi kunci utama dalam penyelesaian masalah ini. Kalo sekadar nak mementingkan kepentingan peribadi dan nak dapat nama...lupakan sahaja untuk mendidik. Kerana keikhlasan mendidik tidak ada.. maka jangan la mengharap untuk menghasilkan graduan yang mampu bergiat cemerlang untuk negara apa tah lagi untuk mengharumkan nama universiti itu sendiri.

Adios , wassalam

0 Komen: