22 July 2008

Mahasiswa kita kurang membaca betul la tu...

Leave a Comment
Assalamualaikum...

semalam saya pergi ke pejabat pos Malaysia cawangan Universiti Malaya bertempat di kompleks perdana siswa UM. Bukan apa ada urusan penghantaran surat daripada bos saya aka moderator di fakulti kejuruteraan awam.

Setelah itu , saya bercadang untuk ke tapak pesta buku anjuran UM dan DBP(Dewan Bahasa & Pustaka). Banyak buku2 menarik di jual pada harga yang sangat murah .Akan tetapi ada satu yang mmeranjatkan saya iatu bilangan pelajar2 yang datang ke pesta buku tu.Hmm sungguh mengecewakan bahawa kedatangan mereka ke pesta tu boleh dibilang ngan jari.

Sedeykan? Dimanakah silapnya sistem pendidikan kita? Nak salahkan sapa yer? Nak salahkan parent tak leh kerana mereka golongan yang berkerja. Nak salahkan cikgu2 kata sekolah pun tak leh gak kerana mereka ditugaskan menyempurnakan silibus pembelajaran dan pengajaran yang telah ditetapkan oleh KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia). Nak salahkan sapa? Ntah ...tepuk dada tanya iman.

Sebenarnya semua pihak mengambil tanggunggjawab atas permasalahan yang berlaku pada hari ni iatu isu pendidikan yang berteraskan exam semata2. So tak layak la org yang belajar kat IPT (institut pengajian tinggi - awam @ swasta) digelar mahasiswa.Saya lebih rela menggelarkan sebagai student sahaja.Sama taraf ngan pelajar di peringkat SPM atau STPM cuma kaedah pembelajaran sahaja berbeza. Kenapa ? Kerana mereka belaja untuk exam semata2. Jarang sekali mereka nak menggunakan ilmu yang dipelajari utk masyarakat yang memerlukan diorang. Bukan tu sahaja mereka membaca utnuk exam.

Kalau pesta buku cam ni mmg tak de orang nak datang.Tp kalo ada pesta buku atau majalah picisan mmg penuh diserbu oleh pelajar2.Pelikkan? Dah belajar tinggi2, tapi minda tak sampai ke tahap org yang mempunyai keintelektualan yang tinggi. Masih mencari identiti artis2 pujaan. Bila tanya kenapa suka menda2 cam ni? jawapan biasa..Open minded la sikit....kubur masing2..macam2 la.

So..salah sapa ye 'mahasiswa' kita jadi cam tu. Dah la susah nak dapat kerja.Penuhkan pembacaan pulak daripada sumber2 lmu yang tak perlu....wallahu alam.

wassalam
0838am
FSKTM, UM (near pejabat am)

0 Komen: