24 December 2008

Pening layan org...sabar je la ya Allah

Leave a Comment
Assalamualaikum...selamat malam ...dan salam sejahtera to kawan2

Lama gak tak posting ....sibuk tu la definisi yang saya dapat simpulkan bila mana nak tidak menaip ke atas ruangan blog ni..nikmat kelapangan masa tu Allah dah tarik balik so...antara suka dan tidak suka kena membahagikan masa yang dalam keadaan 'sengkek' tu sebaik2nya..

Alhamdulillah... dapat jugak menukilkan ttg kehidupan pada masa kini. Dari isu2 semasa kepada isu tak semasa. sekarang ni nak isikan ngan isu semasa berkenaan budaya malas membaca... tapi rajin 'amik tahu' benda2 yang tak patut baca. Keliru? Jangan keliru ...budaya orang sekarang mmg suka membaca menda2 yg tak penting...cam isu terhangat ialah Mawi & Ekin nye kawin... { apa nak bangga sangat ngan mawi tu.. junior mawi satu bilik ngan saya pun ... saya tak bangga }. Isu artis cerai la..macam2 lagi da...  tapi kalo berkenaan dengan kesihatan , teknologi , IT dan sebagainya ..memang saya jangka..ley dikatakan hanya 20% peratus yang peduli tentang hal2 ini.

Dengan sebab permasalah tersebutla maka... saya dijadikan referal untuk tempat bertanya seolah-olah mereka tidak membaca. Antaranya ialah berkenaan dengan antivirus...programming dan sebagainya. Saya akui saya mmg agak mahir dalam hal2 yang berkenaan dengan IT but saya agak terkilan bahawa bila saya tanya " dah penah try cari kat Google untuk jenis antivirus yang terbaik bg install kat komputer/laptop awak?" Jawapannya biasala..." Cam mana nak cari? Taktau la? " . So nampak kan? Jelas lagi bersuluh ... ada saluran internet tapi di mana kegunaan internet itu dioptimakan... taip " www.google.com" pastu ade ruangan mencari.. taip perkataan yang sebaiknya.. so anda akan dapat la jawapannya..




Begitu gak dengan masalah programming... kes student2 University yang makin malas menjadi satu isu. Penah hal ini disembangkan oleh Bro Andi sewaktu saya menghadiri Barcamp di JB. Antara isu2 yang dikupas ialah berkenaan hala tuju ICT dikalangan rakyat Malaysia. Mmg sedey...sangat sedih bila mana di Malaysia terlalu banyak IPT2 yang menawarkan kursus berkenaan ICT tetapi kenapa tidak menjadi seperti India yang mampu menghasilkan pakar IT . Malah semasa saya menjalani pratikal di TM Berhad. ... Gergasi telekomunikasi negara mengupah programmer yang membuat simple sistem utk TM... saya terpikir gak.. dimana staf2 TM yang dikatakan hebat setelah menjalani kursus2 profesional seperti CisCo..Oracle dan lain2... takkan wat simple system da pakai programmer India ..ish2...membazir..


Oleh itu bagi pelajar2 yang bejinak dalam programming saya syorkan belaja la dari susah kerana kami programmer pun terus pandai dalam programming. Jangan katakan " pensyarah tak penah ajar subjek PHP dalam kelas" jawapan saya akan menyusul " tu pemalas namanya...tak cuba lagi da kata tak boleh" . Bila mana anda bertanya begitu diruangan programmer seperti PHP Malaysia... jawapan n balasan yang anda terima dari otai2 kat situ mmg cukup pedas...

Kesimpulannya ..banyakkan la membaca benda2 faedah utnk diri anda sebelum anda bertanya kepada yang pakar. Sessungguhnya Allah takkan sia2kan orang yg berusaha ke arah yang lebih baik...

Adios wassalam

0 Komen: