20 January 2009

Allah tu Maha Pengampun

Leave a Comment
assalamualaikum....

selamat malam dan salam sejahtera .... penat...tula yg boleh dikatakan selepas tak balik2 lagi ke rumah PKNS.Sebab saya bersama2 adik junior Pro Mahasiswa UM{ saya berada di UM sambil menanti keputusan pilihanraya kampus UM}

Ustaz Khairil Khuzairi hari ni menyampaikan ilmu berkaitan dengan sifat keampunan dan kasih sayang Allah kepada umat manusia. Dalam perjuangan ini kita tidak sepatutnya mudah mengalah dan cepat lemah apabila ujianNya menimpa ke atas kita. Kenapa ? sebab kita ada Allah Taala. Itu la yang dikatakan oleh junjungan mulia Nabi Muhammad SAW apabila sahabat yg rapat dengan baginda iatu Saidina Abu Bakar As Siddik kesedihan , ketakutan apa pemuda2 kafir mengelilingi Gua Thur,Akan tetapi Allah menurunkan wahyu Nya di mana Rasulullah menyampaikan kepada sahabatnya itu," LAH TAHZAN INNALLAHA MA ANA".  Jangan bersedih ,,, sessungguhnya Allah bersama kita.

Begitu perjuangan dalam menegak Islam di muka bumi Allah ini... Syurga...ia merupakan hadiah yang paling besar dan hadiah yang diberikan oleh Allah Taala kepada hamba2Nya yang berjuang untuk agamaNya. Sesungguhnya perjuangan tanpa pengorbanan ialah sia2. Lihat sahaja kepada semua pesuruh2 Allah dari Adam Alaihi Salam hingga Nabi Muhammad.Semua penuh dengan ranjau berduri. Lihat kepada syeikh ahmad Yasin... gugur syahid di medan perjuangan mempertahankan masjidil aqsa.Lihat sahaja kepada perjuangan tokoh2 ulama seperti Tok Janggut dan Abdul Rahman Limbung... mereka syahid dalam perjuangan mempertahan akidah  umat Islam pada masa itu. Sesungguhnya syurga tu mahal harganya..

Siapakah lagi yang harus utk pertahankan agama ini di muka bumi. Kita ialah khaira umattin ukhrijat linnas..umat yg terpilih oleh Allah untuk meneruskan perjuangan para anbia solihin, Pesaudaraan Islam amat penting daripada pesaudaraan bangsa. Kerana mmg sesungguhnya.. seperti yang termaktub dalam Al Quran..bangsa yang terbaik di antara bangsa2 di dunia ialah yang tinggi nilai ketakwaan...kepada Allah Taala. Bukan bangsa melayu....arab...dan apa2 bangsa. 

Oleh itu,,,jgn la kita mudah lemah,...sekalipun kita banyak membuat dosa2 kepada Allah ...DIA sentiasa memaafkan kita. Tapi hendaklah kita bertaubat,,,, jgn mengulangi apa yg salah,...

Adios...wassalam 

0 Komen: